MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM
ROSNAINI SAUB PK
LIM YOKE KHOON
versus
PENDAFTAR MUALLAF, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR & YANG LAIN
SAMAN PEMULA NO: MT3-21-260-2003
Decided On : 05-17-06
Rosnaini Saub PK:
[1] Adalah telah dipersetujui bahawa keputusan dalam kes ini (iaitu kes Saman Pemula No: 21-260-2003) akan mengikat dan terpakai kepada dua kes yang lain, iaitu kes Saman Pemula No. 21-249-2003 dan kes Saman Pemula No. 21-272-2003. Pihak-pihak telah bersetuju bahawa isu-isu yang hendak diputuskan didalam ketiga-tiga kes tersebut adalah sama.
[2] Defendan-defendan disini membuat permohonan untuk membatalkan tindakan plaintif ini. Pada asasnya, defendan-defendan membuat permohonan ini bersandarkan kepada alasan bahawa mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan kes ini. Adalah pendirian kesemua defendan bahawa perkara yang hendak diputuskan didalam tindakan yang dibawa oleh plaintif ini melibatkan isu keluar Islam atau isu murtad dan dengan itu hanya mahkamah syariah sahaja yang boleh berbuat sedemikian.
[3] Fakta kes ini adalah seperti berikut. Plaintif telah dilahirkan sebagai seorang Cina pada 18 Februari 1973 dengan nama Lim Yoke Khoon. Beliau menganuti agama Kristian. Kemudian pada 14 April 1994 beliau berkahwin dengan seorang Muslim. Bagi membolehkan perkahwinan tersebut dilangsungkan, beliau telah pada 27 Oktober 1992 memeluk dan menganuti agama Islam serta memakai nama Noorashikin Lim binti Abdullah. Perkahwinan tersebut tidak kekal dan pada 6 Mei 1997 plaintif telah bercerai dengan suaminya. Plaintif mendakwa bahawa selepas menganuti Islam, beliau tidak pernah mengamalkan apa-apa suruhan agama tersebut. Melalui Surat Akuan bersumpah dan Suratikatan Pol yang kedua-duanya bertarikh 9 Jun 2003, plaintif membuat pengakuan bahawa beliau telah pun menganut semula agama Kristian dan telah menggunakan semula nama asalnya.
[4] Melalui satu surat bertarikh 11 Jun 2003, beliau memaklumkan pertukaran status agama dan nama beliau kepada Majlis Agama Islam Selangor (defendan pertama). Plaintif juga telah memohon kepada Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (defendan ketiga) untuk menukar nama beliau didalam kad pengenalan ke nama asal atas alasan bahawa beliau telah pun keluar dari Islam. Defendan ketiga melalui surat bertarikh 18 September 2003 memaklumkan kepada plaintif bahawa ia tiada bidangkuasa untuk meluluskan permohonan plaintif tersebut. Permohonan plaintif untuk mendaftarkan perkahwinannya dengan teman hidupnya yang baru yang juga tunangnya yang beragama Kristian telah juga tidak dilayan oleh defendan ketiga.
[5] Oleh itu plaintif telah memfailkan saman pemula terpinda ini memohon perintah-perintah seperti berikut:
a. Deklarasi bahawa beliau telah melalui Surat Akuan bertarikh 9.6.2003 dan Suratikatan Pol bertarikh 9.6.2003 menukar agamanya kepada seorang penganut Kristian;
b. Deklarasi bahawa beliau telah melalui kedua-dua surat tersebut, menghapuskan nama Islamnya dan diganti dengan nama asalnya, iaitu Lim Yoke Khoon;
c. Deklarasi bahawa Peraturan 14(2)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 adalah bercanggah dengan hak kebebasan beragama Plaintif dibawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan oleh yang sedemikian, adalah tidak sah dan batal;
d. Deklarasi bahawa Seksyen 113 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 adalah bercanggah dengan hak kebebasan beragama Plaintif dibawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah tidak sah dan batal;
e. Perintah bahawa Defendan Pertama dihalang daripada menangkap dan/atau menahan dan/atau mendakwa Plaintif berhubung dengan penukaran agama Plaintif kepada agama Kristian.
[6] Puan Kamar Azura, peguam bagi defendan pertama, Puan Aida Adha bt. Abu Bakar, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor bagi pihak defendan kedua dan Puan Azizah Haji Nawawi, Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak defendan ketiga dan keempat pada asasnya berhujjah bahawa perkara pokok kepada tindakan plaintif ini adalah untuk pengisytiharan bahawa beliau tidak lagi menganuti dan mengamalkan agama Islam dan dengan itu ianya jatuh didalam bidangkuasa mahkamah syariah. Adalah juga dihujjahkan bahawa Perkara 121(1A) Perl
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.