SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 3111

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
MOHD NAIM ABDULLAH LWN. MUHAMMAD ZULKIFLEE ANWAR & SATU LAGI
[Rayuan Sivil No: C-04(W)-592-12/2022]



Petitioner Advocates:Samantha Sam,Gurmeet Singh,Harjinder Singh ,Respondent Advocate: Mohammad Badrulameen Saruan

The burden of proof in negligence cases lies with the Plaintiff, and both parties can share liability based on the evidence presented.

Headnote:(A) Negligence - Burden of proof - The burden of proof lies on the Plaintiffs in negligence cases, as established in Wong Thin Yit v. Mohamed Ali, [1971] 2 MLJ 175 and Hussaina Rani Naina Mohamed v. Ahmad Nadzri Kamaruddin & Anor, [1997] 2 MLJ 534. (Paras 10, 11)

(B) Liability - The court found that both parties contributed equally to the accident, apportioning liability at 50:50. The trial judge's findings were upheld due to sufficient evidence. (Paras 14, 15, 22)

(C) Quantum - The High Court maintained the award for general damages of RM861,000.00 and special damages of RM3,718,535.70, considering the severity of injuries sustained. (Paras 18, 19)

Facts of the case:
The accident occurred on 17 February 2020, involving a motorcycle and a car. The Plaintiffs claimed injuries and damages against the Defendant, who contested liability. (Paras 1-3)

Findings of Court:
The trial judge found both parties equally negligent, leading to a 50:50 liability split. The High Court upheld this decision and the damages awarded. (Paras 14, 15, 23)

Issues: The primary issues were the apportionment of liability and the appropriateness of the damages awarded. (Paras 8, 23)

Ratio Decidendi: The court emphasized that the trial court's findings of fact should not be interfered with unless a fundamental misdirection occurs. The evidence supported the trial judge's conclusions. (Paras 16, 22)

Result: Appeals dismissed.

PENGHAKIMAN

Azmi Ariffin HMR:

Mukadimah

[1] Satu kemalangan jalan raya telah berlaku pada 17 Februari 2020 di KM 94.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di antara Responden Pertama yang merupakan penunggang motosikal nombor pendaftaran No VBR 4465 dengan sebuah motokar No CDR 9444 yang dipandu oleh Perayu. Kemalangan berlaku di persimpangan jalan apabila Perayu dikatakan telah membelok masuk ke simpang sebelah kanan tanpa memberi hak laluan sah kepada Responden Pertama.

[2] Akibat kemalangan tersebut, Responden Pertama telah mengalami kecederaan tubuh badan dan kecacatan kekal.

[3] Pada 19 November 2020, Responden-Responden telah memfailkan tuntutan terhadap Perayu di Mahkamah Sesyen Temerloh Saman No: CB A53KJ-283-11/2020.

[4] Di akhir perbicaraan penuh, pada 18 Januari 2022, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah memutuskan seperti berikut:

(i) Liabiliti di agihkan sebanyak 50:50 di antara Responden Pertama dan Perayu

(ii) Gantirugi Am berjumlah RM861,000.00;

(iii) Gantirugi khas berjumlah RM3,718,535.70; dan

(iv) Faedah dan kos.

(Perintah bertarikh 18 Januari 2022 Kandungan 4 RR Jilid 2 M/s 203-206).

[5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pada 24 Januari 2022, Perayu telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

[6] Pada 6 Disember 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang yang bijaksana telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut.

[7] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pada 23 Disember 2022, Perayu telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

[8] Rayuan di hadapan kami adalah terhadap liabiliti dan kuantum.

[9] Bagi memudahkan rujukan, kami akan merujuk pihak-pihak sepertimana panggilan mereka di Mahkamah Sesyen iaitu Perayu sebagai Defendan dan Responden-Responden sebagai Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua.

Beban Pembuktian

[10] Adalah menjadi prinsip undang-undang di dalam kes ini bahawa beban pembuktian terletak di atas bahu Plaintif-Plaintif. Di dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali , Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:

"In a negligence action the onus of proof rests wholly on the Plaintiff, whether or not the Defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant's negligence. "Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof but it is not necessarily proof of itself."

[11] Di dalam kes Hussaina Rani Naina Mohamed v. Ahmad Nadzri Kamaruddin & Anor, , Mahkamah Rayuan telah memetik keputusan kes Neo Chan Eng v. Koh Yong Hoe; [1960] 1 MLJ 291 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:

"[1] The onus of proving negligence on the part of the Defendant is on the Plaintiff. Where he fails to discharge it either by his own evidence or by cross-examination of the defendant or by admission made by the Defendant his claim fails."

Isu Liabiliti

Versi Plaintif Pertama

[12] Pada 17 Februari 2020, lebih kurang jam 7.30 pagi, Plaintif Pertama sedang menunggang motosikal VBR 4465 di KM 94.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur. Tiba-tiba motokar CDR 9444 yang dipandu Defendan telah membelok ke simpang kanan tanpa memberi hak laluan sah kepada Plaintif Pertama dan menghalang laluan Plaintif Pertama secara mengejut dan cuai tanpa sebarang amaran atau isyarat sehingga menyebabkan kemalangan.

Versi Defendan

[13] Defendan mengatakan bahawa semasa beliau sampai di KM 94.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, beliau telah memberi tanda isyarat dan memperlahankan kenderaannya sebelum berhenti untuk membelok. Setelah memastikan tiada kenderaan, Defendan telah membelok masuk ke simpang kanan untuk ke Kampung Paya Pasir, tiba-tiba motosikal VBR 4465 yang datang dari arah belakang telah merempuh motokar Defendan di bahagian sisi kanan hadapan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Dapatan Mahkamah Tinggi Berkaitan Isu Liabiliti

[14] Pesuruhjaya

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top