SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 2622

HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ARAVINDASHAN KUNJUKUTTAN - Appellant
Versus
TUNJANG WAWASAN SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 997 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 1489/06)
Decided On : 06/06/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut - A Sivananthan; MTUC
Bagi Pihak Syarikat - Tidak Hadir

RUJUKAN:

INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK ARAVINDASHAN A/L KUNJUKUTTAN (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh TUNJANG WAWASAN SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 27 Ogos 2001.

AWARD

INI ADALAH permohonan yang dibuat oleh Yang Menuntut melalui notis permohonan bertarikh 8 Mei 2008 untuk menghidupkan semula rujukan ini dan dikembalikan untuk perbicaraan. Permohonan ini disokong oleh affidavit Yang Menuntut yang diikrarkan pada 5 Mei 2008.

Rujukan ini telah dibatalkan oleh Mahkamah pada 2 April 2008. Rujukan ini dibatalkan atas alasan kedua-dua pihak tidak hadir ke Mahkamah pada 2 April 2008 walaupun telah dimaklumkan mengenai tarikh perbicaraan tersebut melalui surat dan faksimili bertarikh 4 Mac 2008 kepada pihak MTUC yang mewakili Yang Menuntut.

Encik A. Sivananthan dari MTUC yang mewakili Yang Menuntut memohon Mahkamah, berdasarkan alasan affidavit sokongan Yang Menuntut menghidupkan semula rujukan ini dan seterusnya mendengar rujukan ini atas merit. Pihak Syarikat tidak hadir untuk menjawab permohonan ini.

Mahkamah dengan mengguna pakai subseksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 "to act according to equity and good conscience without regard to technicalities and legal form" dan setelah mendengar hujahan wakil Yang Menuntut berpendapat adalah wajar rujukan ini dihidupkan semula.

Dengan ini Mahkamah membenarkan permohonan ini dan menghidupkan semula rujukan ini. Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 Ogos 2008.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top