2008 MarsdenLR 858
AHMADI HAJI ASNAWI, JC
MAHKAMAH TINGGI (MUAR)
HOTEL UNIVERSAL SDN BHD - Appellant
Versus
LEE GUAN PAR - Respondents
KEBANKRAPAN NO: 29-743 TAHUN 2005
Decided On : 06/18/2008
Notis Rayuan ini adalah difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang tidak berpuashati terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar pada 12.6.2007 yang telah memberikan Perintah Penerimaan dan Penghukuman ke atas Penghutang Penghakiman.
Dalam kes ini Pemiutang Penghakiman telah memfailkan Notis Kebankrapan pada 5.12.2005 iaitu Lampiran 3. Notis Kebankrapan ini telah diserahkan kepada Penghutang Penghakiman pada 23.12.2005.
Penghutang Penghakiman tidak memfailkan sebarang Afidavit di bawah k. 95 Kaedah Kebankrapan 1969 (selepas ini disebut sebagai "Kaedah"). Maka dengan itu perbuatan kebankrapan telah dilakukan oleh Penghutang Penghakiman pada 31.12.2005.
Pemiutang Penghakiman seterusnya memfailkan Petisyen Pemiutang pada 8.3.2006 iaitu Lampiran 10.
Selepas pemfailan Petisyen Pemiutang ini barulah Penghutang Penghakiman memfailkan dua Saman Dalam Kamar dalam Lampiran 21 pada 24.6.2006 dan Lampiran 23 iaitu pada 24.5.2006. Lampiran 21 adalah permohonan untuk menolak Notis Kebankrapan manakala Lampiran 23 adalah permohonan untuk menolak Petisyen Pemiutang.
Lampiran 21 telah ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar pada 2.2.2007 dan Lampiran 23 ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar pada 6.4.2007. Tidak ada sebarang rayuan difailkan terhadap kedua-dua keputusan/perintah ini.
Seterusnya Penolong Kanan Pendaftar telah mendengar Petisyen Pemiutang dan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang Penghakiman pada 12.6.2007. Di atas perintah inilah rayuan ini telah dimasukkan (Lampiran 30).
Terdapat dua (2) isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini iaitu:-
(i) Samada perlindungan di bawah k. 95(2) Kaedah Kebankrapan 1969 terpakai kepada permohonan dibawah k. 18 dan
(ii) Samada Petisyen Pemiutang yang difailkan dalam tindakan kebankrapan ini adalah pra-matang (premature)
Samada perlindungan di bawah Kaedah 95(2) Kaedah Kebankrapan 1969 terpakai kepada permohonan dibawah Kaedah 18?
K. 95(1) adalah kaedah yang khusus bagi suatu permohonan untuk mengenepikan Notis Kebankrapan iaitu dengan memfailkan satu Afidavit dalam tempoh 7 hari selepas penyerahan Notis Kebankrapan dan Afidavit ini menjadi permohonan untuk mengenepikan Notis Kebankrapan. Afidavit ini hendaklah memenuhi syarat-syarat di bawah k. 94(1) (b) dan juga s. 3(1)(i) Akta Kebankrapan 1967 (selepas ini disebut sebagai "Akta") iaitu Penghutang Penghakiman hendaklah menyatakan di dalam Afidavitnya bahawa beliau mempunyai counter claim, set off, cross demand yang menyamai atau melebihi amaun yang dituntut oleh Pemiutang Penghakiman dalam Notis Kebankrapan.
Dalam kes sekarang ini, Penghutang Penghakiman tidak menyatakan bahawa beliau mempunyai counter claim, set off, cross demand dalam mana-mana Afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonannya (samada melalui Lampiran 21 atau Lampiran 23). Maka Afidavit beliau tidak boleh diterima sebagai Afidavit di bawah k. 95.
Ini bersesuaian dengan keputusan Mahkamah Agung dalam kes Datuk Lim Kheng Kim v. Malayan Banking Bhd [1993] 3 CLJ 324; [1993] 2 MLJ 298 yang memutuskan bahawa:-
Held (1) The affidavit in end 3 merely denied and disputed that the appellant was indebted to the respondent in the sum of RM 2,603,913.28, but failed to disclose that he had a counterclaim, set-off or cross demand, etc against the respondent, which he is required to depose under s. 3(1)(i) of the Bankruptcy Act 1967 (the Act) and provided for in form 7. The affidavit cannot therefore operate as an application to set aside the bankruptcy notice within the contemplation of s. 3(1)(i) of the Act, and the case should have been treated as no affidavit under r. 95 had in fact been filed.
Sekiranya permohonan di bawah k. 95(1) ini tidak dapat didengar dan diputuskan dalam masa yang ditetapkan, maka pendaftar perlu melanjutkan tempoh masa tersebut. K. 95(2) memperuntukkan bahawa no act of bankruptcy shall be deemed to have been committed selagi permohonan tersebut belum diputuskan. Perlanjutan masa atau stay seperti yang tercatit d