SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2015 MarsdenLR 1597

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
PENDAKWA SYARIE SELANGOR LWN. SYED FAZELLY SYED IDRIS & SATU LAGI
[Kes Jenayah: 10300-142-0011-2014 10300-142-0012-2014 & 10300-142-0013-2014 & 10300-142-0014-2014]



The court held that convictions under the Syariah law must reflect principles of justice and the seriousness of extramarital relationships, resulting in significant penalties including corporal punishment.

Headnote:In this judgment, the court analyzed the application of Section 25(1) and (2) of the Selangor Syariah Criminal Enactment 1995, where the respondents were charged with consensual extramarital intercourse resulting in children born out of wedlock. The court confirmed the validity of the charges after voluntary guilty pleas from the accused, emphasizing the significance of Islamic law principles in determining suitable punishments. The chief issues addressed included the principle of punishment evaluation and specific sentencing considerations. Ultimately, the court ordered a fine of RM4,500 or 150 days imprisonment, along with corporal punishment for both respondents as the ruling.

Table of Content
1. overview of the factual circumstances surrounding extramarital intercourse. (Para 1 , 2)
2. discussion of legal principles applicable to extramarital relationships under islamic law. (Para 3 , 4 , 10 , 20)
3. final sentencing decision and reasoning. (Para 70 , 71)
Mawardi Che Man HMTS:

Fakta Kes

[1] Tertuduh 1, Syed Fazelly Bin Syed Idris, No K/P: 840712-08-6431 dan Tertuduh 2, Nur Zurliza Binti Kamilrunzaman, No K/P: 880707-43-5314 telah dituduh atas dua kesalahan yang sama iaitu melakukan persetubuhan luar nikah berdasarkan peruntukan s 25(1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995 [EJS 1995] sedangkan mereka berdua bukan suami isteri ketika itu sehingga lahimya seorang bayi lelaki bemama Iezqandar Daniel Bin Abdullah (No Sijil Kelahiran: CH 89824, No MyKid: 100216-10-1985) pada 16 Februari 2010 jam 9.53 malam dan lahimya seorang bayi lelaki bemama Iezqandar Danish Bin Abdullah (No Sijil Kelahiran: CS 85396, No MyKid: 120823-10-0907) pada 23 Ogos 2012 jam 12.42 tengahari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Daerah Klang, Dalam Negeri Selangor

[2] Tertuduh 1 dan 2 telah dibicarakan secara bersama bagi dua kesalahan tersebut di mana Tertuduh 1 dan 2 telah mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan fakta kes. Setelah mitigasi/rayuan dikemukakan oleh kedua-dua Tertuduh secara bertulis serta diulas oleh Pendakwa Syarie, Kedua-dua Tertuduh telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah h pada 4 Mac 2015. Kedua-dua Tertuduh telah tidak berpuashati

Penghakiman YA Tuan Mawardi Bin Che Man, HMTS

[3] Bagi keempat-empat kes yang melibatkan kedua-dua Tertuduh, Mahkamah mengemukakan alasan dan ulasan bersekali di mana terdapat dua isu yang Mahkamah akan ulas sebelum membuat keputusan dan menentukan bentuk hukuman kepada kedua-dua Tertuduh ini, iaitu:

i. Prinsip sesuatu hukuman dinilai; dan

ii. Bentuk hukuman.

i. Prinsip Sesuatu Hukuman Dinilai

[4] Tertuduh 1, Syed Fazelly Bin Syed Idris, No K/P: 840712-08-6431 dan Tertuduh 2, Nur Zurliza Binti Kamilrunzaman, No K/P: 880707-43-5314, telah dipertuduhkan di Mahkamah ini di atas tuduhan melakukan persetubuhan luar nikah yang merupakan suatu kesalahan yang telah diperuntukkan oleh s 25(1) dan (2) EJS 1995 sepertimana berikut:

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya dan sedang dia sedar tentang perbuatannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), seseorang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

[5] Pertuduhan bagi kes telah dibacakan oleh Pembantu Mahkamah pada 14 Januari 2015 sebagaimana berikut:

Kes Pertama:

Syed Fazelly Bin Syed Idris, No Kad Pengenalan: 840712-08-6431, Beralamat Di G2-3-5, Jalan Labuan 6, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).

"Bahawa kamu, didapati telah melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang perempuan bernama Nur Zurliza Bintikamilrunzaman (No. Kad Pengenalan: 880707-43-5314) sehingga dia hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Iezqandar Daniel Bin Abdullah (No Sijil Kelahiran: CH

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top