SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2005 MarsdenLR 429

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOH

BALIA YUSOF WAHI H


PP
versus
ABD RAZAK TERMIZI

PERBICARAAN JENAYAH NO: PCT 45-41-2002

Decided On : 11-14-05

Advocates:
Bagi pihak pendakwaan - Budiman Lutfi Mohamed; TPR
Bagi pihak tertuduh - Naran Singh; T/n Naran Singh & Co

PENGHAKIMAN

Balia Yusof Wahi H:

Tertuduh di dalam kes ini menghadapi suatu pertuduhan bagi pengedaran dadah berbahaya jenis cannabis dan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah berbunyi seperti berikut:

Bahawa kamu pada 17 Februari 2002, jam lebih kurang 3ptg di tempat letak kereta sebelah kanan Kompleks Megoplex, Kampong Rapat, Ipoh di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, bukan sebagai seorang yang diberi kuasa atau disifatkan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Peraturan yang telah dibuat di bawah Akta yang sama, telah didapati mengedar 452.6 gram cannabis dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s. 39b(2) Akta yang sama.

Tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan tersebut dan setelah perbicaraan dijalankan, mahkamah telah melepas dan membebaskan tertuduh pada peringkat di akhir kes pihak pendakwaan atas alasan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Pihak pendakwaan nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan kini membuat rayuan terhadapnya.

Di dalam usaha pihak pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap tertuduh, seramai sembilan orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Fakta kes seperti yang dikemukakan melalui saksi-saksi pihak pendakwaan adalah menunjukkan bahawa pada 17 Februari 2002 pada jam lebih kurang 1.20ptg suatu taklimat telah diadakan di Bilik Gerakan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Perak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cif Inspektor Ahmad Yanee (SP6) dan telah dihadiri oleh enam orang anggota polis yang lain. Terdahulu dari itu SP6 telah menerima suatu maklumat yang berkaitan dengan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja oleh orang awam iaitu oleh seorang lelaki Melayu yang menggunakan kereta jenis Proton Iswara Aeroback nombor Pendaftaran AED 3897. Kegiatan tersebut mengikut maklumat, dilakukan di kawasan kompleks membeli belah Megoplex Kampong Rapat Ipoh. Di dalam taklimat tersebut SP6 telah membahagikan anggota-anggotanya kepada dua buah kumpulan yang mana salah satu dari kumpulan tersebut adalah diketuainya sendiri dan disertai oleh dua orang anggota lain. Manakala kumpulan yang satu lagi dianggotai oleh empat anggota. Kedua-dua kumpulan tersebut sampai di tempat kejadian pada jam lebih kurang 2.15ptg dan mengambil tempat masing-masing di persekitaran tempat letak kereta di luar bangunan Megoplex tersebut. Setelah menunggu hampir lebih kurang 45 minit pada jam lebih kurang pukul 3ptg, SP6 menyatakan bahawa sebuah kereta yang menepati diskripsi yang telah diberi dalam maklumat yang diterimanya telah kelihatan masuk ke tempat letak kereta di bahagian kanan Kompleks Megoplex tersebut dan diberhentikan bersebelahan dengan kereta yang dinaiki oleh SP6. Seorang lelaki Melayu yang kemudiannya telah dicamkan sebagai tertuduh telah keluar dari kereta tersebut, menguncinya dengan menggunakan remote control dan terus berjalan ke tempat letak kereta di bahagian bawah bangunan Megoplex tersebut. SP6 keluar dari keretanya dan telah mengekori tertuduh, manakala dua orang anggota yang ada bersamanya telah diarahkan untuk membuat kawalan ke atas kereta AED 3897. Tertuduh telah berjalan ke bahagian hadapan bangunan Megoplex melalui tempat letak kereta di bawah bangunan dan apabila sampai di tangga hadapan bangunan tersebut SP6 telah menahan tertuduh. SP6 telah dibantu oleh SP5 di dalam proses penangkapan ke atas tertuduh. SP6 juga telah merampas serangkai kunci dari genggaman tertuduh. Tertuduh kemudiannya telah dibawa ke keretanya dan dengan menggunakan kunci yang dirampas dari genggaman tertuduh tersebut SP6 telah membuka pintu kereta tersebut. SP6 seterusnya memberi keterangan bahawa beliau nampak satu bungkusan plastik warna oren berada di tempat letak kaki bahagian pemandu kereta tersebut. SP6 telah mengambil bungkusan tersebut dan membukanya. Di

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top