2023 MarsdenLR 2818
MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
AMAN SHAH AYOB LWN. MENANG DEVELOPMENT (M) SDN BHD
Award No: 565 Tahun 2023 [No Kes: 2/4-2931/21]
The court affirmed that a dismissal can be justified on the grounds of redundancy arising from legitimate restructuring, especially in response to financial crises.
Headnote:This case arises from a reference under s 20(3) of the Industrial Relations Act 1967 regarding the termination of Aman Shah Bin Ayob's employment by Menang Development (M) Sdn Bhd. The court finds that the dismissal was lawful due to financial difficulties caused by the Covid-19 pandemic, justifying the company's redundancy actions. The court primarily addresses whether the dismissal was for just cause or excuse, affirming the employer's obligation to prove its necessity. The final ruling is a dismissal of the claimant's demand for remedies as the termination was justified.
| Table of Content |
|---|
| 1. dismissal due to financial difficulties. (Para 1 , 9) |
| 2. financial constraints led to redundancy. (Para 10 , 11 , 12) |
| 3. court assesses just cause in dismissals. (Para 13 , 14 , 15) |
| 4. employer bears burden of proving just cause. (Para 17 , 19) |
| 5. restructuring may necessitate termination. (Para 20 , 24 , 30) |
| 6. the claim was ultimately rejected. (Para 40) |
Rujukan
[1] Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah lanjutan daripada rujukan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 , berhubung dengan pembuangan kerja Aman Shah Bin Ayob ("Yang Menuntut") oleh Menang Development (M) Sdn Bhd ("pihak Syarikat") pada 22 Mac 2021.
[2] Kes ini telah bermula dan selesai dibicarakan pada 8 September 2022 di mana pihak Syarikat telah memanggil seorang saksi iaitu En Simon Wee Howe Yew (COW1) di samping Yang Menuntut sendiri memberikan keterangan bagi pihaknya.
Fakta Kes Yang Menuntut
[3] Melalui surat perlantikan bertarikh 17 April 2001 (CLB1, ms 1-2) Yang Menuntut telah dilantik oleh Luminous Circle Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat pihak Syarikat sebagai pemandu bermula pada 17 April 2001 dengan gaji asas sebanyak RM850.00 sebulan beserta elaun tetap kerja lebih masa.
[4] Berkuatkuasa pada 16 Julai 2001, Yang Menuntut telah disahkan dalam jawatan (CLB1, ms 3) dengan gaji bulanan dinaikan kepada RM950.00 beserta elaun tetap bulanan sebanyak RM200.00. Yang Menuntut dikehendaki melaporkan kepada Pengerusi, Dato'L K Shun atau kepada mana-mana Pengarah Luminous Circle.
[5] Waktu bekerja Yang Menuntut adalah dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat dan apabila lengkap satu tahun perkhidmatan secara berterusan beliau layak mendapat cuti tahunan selama empat belas hari.
[6] Luminous Circle juga membuat potongan statutori untuk KWSP dan SOCSO dan Yang Menuntut juga layak untuk mendapatkan faedah perubatan tetapi tidak termasuk rawatan gigi dan mata.
[7] Melalui surat bertarikh 1 Julai 2006 (CLB1, ms 4-5), perkhidmatan Yang Menuntut telah ditukarkan ke pihak Syarikat berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 dengan gaji bulanan sebanyak RM1,300.00 beserta elaun lebih masa sebanyak RM200.00. Lain-lain perkara seperti tugasan, tanggungjawab, senioriti dan faedah adalah sama seperti sewaktu beliau berkhidmat dengan Luminous Circle.
[8] Dalam bulan Januari 2020 Yang Menuntut telah meneima kenaikan gaji sebanyak RM950.00 di mana gaji baru beliau adalah sebanyak RM2,250.00 sebulan beserta elaun sebanyak RM300.00 bermula dari bulan Januari 2020 dan seterusnya.
[9] Melalui surat bertarikh 22 Februari 2021 (CLB1, ms 20-21) perkhidmatan Yang Menuntut telah ditamatkan berkuatkuasa pada 22 Mac 2021 atas alasan pihak Syarikat mengalami krisis kewangan akibat penularan Covid-19.
Fakta Kes Pihak Syarikat
[10] Tugasan terakhir Yang Menuntut adalah sebagai pemandu peribadi kepada Pengarah Eksekutif, Cik Marianna Bt Aly Shun yang telah gagal melaporkan diri pada 2 Februari 2021 dan digantung jawatan Pengarah pada 15 Februari 2021 (COB1, ms 3).
[11] Pihak Syarikat menegaskan bahawa melalui surat bertarikh 22 Februari 2021, Pengurus Sumber Manusia, Cik Thelisha Moorthy telah menjelaskan tentang kejatuhan kewangan pihak Syarikat yang membawa kepada penamatan perkhidmatan Yang Menuntut.
[12] Pihak Syarikat beserta subsidiarinya telah terkesan dengan Covid-19. Sebagai langkah penjimatan, beberapa tindakan termasuk penamatan perkhidmatan telah diambil yang turut melibatkan Yang Menuntut yang merupakan pemandu peribadi Cik Marianna Bt Aly Shun yang telah digantung peranan beliau sebagai Pengarah pada 15 Februari 2021.
Peranan Mahkamah Perusahaan
[13] Peranan Mahkamah Perusahaan di dalam menangani kes-kes pembuangan kerja di dalam rujukan yang dibuat di bawah s 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 antara lain adalah untuk memastikan sama ada proses pembuangan tersebut dilakukan atas sebab atau alasan yang adil. YA Salleh Abbas, KHN menjelaskan perkara ini di dalam