2021 MarsdenLR 250
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
CHIN YAP YEAT @ CHIN NAM SEUN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: JA-42S-4-06-2020]
The court emphasized the necessity for proper explanation of charges and assessed inconsistencies in witness testimonies, leading to the conclusion that the conviction was unfounded.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan – Seksyen 325 – Rayuan – Pihak perayu disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kecederaan menggunakan kerusi plastik. Mahkamah Sesyen mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Mahkamah Rayuan memutuskan sabitan HMS yang dijatuhkan pada 1 Jun 2020 tidak berasas setelah menilai keterangan dan prosedur hukum yang tidak tepat. (Paras 3, 4, 45)
(B) Prinsip rayuan – Mahkamah Rayuan menilai keseluruhan keterangan dan mematuhi prinsip undang-undang berkenaan pematuhan prosedur, termasuk keperluan untuk menerangkan pertuduhan kepada tertuduh. (Paras 12, 16, 22)
Fakta Kes: Perayu dituduh menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, dengan keterangan menunjukkan perayu menggunakan kerusi plastik dalam insiden tersebut. Mangsa menerima rawatan perubatan selepas kejadian tersebut. (Paras 2, 6, 8)
Penemuan Mahkamah: Rayuan dibenarkan, sabitan dan hukuman HMS diketepikan. (Paras 45, 46)
Isu: Adakah HMS gagal menerangkan pertuduhan pindaan, dan sama ada pendakwaan membuktikan kes prima facie? (Paras 16, 28, 40)
Ratio Decidendi: Keterangan pendakwaan tidak cukup untuk menyokong sabitan, dan terdapat kegagalan untuk mempertimbangkan keterangan saksi berkepentingan. (Paras 34, 39)
Keputusan: Rayuan dibenarkan; sabitan HMS diketepikan.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Ini merupakan rayuan oleh perayu terhadap sabitan dan hukuman Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (HMS) pada 1 Jun 2020 bagi pertuduhan di bawah s 325 Kanun Keseksaan .
Latar Belakang Kes
Pertuduhan
[2] Perayu telah dipertuduhkan seperti berikut:
Pertuduhan Pindaan
"Bahawa kamu pada 12 Oktober 2016 jam lebih kurang 3.00 petang, bertempat di Restoran RH Aroma, No. 2, Jalan Sin Sawit, 81030 Kelapa Sawit, dalam Daerah Kulai, dalam Negeri Johor, telah didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Wong Tong Hing, No. KPT: 501214-08-5499 dengan menggunakan satu alat untuk menyerang iaitu kerusi plastik dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 324 Kanun Keseksaan ."
Keputusan HMS
[3] Di akhir kes pendakwaan, HMS telah memutuskan bahawa responden (pendakwaan) telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap perayu di atas pertuduhan di bawah s 325 Kanun Keseksaan dan HMS telah memanggil perayu untuk membela diri. Di akhir perbicaraan, HMS telah memutuskan pembelaan perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah kepada kes responden (pendakwaan).
[4] Sehubungan itu, di akhir perbicaraan penuh HMS telah mensabitkan perayu atas pertuduhan terpinda dan perayu telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dari tarikh sabitan (1 Jun 2020) dan denda RM 10,000 gagal bayar 6 bulan penjara.
Ringkasan Fakta Kes
[5] Pada 12 Jun 2016 lebih kurang jam 2 petang, SP3 yang berumur 68 tahun ketika itu iaitu mangsa, telah pergi ke Restoran RH Aroma di Kelapa Sawit (tempat kejadian) untuk minum kopi. Sewaktu tiba di restoran tersebut dan semasa hendak memasuki kedai tersebut, SP3 telah dihalang oleh perayu dari memasuki kedai tersebut. Perayu mengatakan kedai tersebut disewa oleh perayu dan SP3 tidak dibenarkan masuk ke kedai tersebut.
[6] Menurut keterangan SP3, perayu telah menolak dada SP3 sehingga beliau terjatuh dan perayu kemudian telah mengambil kerusi dan memukul kepala, tangan kanan dan kiri SP3 sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan tangan. Akibat kecederaan tersebut, SP3 mendapat 30 jahitan.
[7] Menurut SP3, akibat daripada pukulan tersebut, beliau telah jatuh dan tidak dapat bangun serta pengsan sebentar. SP3 mendapati banyak darah keluar mengalir dari kepalanya dan sehingga memasuki matanya. SP3 akhirnya telah dapat bangun dan ke bahagian dapur kedai tersebut bertujuan untuk membersihkan darah di kepala beliau. SP3 selanjutnya ke klinik berdekatan dengan tempat kejadian namun tiada doktor yang bertugas. Pada masa itu, perayu telah berlari keluar dari restoran.
[8] SP3 kemudiannya di bawa oleh SP5 ke hospital kerajaan untuk mendapat rawatan bagi kecederaan yang dialaminya. Kemudiannya, SP3 telah pergi mendapat rawatan di Hospital KPJ. Susulan kejadian ini, anak SP3 yakni SP4 telah membuat satu laporan polis iaitu Kelapasawit/3037/16 (Ekshibit P7) yang menyatakan ayahnya telah dipukul oleh seorang lelaki Cina dan ayahnya cedera di bahagian kepala dan patah tangan kiri.
[9] Di dalam kes ini, pada permulaannya, OKT telah dituduh dengan pertuduhan di bawah s 326 Kanun Keseksaan dan setelah empat orang saksi memberikan keterangan, pihak pendakwaan telah meminda pertuduhan kepada s 324 Kanun Keseksaan .
[10] Di akhir kes pendakwaan, Tuan HMS mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di bawah s 325 Kanun Keseksaan dan memanggil perayu membela diri. Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan memanggil SD2 dan SD3.
[11] Di akhir perbicaraan, HMS setelah menilai dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan memutuskan pembelaan perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. HMS telah mensabitkan perayu bagi kesalahan di bawah s 325 Kanun Keseksaan dan telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dari tarikh sabitan (1 Jun 2020) dan denda RM10,000 gagal bayar 6 bulan penjara.
Undang-Undang Berhubung Rayuan
[12] Berhubung rayuan, s 316 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan:
" Section 316 . Decision on app