SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 2179

MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR
MUHD LUQMAN ALIF MOHD ZUBIR LWN. SUHAIMI AHMAD & SATU LAGI
[Guaman No: WA-A73KJ-2486-12/2019]



The plaintiff must substantiate special damages through evidence, and failure to do so may result in dismissal of claims despite establishing liability against the defendant.

Headnote:(A) Road Transport Act, 1987 – Plaintiffs claim damages for personal injuries resulting from a motorcycle accident on March 14, 2019, involving sudden action by the defendant without signaling – The court finds that the defendant is liable at 100%.– Relevant laws of burden of proof and liability were examined. (Paras 1-6, 9-28)

(B) Liability in tort – The court ruled that if the plaintiff does not meet the evidential burden for damages claimed, the claim may be dismissed regardless of the accident's occurrence. (Paras 20-26)

(C) Quantum of damages – The court referenced Fletcher v. Autocar, emphasizing the necessity of fairness in assessing damages while allowing certain costs in the decision. (Paras 7-8)

(D)

Issues included proving distinct injuries and the burden of proof concerning special damages. (Paras 20-24)

Findings of Court: The plaintiffs proved liability but failed to substantiate the extent of injuries and losses with the requisite evidence. Results in nominal compensation. (Paras 19, 29)

PENGHAKIMAN

Selepas Perbicaraan Penuh

Shairil Farhana Ruslan M:

A. Latar Belakang Kes

[1] Tuntutan Plaintif-plaintif berbangkit dari satu kemalangan jalanraya yang telah berlaku pada 14 Mac 2019 di lebuhraya KESAS. Kemalangan ini melibatkan Plaintif yang menunggang motorsikal WXV 9137 dengan Defendan yang memandu motorlori WWS 7266.

[2] Plaintif mengatakan Defendan telah menukar haluan secara tiba-tiba di hadapan Plaintif tanpa memberikan apa-apa isyarat, dan tindakan ini telah menyebabkan Plaintif tidak sempat mengelak dan selanjutnya satu pertembungan telah berlaku.

[3] Plaintif kini menuntut gantirugi am dan khas terhadap Defendan bagi kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu.

[4] Perlu dirakamkan di sini bahawa perbicaraan ini berlangsung dengan hanya mendengar keterangan dua orang saksi dari pihak Plaintif. Saksi Defendan tidak menghadirkan diri ke perbicaraan tanpa alasan yang munasabah dan Mahkamah telah memberikan arahan untuk kes terus ditutup.

[5] Setelah meneliti kesemua keterangan-keterangan, bukti-bukti dan hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya untuk membuktikan tuntutan terhadap pihak Defendan dan liabiliti dikenakan pada 100%. Lanjutan itu, pihak Defendan dikehendaki membayar gantirugi am dan khas beserta kos kepada pihak Plaintif.

[6] Pihak Plaintif tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan Mahkamah ini dan telah menfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan isu kuantum, faedah dan kos yang telah diberikan.

B. Kuantum

[7] Dalam memutuskan isu kuantum yang melibatkan personal injury, adalah undang-undang yang mantap bahawa:

"...an award should be such that any sensible man would not instinctively regards them as either mean or extravagant, but to consider them, to be sensible and fair." ( Fletcher v. Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 All ER 726)

[8] Selain itu, rujukan juga dibuat kepada nas-nas perundangan yang berkaitan serta Revised Compendium of Personal Injury Award (as revised at 6 July 2018) untuk menjadi panduan dalam pemberian jumlah awad memandangkan ia dibuat dengan mengambil kira kenaikan harga barang, kos sara hidup, inflasi, kejatuhan ekonomi dan trend awad semasa.

[9] Berikut adalah keputusan Mahkamah berkenaan kuantum (atas dasar 100% liabiliti):

I. Gantirugi Am

(Berdasarkan Butiran Di Dalam Pernyataan Tuntutan)

Deep laceration wound over right knee with compound injury in the right knee joint with cut vastus medialis (quadriceps muscle)

Laceration wound over right upper leg

Laceration wound over right knee

[10] Plaintif telah mengalami tiga jenis kecederaan akibat daripada kemalangan ini. Sewaktu perbicaraan, Plaintif mengatakan pada awalnya beliau telah dibawa ke Hospital Klang dengan menaiki ambulans. Namun, Plaintif telah meminta untuk dipindahkan ke Hospital KPJ Selangor kerana beliau melihat keadaan di Hospital Klang adalah terlalu sesak dengan bilangan orang yang ramai yang menyebabkan pihak hospital tidak dapat melayan kecederaan beliau dengan segera. Oleh itu, Plaintif telah meminta untuk dipindahkan dan beliau telah dibawa ke Hospital KPJ Selangor pada hari yang sama. Memandangkan Plaintif tidak diperiksa doktor di Hospital Klang, oleh itu, tiada laporan perubatan disediakan oleh hospital tersebut.

[11] Di Hospital KPJ Selangor, Plaintif telah diperiksa dan didapati Plaintif telah mengalami tiga jenis kecederaan iaitu Deep laceration wound over right knee with compound injury in the right knee joint with cut vastus medialis (quadriceps muscle), laceration wound over right upper leg, dan laceration wound over right knee. Kecederaan-kecederaan ini telah dinyatakan di dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital KPJ Selangor tersebut.

[12] Walaubagaimanapun, pihak Mahkamah tidak boleh/tidak akan merujuk kepada laporan tersebut kerana laporan itu difailkan di dalam Ikatan Dokumen Part III. Dengan erti kata lain, kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan berkenaan isu pembu


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top