SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1996 MarsdenLR 1613

HIGH COURT (KUALA TERENGGANU)

MOHD SAARI B YUSOFF, J


PENDAKWA RAYA
versus
MOHD. ISA BIN MUHAMMAD

PERBICARAAN JENAYAH NO. 45-2-95

Decided On : 02-11-96

Advocates:
En. Othman b. Abdullah, TPR bagi pihak Pendakwa Raya.
To Puan Mehta dari Tetuan Mehta & Co. bagi pIhak Tertuduh.

JUDGMENT

Pertuduhan keatas Tertuduh seperti berikut:-

"Bahawa kamu pada 2hb. July 1995, jam lebih kurang 2.30 pagi, dirumah No. MDB 1344 C, Jalan Pengkalan Setol Jerteh, didalam Daerah Besut, didalam Negeri Terengganu, telah didapati melakukan pembunuhan keatas penama SAADIAH BINTI AHMAD, KP. 2122275, Umur 65 tahun, dan olih yang demiklan kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bolih dihukum dlbawah Undang-undang yang sama.".

2. Pada 2hb. Julai 1995, jam diantara 2.00 pagi dan 3.00 pagi, SP9 (Ariffin) terjaga dari tidur apabila mendengar suara teriakan meminta tolong. Rumahnya merupa rumah kembar dan penghuni sebelah ialah Saadiah (simati). Melalui celah dinding papan, SP9 mengintai dan nampak Saadiah berdarah berdiri di bahagian rumah dapur.

[Page 2]

2. Pada pagi yang sama, Saadiah telah dihantar ke Hospital Daerah Jertih, Besut sebelum beliau dihantar ke Universiti Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Dr. Othman yang memeriksa Saadiah mengesahkan bahawa Saadiah mati pada Jam 5.30 pagi 2hb. Julai 1995. Hasil post mortem oleh Dr. Meor Zamari (pathologist), luka-luka terdapat di badan Saadiah adalah seperti berikut:-

(1) 1 luka tikaman di bahagian kiri dada simati terletak di antara tulang rusuk kiri ke empat dan kelima dan berada kira-kira 55 mm dari garisan tengah tubuh. Luka berukuran 25 mm panjang 10 mm lebar 100 mm dalam. Luka menembusi bahagian dalam dada simati dengan arah ke bawah dan ke kanan. Tepi-tepi luka tajam dan lurus.

Pemeriksaan dalam pula mendapati pendarahan yang teruk di rongga luar paru-paru sebelah kiri. Jumlah darah yang dikeluarkan 1.3 litre.

Paru-paru sebelah kiri mengecil tetapi tidak ada luka.

Selaput Jantung (pericardial sac) terpotong kira-kira 24 mm panjang mengandungi darah 20 cc. Pemeriksaan jantung mendapati luka tikaman ukuran 15 mm panjang 2 mm lebar 45 mm dalam. Luka tikaman di jantung ini menembusi dinding [Page 3] kiri jantung, dinding tengah jantung dan dinding kanan Jantung. Tidak ada bukti jantung mengalami penyakit tertentu;

(ii) 2 luka di bahagian pergelangan tangan kiri simati ukuran 25 mm panjang 5 mm lebar 2 mm dalam;

(iii) 1 luka di bahagian dalam tangan kanan ukuran 40 mm panjang 2 mm lebar 1 mm dalam.

4. Luka di dada adalah kecil tetapi dalam. Oleh Itu Dr. Meor Zamarl berpendapat kecederaan pertama disebabkan oleh senjata tajam tetapj kecjl sepertj pjsau yang panjang lebih kurang 100 mm. Kecederaan kedua dan ketiga juga disebabkan oleh senjata tajam. Pada pendapat pathologist kematian dlsebabkan oleh kecederaan pertama.

5. Sayugia diingati bahawa dalam kes ini, tompokan darah didapati di tilam, kain cadar, bantal dan kelambu. Ini menggambarkan bahawa pergelutan dan tikaman berlaku dl tempat tidur. Kemudian selepas ditikam, Saadiah berjalan ke bahagian dapur untuk meminta tolong. Ini menerangkan kenapa terdapat dua tompokan darah di bahagian dapur. Dalam keterangan SP9, beliau nampak Saadiah berdarah berdiri di bahagian dapur.

[Page 4]

6. Saadiah disah mati Jam 5.30 pagi 2hb. Julai 1995. Sebelum itu, jam lebihkurang 3.55 pagi pada tarikh yang sama semasa berada di Hospital Daerah Besut, SP13 ada bertanya Saadiah; "Siapa serang mak cik?". Saadiah menjawab: "Budak lelaki". Kemudian SP13 bertanya lagi: "Mak cik kenal?". Saadiah menjawab: "Tidak, dia tutup muka".

7. Saya berpendapat stetmen simati boleh diterima dibawah seksyen 32(a) Akta Keterangan 1950 oleh kerana ia ada kaitan dengan bagaimana Saadiah menemui ajal. Peguambela yang membantah penerimaan stetmen tersebut gagal membentang apa-apa hujah atau otoriti untuk menentang penerimaan stetmen tersebut.

8. Dalam hubungan ini, walaupun Mahkamah menerima stetmen tersebut, Mahkamah sentiasa berhati-hati tentang apa "weight" yang hendak diberi kepada stetmen tersebut. Seperti diketahui, kejadian berlaku malam hari dan simati berada dalam keadaan kecemasan. Dalam stetmen simati, simati menyatakan penceroboh ialah seorang budak lelaki. Saya berpendapat keterangan tersebut tidak boleh dianggap sebaga

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top