2022 MarsdenLR 1881
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
MUNIRAH AB HAMID LWN. MOHD SYAHIZAN SHAHABANI
[Permohonan Semakan No: 05000-003-0020-2022]
The court stressed that proper notification and attendance of all parties is essential in polygamy proceedings to ensure justice and adherence to procedural fairness.
Headnote:(A) Islamic Family Law (Negeri Sembilan) Enactment 2003 – Section 23 – Review application for polygamy – Court approved polygamy application but applicant claimed absence and forgery in service documents – Findings indicated trial judge did not ascertain factual presence of the applicant – Application for review accepted, original order set aside and retrial ordered. (Paras 1-28).
Facts of the case: Applicant married respondent on 29 May 2020, divorced twice, and subsequently filed for review after claiming no service of documents regarding polygamy application heard on 6 April 2022. (Paras 3-11).
Findings of Court: The Court found significant procedural errors in the original trial regarding service of summons and absence of the applicant during proceedings. (Paras 17-27).
Issues: The main issue was whether proper notice was given to the applicant regarding the polygamy application proceedings. (Paras 12-27).
Ratio Decidendi: The court emphasized that absent parties must be duly notified to ensure fairness in proceedings, and without complete adherence to procedural requirements, decisions may be unjust. (Paras 17-27).
Result: The applicant’s review application is accepted, and the previous judgment is annulled and retried at the High Court. (Para 28).
PENGHAKIMAN
[1] Kes ini, adalah suatu permohonan semakan yang difailkan oleh Pemohon pada 2 Jun 2022 bagi menyemak keputusan yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 April 2022 dalam kes Permohonan No: 05100-011-0179-2022 Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan seperti berikut:
i. Mahkamah meluluskan permohonan poligami berdasarkan s 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003;
ii. Plaintif diperintahkan dan difardhukan seperti berikut:
a. Membayar nafkah isteri kepada Defendan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sebulan. Bayaran hendaklah dibuat melalui akaun, Maybank [No Akaun: 1622 9001 8677] pada atau sebelum 30hb setiap bulan;
b. Membayar nafkah kepada calon isteri sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) sebulan. Bayaran hendaklah dibuat melalui akaun CIMB [No Akaun: 704 953 223] pada atau sebelum 30hb setiap bulan;
c. Hak giliran semalam diberikan sebanyak 4 malam dalam seminggu kepada Defendan dan 3 malam selebihnya kepada calon isteri;
iii. Mahkamah memerintahkan sebarang perubahan terma giliran bermalam hendaklah dibincangkan dengan persetujuan isteri-isteri;
iv. Mahkamah memerintahkan perintah ini berkuatkuasa setelah berlaku akad.
[2] Notis Permohonan ini difailkan bersama-sama Afidavit Pemohon yang diikrarkan pada 2 Jun 2022, Permohonan semakan ini dibuat berdasarkan alasan bahawa:
a) Perbicaraan bagi kes Permohonan No: 05100-011-0179-2022 pada 6 April 2022 (Rabu) jam 10.00 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban, Negeri Sembilan telah didengar dan diputuskan dengan kehadiran Responden, Mohd Syahizan Shahabani, calon isteri bernama Farazila Zahari dan wali tanpa kehadiran Pemohon selaku Defendan di dalam kes tersebut.
b) Pemohon tidak dimaklumkan mengenai kes tersebut dan tidak dikenakan Saman, Pernyataan Tuntutan dan Wakalah Peguam Syarie kes tersebut.
c) Pemohon mendapati menerima Saman, Pernyataan Tuntutan dan Wakalah Peguam Syarie bagi kes tersebut seperti yang diikrarkan oleh Responden di dalam Afidavit Penyampaian bertarikh 6 April 2022. Ini adalah kerana Pemohon tidak berada di lokasi yang disebutkan di dalam Afidavit Penyampaian tersebut adalah suatu dan tarikh yang dinyatakan. Oleh yang demikian penyataan di dalam Afidavit penyampaian tersebut adalah satu keterangan palsu kerana tidak berlaku sebarang pertemuan di antara Pemohon dan Responden pada tarikh tersebut.
d) Pemohon mendapati tandatangan Pemohon telah dipalsukan di dalam akuan penerimaan Saman, Penyataan Tuntutan dan Wakalah Peguam Syarie.
Fakta Kes
[3] Pemohon dan Responden telah berkahwin pada 29 Mei 2020 di Teluk Panglima Garang, Selangor dan telah bercerai kali pertama pada 14 Jun 2020.
[4] Pemohon dan Responden telah rujuk semula pada 16 Jun 2020 tetapi telah bercerai kali kedua dengan jumlah talak dua pada 15 September 2020.
[5] Pemohon dan Responden kemudiannya telah rujuk semula pada 31 Disember 2020 dan sekarang dalam prosiding kes pengesahan lafaz cerai kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Petaling melalui Saman No: 100155-054-0023-2022.
[6] Perkahwinan Pemohon dan Responden belum dikurniakan cahayamata.
[7] Responden telah memfailkan permohonan poligami melalui Kes No: 05100-011-017-2022 di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 24 Mac 2022 melalui Peguam Syarie Tetuan Nur Muim Farhana & Associates dan kes telah ditetapkan untuk sebutan pertama pada 6 April 2022.
[8] Saman dan Penyata Tuntutan telah diserahkan serahan kediri oleh Responden sendiri kepada Pemohon pada 3 April 2022 dan Responden telah mengikrarkan Afidavit Penyampaian pada 6 April 2022.
[9] Kes tersebut telah didengar, dibicarakan dan diputuskan pada 6 April 2022 berdasarkan Perintah bertarikh 14 April 2022 kes tersebut telah didengar dengan kehadiran Responden, calon isteri dan wali tanpa kehadiran Pemohon.
[10] Pemohon telah membuat semakan dan pengesahan sendiri di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada 23 Mei 2022 dan memperolehi salina