2008 MarsdenLR 2624
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
SABAFADE KYLASOM - Appellant
Versus
SOUTHERN REALTY (MALAYA) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 1106 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 1506/07)
Decided On : 06/23/2008
Bagi Pihak Menuntut - S Shalini; T/n Kesavan
Bagi Pihak Responden - T/n Lovelace & Hastings
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Sabafade A/L Kylasom (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Southern Realty (Malaya) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 5 Disember 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Sabafade A/L Kylasom, Pihak Menuntut, pada 5 Disember 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 23 Jun 2008 dengan kehadiran Cik S. Shalini dari Tetuan Kesavan, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan menyebutkan kes bagi pihak Tetuan Lovelace & Hastings, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Cik S. Shalini memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai suatu penyelesaian damai di dalam kes ini dan Pihak Menuntut telah menerima bayaran daripada Pihak Responden. Beliau seterusnya memohon kes ini ditarik balik.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.