SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 2149

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ISKANDAR CHANG @ CHANG HEE CHOON - Appellant
Versus
TREND BUSINESS RESOURCES SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 1134 TAHUN 2008 (KES NO: 5(20)/4-1587/06)
Decided On : 07/01/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut - T Stanley; MTUC
Bagi Pihak Responden - Shamsul Jamil; T/n Presgrave & Matthew

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Iskandar Chang @ Chang Hee Choon (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Trend Business Resources Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 15 Julai 2005.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Iskandar Chang @ Chang Hee Choon, Pihak Menuntut, pada 15 Julai 2005.

Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 30 Jun 2008 dengan kehadiran Encik T. Stanley dari M.T.U.C., yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Shamsul bin Jamil dari Tetuan Presgrave & Matthew, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik T. Stanley memaklumkan Mahkamah bahawa beliau telah dimaklumkan oleh anak lelaki Pihak Menuntut pada 26 Jun 2008 bahawa Pihak Menuntut telah meninggal dunia pada 30 April 2008 akibat penyakit cancer. Oleh yang demikian, Encik T. Stanley pohon menarik balik kes ini. Encik Shamsul bin Jamil seterusnya memohon untuk kes ini dibatalkan.

Memandangkan Pihak Menuntut telah meninggal dunia dan kes ini ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top