SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2044

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

SEE JIN
Versus
IMS HEALTH MALAYSIA SDN BHD

AWARD NO: 481 TAHUN 2009 (KES NO: 28(12)/4-1212/04)
Decided on : 21 APRIL 2009

Advocates appeared:
Peguamcara Pihak Menuntut - Chandra Segaran; T/n Prem & Chandra
Peguamcara Pihak Responden - Lee Noushi, Gideon Tan, Vincent Tan Boon Siang; T/n Gideon Tan Razali Zaini

AWARD

Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik See Jin (Yang Menuntut) oleh IMS Health Malaysia Sdn. Bhd. (Responden) pada 31hb. Mac 2003. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 1hb. Jun 2004 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 30hb. Jun 2004.

Kes ini pada asalnya telah didengar oleh Pengerusi yang terdahulu yang telah bertukar pada 31.3.2009. Kedua-dua pihak Yang Menuntut dan Responden telah bersetuju bahawa award ditulis oleh saya berdasarkan kepada nota keterangan serta hujahan yang telah difailkan oleh pihak-pihak. Kedua-dua pihak juga tidak berhasrat untuk mengemukakan sebarang hujahan lanjut dan hanya bergantung kepada hujahan yang telah difailkan.

Latar belakang Kes

Di dalam kes ini, Pihak Menuntut adalah seorang kakitangan percubaan (probationer worker). Beliau telah ditawarkan kerja oleh Responden melalui surat bertarikh 1hb. Ogos 2002 (lampiran 7 muka surat 1). Di dalam surat tawaran tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan Operation Manager cum Sales Manager. Beliau diminta untuk memulakan tugas pada 01hb. November 2002. Namun demikian, Pihak Menuntut telah mula bekerja di Syarikat Responden pada 7hb. Oktober 2002 dengan tempoh percubaan selama 6 bulan. Pada 31hb. Mac, 2003, Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut dengan bayaran 3 minggu gaji sebagai ganti kepada notis.

Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah ini untuk diputuskan isu-isu berikut:-

(1) Whether or not it is right in law and proper for the Company to terminate the services of the Claimant whilst he was still under probation based on mere contractual notice; and

(2) Whether the Claimant had been terminated or dismissed with just cause and excuse.

Bagi memutuskan isu pertama yang dibangkitkan oleh pihak-pihak, adalah wajar untuk Mahkamah meneliti kedudukan kakitangan percubaan (probationer) di bawah undang-undang. Oleh itu, adalah penting untuk Mahkamah meneliti terma yang tersurat di dalam surat tawaran bertarikh 1hb. Ogos 2002, berkaitan dengan tempoh precubaan di mana dinyatakan seperti berikut:-

Probationary Period

The terms of this offer are subjected to you serving a probationary period of six (6) months. During your probationary period, your services with the Company may be terminated by either pay giving to the other, 3 week's salary in lieu thereof.

Ini adalah kerana jika didapati pihak Yang Menuntut mempunyai kedudukan yang sama dengan kakitangan tetap, maka berkemungkinan penamatan kerja pihak Yang Menuntut perlu melalui proses yang tertentu misalnya siasatan dalaman. Jika ini berlaku maka penamatan kerja pihak Menuntut oleh Responden Syarikat dengan hanya berdasarkan bayaran 3 minggu gaji menggantikan notis penamatan kerja adalah tidak memadai.

Gambaran umum prinsip undang-undang berkaitan pekerja percubaan

Jika diteliti duluan kehakiman mengenai isu berkaitan kedudukan kakitangan percubaan adalah didapati bahawa terdapat perbezaan di antara pekerja percubaan dan pekerja tetap. Misalnya di dalam kes Abd. Rauf Alip v. Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2003] 1 CLJ 1. Walaupun kes ini melibatkan penamatan perkhidmatan awam namun pandangan YA Hakim Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) di halaman 4 adalah perlu diberikan perhatian. YA Hakim Gopal Sri Ram membuat pemerhatian berikut:-

"We could only make this further observation. This is a case of a probationer. And the law was always recognised a distinction between a probationer and a permanent employee, be it in a public or private sector."

Sentimen yang sama dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Abdul Majid Hj. Nazardin & Ors v. Paari Perumal [2002] 3 CLJ 133 di mana YA Hakim Gopal Sri Ram, menyatakan:-

"So, the plaintiff was to be a probationer for three months. After the expiry of that period, he could either be confirmed or shown the door. Neither happen here."

Namun demikian terdapat keputusan Mahkamah yang menyatakan bahawa kedudukan kakitangan percubaan dan kakitangan tetap mempunyai hak yang sama. Oleh sebab itu, mereka perlu

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top