2008 MarsdenLR 1093
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
BUSTANOL ARIFFIN HUNAIN - Appellant
Versus
INTRAKOTA CONSOLIDATED BERHAD - Respondents
AWARD NO: 1180 TAHUN 2008 (KES NO: 5(20)/4-280/07)
Decided On : 07/08/2008
Bagi Pihak Menuntut - Stephen Chin (Pegawai Perhubungan Perusahaan); Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan
Peguamcara Bagi Pihak Responden -Abdullah Omar Bawadi; T/n Hisham Sobri & Kadir
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Bustanol Ariffin bin Hunain (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Intrakota Consolidated Berhad (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 18 Julai 2002.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Bustanol Ariffin bin Hunain, Pihak Menuntut, pada 18 Julai 2002.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 8 Julai 2008 dengan kehadiran Encik Stephen Chin, Pegawai Perhubungan Perusahaan dari Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Abdullah Omar bin Bawadi dari Tetuan Hisham Sobri & Kadir, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut turut hadir. Encik Stephen Chin memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan seterusnya memohon Award Persetujuan dikeluarkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:
(1) Pihak Responden bersetuju membayar dan Pihak Menuntut bersetuju menerima bayaran ex-gratia sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad ke atas segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini;
(2) Bayaran RM5,000.00 tersebut hendaklah dibuat kepada Pihak Menuntut melalui Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan sebagai wakil dalam rekod kepada Pihak Menuntut pada atau sebelum 7 Ogos 2008; dan
(3) Akibat penyelesaian ini, Pihak Menuntut bersetuju bahawa tidak ada apa jua tuntutan lain akan diadakan terhadap Pihak Responden darihal pekerjaan dahulu Pihak Menuntut dengan Pihak Responden.
Encik Abdullah Omar bin Bawadi mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut. Pihak Menuntut juga mengesahkan yang sama.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Selanjutnya, tarikh bicara pada 15 Julai 2008 adalah dilapangkan.