2001 MarsdenLR 34
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG
MOHD NOOR ABDULLAH H
AZMAN MOHD YUSSOF & YANG LAIN
versus
VASAGA SDN BHD
GUAMAN SIVIL NO: 22-14-2000
Decided On : 03-24-01
Bagi pihak plaintif - Jagdeep Singh Deo; T/n Karpal Singh & o
Bagi pihak defendan - Francis V Nathar; T/n Francis Nathar Nora Antoine & Co
Mohd Noor Abdullah H:
Plaintif memohon injunksi untuk menahan defendan dari menjalankan disko dan pub bernama "Vasaga Exclusive Dance Club & KTV" di tingkat 3, blok pangsapuri MBf Tower di Pulau Pinang.
Alasan plaintif bagi menyokong permohonan mereka ialah kerana gangguan keamanan, ketenteraman dan keselamatan mereka akibat bunyi muzik yang kuat sehingga larut malam, getaran pada bangunan, pencerobohan oleh pelanggan defendan ke kawasan legar dan kolam renang yang dimiliki bersama oleh penghuni dan seterusnya defendan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan itu. Ada di antara plaintif yang tidak dapat tidur dan terpaksa menelan pil tidur. Defendan menafikan mengganggu ketenteraman dan keselamatan plaintif dan berkata aduan plaintif adalah remeh. tanpa asas dan menyusahkan. Defendan hanya beroperasi dalam tempoh percubaan sahaja dan bunyi muzik dikawal supaya tidak terlalu kuat. Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan polis telah mengawasi dan tidak membantah dan tidak bertindak terhadap defendan. Defendan berkata plaintif berniat buruk hendak menutup operasi perniagaan defendan dan bukan mengadu kerana gangguan itu. Defendan telah dengan sendiri tanpa perintah mahkamah atau arahan dan pihak berkuasa memberhentikan operasinya selama empat malam dan menilai dan mengambil langkah untuk tidak mengganggu plaintif. Defendan telah menyewa premis itu dari MBf selama tiga tahun dengan bayaran RM25,000 sebulan dan menyewa tapak letak kereta dan telah membelanjakan banyak wang termasuk melantik perunding untuk menasihatkan kekuatan bunyi muzik disko dan karaoke itu supaya tidak mengganggu plaintif.
Fakta kes mendedahkan pangsapuri ini ialah bagi kegunaan perniagaan dan perumahan. Maka pangsapuri bagi kegunaan sebegini, penghuni perumahan tidak boleh mengharapkan kesunyian dan keamanan seperti di kawasan perumahan semata-mata dan kenalah menerima bising dan riuh yang sepatutnya manakala operator perniagaan pula tidak boleh menyebabkan bising dan riuh seperti di kawasan perniagaan semata-mata dan kenalah mengurangkan bising dan riuh itu sepatutnya. Antara dua kumpulan ini harus ada keseimbangan dan persefahaman. Dalam kes ini setelah saya meneliti dan menimbangkan affidavit kedua-dua pihak saya dapati bahawa bunyi muzik disco itu bising dan kuat melebihi paras yang sepatutnya bagi pangsapuri perumahan/perniagaan. Saya percaya ada penghuni yang tidak dapat tidur, dinding bergegar dan ini mengakibatkan gangguan serious kepada mereka. Saya menerimapakai keputusan kes Syarikat Perniagaan Selangor Sdn Bhd v. Fahro Rozi Mohdi & Ors[1981]; [1981] 2 MLJ 16 yang menyatakan "the noise was excessive and intolerable and was an actionable nuisance and that the respondents were entitled to the injunction".
Walaupun terdapat gangguan yang serious, mahkamah ini tidak sepatutnya memberi perintah larangan ini yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada defendan jika ada relief lain yang mencukupi dan sesuai di sisi undang-undang. Nampaknya gangguan ini tidak dapat dipampas dengan wang ringgit dan tidak ada pula remedy lain selain menghentikan gangguan tersebut. Maka saya perkenankan permohonan plaintif.
Kacau-ganggu
Kacau-ganggu atau nuisance, "in essence is a condition or activity which unduly interferes with the use and enjoyment of land ... It is an act or omission which is an interference with, disturbance of or annoyance to, a person in the exercise or enjoyment of his ownership or occupation of land or of some easement, profit or other right used or enjoyed in connection with land, which is a private nuisance" - Clerk & Lindsell on Torts, 17th edn, @ 18-01. Kacau-ganggu yang menyebabkan gangguan kepada kenikmatan pada hartanah termasuklah membuat "unreasonable noises or vibration" sebagaimana diputuskan dalam kes Halsey v. Esso Petroleum Co Ltd[1961] 1 WLR 683. Bising atau gegaran yang kuat "interferes with one's enjoyment, one's quiet, one's personal freedom, and anything that discomposes or injuriously affects t