2008 MarsdenLR 2181
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
WONG BENG KHAI - Appellant
Versus
WARTA SUPERSTORE (SALAK SOUTH) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 1103 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 308/02)
Decided On : 06/23/2008
Bagi Pihak Menuntut - S Devi; T/n P Kuppusamy & Co
Bagi Pihak Syarikat - Tidak Hadir
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK WONG BENG KHAI (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh WARTA SUPERSTORE (SALAK SOUTH) SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 4 September 1998.
AWARD
RUJUKAN INI ditetapkan untuk sebutan hari ini pada 23 Jun 2008. Cik S. Devi dari Tetuan P.Kuppusamy & Co hadir mewakili pihak Yang Menuntut dan mengaku janji untuk memberitahu pihak Syarikat. Pihak Syarikat dan peguamnya tidak hadir.
Peguam Yang Menuntut memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Yang Menuntut berhasrat untuk menarik balik rujukan ini dengan muktamadnya.
DENGAN INI saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan dengan muktamadnya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.