2023 MarsdenLR 2424
MAHKAMAH MAJISTRET PAHANG
NURRIN JHAZLINA LWN. AZIZUL ISMAIL & SATU LAGI (KAND 9)
[Guaman Sivil No: CA-A73KJ-16-01/2023]
The limitation period for minors does not commence until they reach the age of majority, allowing claims to be filed within the extended period.
Headnote:(A) Limitation Act 1953 - Sections 6(1)(a) and 24(1) - Application for cancellation of Writ of Summons and Statement of Claim - The court considered whether the plaintiff was barred by limitation due to being a minor at the time of the accident. The court found that the limitation period did not commence until the plaintiff reached the age of majority, extending the deadline to 2025. (Paras 6, 14, 19)
(B) Minor's Capacity - The definition of a minor and the implications for limitation periods were discussed. The court reaffirmed that the limitation period for minors is extended until they reach adulthood. (Paras 12, 13)
Facts of the case:
The plaintiff, a minor at the time of the accident on 20 September 2016, filed a claim against the defendants, who were the driver and registered owner of the vehicle involved. The defendants sought to dismiss the claim based on limitation grounds.
Findings of Court:
The court held that the plaintiff's claim was filed within the appropriate limitation period as the limitation only commenced upon reaching the age of majority.
Issues: Whether the plaintiff was barred by limitation under Section 6(1)(a) of the Limitation Act 1953.
Ratio Decidendi: The court ruled that the limitation period for minors does not begin until they reach the age of majority, allowing the plaintiff's claim to proceed.
Result: Application for cancellation of Writ of Summons and Statement of Claim dismissed without costs.
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. arguments regarding limitation period (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 3. court's analysis on limitation law (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 4. decision on limitation defense (Para 19) |
Pendahuluan
[1] Ini adalah permohonan ("KM9") pihak Plaintif untuk pembatalan Writ Saman dan Penyata Tuntutan menurut A 18 k 19(b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap Plaintif. Di dalam kes ini, Mahkamah menolak KM9 tanpa kos. Alasan ringkas adalah seperti berikut.
Latar Belakang Kes
[2] Plaintif adalah penunggang motosikal bernombor pendaftaran CDE 5615 pada waktu material.
[3] Defendan Pertama adalah pemandu motor lori bernombor pendaftaran CCT 6328 manakala Defendan Kedua pula adalah pemilik berdaftar motor lori CCT 6328 pada waktu material. Defendan Pertama memandu motor lori tersebut sebagai agen dan/atau pekerja dan/atau memandu dengan kebenaran Defendan Kedua.
[4] Plaintif telah terlibat di dalam kemalangan dengan Defendan Pertama dan Defendan Kedua pada 20 September 2016 jam lebih kurang 4.45 petang. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan dan kerugian-kerugian khas yang dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif.
[5] Justeru, Plaintif telah memfailkan tuntutan terhadap Defendan-Defendan, namun melalui KM9 ini, Defendan-Defendan telah memfailkan satu permohonan pembatalan Writ Saman dan Penyata Tuntutan menurut A 18 k 19(b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap Plaintif atas alasan bahawa tindakan Plaintif di hadapan Mahkamah yang mulia ini terhalang oleh had masa di bawah Akta Had Masa 1953.
Isu Yang Dipertikaikan: Samada Plaintif Adalah Terhalang Dengan Batasan Had Masa Di Bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953?
[6] Mahkamah telah meneliti hujahan bertulis yang disediakan oleh pihak-pihak dan mendapati hanya terdapat satu isu yang dipertikaikan secara bersama oleh kedua-dua pihak iaitu sama ada Plaintif adalah terhalang dengan batasan had masa di bawah s 6(1)(a) Akta Had Masa 1953? Atau adakah Plaintif dikecualikan untuk mematuhi batasan had masa ini sepertimana termaktub di bawah s 24(1) Akta Had Masa 1953 memandangkan Plaintif di dalam kes ini adalah seorang "minor".
[7] Di dalam kes ini, kemalangan jalan raya tersebut di mana telah menjadi kausa tindakan ini berlaku pada 20 September 2016, jadi tarikh terakhir pihak Plaintif untuk memfailkan tuntutan ini adalah pada 19 September 2022. Adalah menjadi hujahan bermerit Plaintif bahawa Plaintif adalah merupakan seorang kanak-kanak pada masa kejadian iaitu 15 tahun (lahir pada 19 Disember 2001) dan hanya akan mencapai umur 18 tahun iaitu "age of majority" pada tahun 2019. Plaintif seterusnya menyatakan bahawa had masa dilanjutkan sehingga 2025.
[8] Bagi mengupas lebih lanjut isu ini, Defendan telah berpaut kepada s 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 dan berhujah bahawa Plaintif terhalang untuk memfailkan tuntutan ini yang menyatakan seperti berikut:
Had masa tindakan mengenai kontrak dan tort dan tindakan lain yang tertentu
6. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tindakan berikut tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru, iaitu:
(a) tindakan yang berasaskan kontrak atau tort;
[9] Plaintif berhujah bahawa s 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 tidak terpakai kepada Plaintif dan mengguna pakai s 24(1) Akta Had Masa 1953 ini sebagai pengecualian terhadapnya yang menyatakan seperti berikut:
"Pelanjutan tempoh had masa dalam hal ketidakupayaan
24. (1) Sekiranya pada tarikh terakrunya sesuatu hak tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh Akta ini, orang yang kepadanya hak tindakan itu terakru tak berdaya, maka tindakan itu boleh dibawa pada bila-bila masa sebelum tamatnya tempoh enam tahun, atau dalam hal tindakan yang s 6(4) atau s 8 Akta ini terpakai baginya, satu tahun dari tarikh orang itu tidak lagi menanggung keupayaan atau mati, mengikut mana yang berlaku terdahulu, walaupun