SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 1094

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
UNITED OVERSEAS BANK (M) BERHAD - Appellant
Versus
NATIONAL UNION OF BANK EMPLOYEES - Respondents

AWARD NO: 1288 TAHUN 2008 (KES NO: 5/1-455/08)
Decided On : 07/24/2008

Advocates:
Bagi Pihak Responden - Dymphna Lanjuran; T/n Lee Hishammuddin Allen &Gledhill

Rujukan:

National Union Of Bank Employees ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 ("Akta") bahawa United Overseas Bank (M) Berhad ("Responden") telah tidak mematuhi Article 1 (2), Article 3 (1) - (3), Article 6 (1) dan Article 19 (1) - (3) Perjanjian Kolektif Cognizance No. 12/2006.

AWARD

Pengaduan ini adalah difailkan oleh National Union of Bank Employees, Pihak Pengadu pada 10.04.2008 terhadap United Overseas Bank (M) Berhad, Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 melalui Borang S. kerana Pihak Responden tidak mematuhi Article 1 (2), Article 3 (1) - (3), Article 6 (1) dan Article 19 (1) - (3) Perjanjian Kolektif Cognizance No. 12/2006 di antara National Union of Bank Employees dan Malayan Commercial Bank's Association.

Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan kali kelima pada 24.07.2008 dengan kehadiran Cik Dymphna Lanjuran dari Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, peguamcara yang mewakili Pihak Responden dan beliau berjanji untuk memaklumkan Pihak Pengadu akan keputusan kes ini. Cik Dymphna Lanjuran memaklumkan Mahkamah bahawa Pihak Pengadu telah menulis kepada Mahkamah dengan salinan surat kepada beliau semalam melalui faks yang memaklumkan bahawa Pihak Pengadu ingin menarik balik kes ini kerana Pihak Pengadu dan Malayan Commercial Banks Association telah berjaya mencapai suatu Memorandum of Understanding yang mana ia telah diberi cognizance oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia menurut No. VC: 25 - 158/2008 - 08 bertarikh 14.07.2008. Akibat surat Pihak Pengadu ini, Cik Dymphna Lanjuran memohon agar kes ini dibatalkan.

Memandangkan kes ini telah ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membenarkan permohonan Pihak Pengadu untuk kes ini di tarik balik dan seterusnya membatalkan kes ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top