MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOH
BALIA YUSOF WAHI H
PP
versus
SHARIFFAH SYED HASHIM
PERBICARAAN JENAYAH NO. PCT 45-39-2002
Decided On : 04-26-06
Balia Yusof Wahi H:
[1]Tertuduh dalam kes ini telah dihadapkan dengan suatu pertuduhan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kes terhadap tertuduh telah dibicarakan secara bersama dengan suatu kes yang lain iaitu kes Perak Criminal Trial No. 45-15-2003. Kes tersebut melibatkan suami tertuduh dan adalah di atas pertuduhan yang sama dan berbangkit dari fakta dan transaksi yang sama. Walau bagaimanapun setelah mendengar keterangan yang dikemukakan oleh dua orang saksi dari pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kedua-dua tertuduh di bawah s. 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman di bawah s. 39A Akta yang sama. Pertuduhan pindaan yang dimaksudkan adalah berbunyi seperti berikut:
Bahawa kamu pada 15 Februari 2002, lebih kurang jam 5.30 petang di rumah No. 34, Persiaran Wira Jaya Timur 13, Taman Cemerlang Indah, Ipoh di dalam Daerah Kinta di dalam Negeri Perak, bukan sebagai seorang yang diberikuasa di bawah Seksyen 4, 5 dan 7 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) telah didapati memiliki dadah berbahaya itu Cannabis seberat 739 gram dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2)(f) Akta yang sama.
[2]Tertuduh dalam kes ini telah mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan yang dikemukakan manakala suaminya tertuduh di dalam kes PCT 45-15-2003 telah tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Mahkamah seterusnya telah menetapkan tarikh yang lain bagi pendengaran kes PCT 45-15-2003 dan seterusnya telah meneruskan kes terhadap tertuduh di dalam kes ini.
[3]Tertuduh di dalam pengakuan salahnya kepada pertuduhan pindaan tersebut juga mengaku faham akan sifat dan akibat pengakuan salahnya. Fakta ringkas kes adalah seperti di dalam eks. P4 yang mana mengatakan bahawa pada 15 Februari 2002 jam lebih kurang pukul 3 petang pengadu kes iaitu C/Insp. Ahmad Yanee bin Nazir dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak telah menerima satu maklumat berkait dengan kegiatan pengedaran dadah di kawasan bangunan Megoplex, Kampung Rapat, Ipoh. Berikutan daripada maklumat tersebut, pengadu telah mengadakan satu taklimat bersama beberapa orang pegawai dan anggota Jabatan Narkotik IPK Perak di pejabatnya. Taklimat diadakan bagi tujuan untuk menangkap suspek yang dikatakan terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah tersebut. Satu serbuan telah dirancang untuk menangkap suspek tersebut di kawasan bangunan Megoplex berkenaan. Pada jam lebih kurang pukul 5 petang, pengadu telah nampak sebuah motokar jenis Proton Wira Aeroback nombor pendaftaran WDH 965 yang dipandu oleh seorang wanita telah datang dari arah belakang bangunan Megoplex dan memberhentikan keretanya di situ. Wanita tersebut nampak seolah-olah hendak menunggu seseorang. Tanpa berlengah-lengah, pengadu dan anggota pasukannya telah menghampiri kereta tersebut dan mengenalkan diri sebagai 'polis' kepada wanita berkenaan. Pengadu kemudiannya telah memberi amaran di bawah s. 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sambil anggota-anggota yang lain membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut. Namun mereka tidak menjumpai apa-apa barang salah. Seterusnya pengadu telah menjalankan soal-siasat ke atas wanita tersebut yang bernama Shariffah binti Syed Hashim (tertuduh) dan hasil dari soal-siasat tersebut, tertuduh telah memberi maklumat tentang penyimpanan dadah di rumahnya. Tertuduh telah membawa pasukan polis ke rumahnya yang beralamat di No. 34, Persiaran Wira Jaya Timur 13, Taman Cemerlang Indah, Ipoh. Apabila sampai di rumah tersebut, tertuduh telah membawa pengadu dan pasukannya masuk ke dalam rumah tersebut. Tertuduh seterusnya telah membawa mereka ke dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan. Pintu bilik tersebut adalah berkunci dan ianya dibuka oleh pengadu dengan menggunakan satu kunci yang diambil dari dalam beg tangan tertuduh. Apabila mereka masuk ke dalam, tertuduh tela
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.