SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2660

MAHKAMAH TINGGI, KUANTAN
VINCENT DANIAL LWN. RANI M DORAISAMY
[Rayuan Sivil No: 12-27-2008]



JUDGMENT

ALASAN-ALASAN KEPUTUSAN

1. Ini adalah satu rayuan oleh defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan yang diberikan pada 4/9/2007 di mana permohonan oleh defendan untuk memindahkan kes No. 52-442-2006 dari Mahkamah Sesyen Kuantan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan telah ditolak pada 22/5/2008. (Rujuk kepada Notis Permohonan di m.s. 1 - 3 dan Affidavit Sokongan di m.s. 45 - 56 dan deraf perintah bertarikh 22-5-2008 di m.s. 96 - 97 di Rekod Rayuan).

2. Plaintif telah menjawab kepada permohonan tersebut melalui Affidavit Sokongan Plaintif dan Affidavit Balasan Plaintif yang diikrar pada 18/12/2007. Defendan telah menjawab melalui Affidavit Balasan yang diikrar pada 14/2/2008 kepada Affidavit Balasan Plaintif tersebut. Akhirnya, plaintif telah menjawab melalui Affidavit Jawapan yang diikrarkan pada 7/1/2008 kepada Affidavit Jawapan Defendan tersebut. (Rujuk kepada m.s. 57 - 65, m.s. 66 - 83 dan m.s. 84 - 93 masing-masing di Rekod Rayuan). Plaintif juga mengunapakai Affidavit Plaintif yang diikrarkan pada 28/12/2006 dan Affidavit Balasan II Plaintif yang diikrarkan pada 13/3/2007 dalam permohonan defendan untuk membatalkan tuntutan plaintif. (Rujuk m.s. 101 - 105 dan 117 - 119 Rekod Rayuan Tambahan (Lampiran 8) setelah memberi Notis dibawah Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 untuk menggunapakai kedua-dua affidavit tersebut). Persoalan utama dalam rayuan ini, adalah, di Mahkamah Sesyen manakah bicara kes patut dijalankan, sama ada di Mahkamah Sesyen Kuantan atau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

3. Setelah membaca dan meneliti Rekod Rayuan (Lampiran 4) dan Rekod Rayuan Tambahan (Lampiran 8) , hujah-hujah bertulis dan hujah-hujah lisan bersama otoriti-otoriti oleh kedua-dua pihak, keputusan Mahkamah ini adalah:-

1

(1) Mahkamah ini berpuas hati bahawa Notis Permohonan (Kandungan 29) yang difailkan di Mahkamah Sesyen, Kuantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan adalah teratur dan tidak melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang atau kaedah-kaedah Mahkamah.

(2) Mahkamah ini berpuas hati bahawa defendan telah berjaya menunjukkan bahawa di atas fakta dan keadaan kes ini, bicara kes patut dijalankan di Kuala Lumpur, di mana defendan tinggal di Kuala Lumpur, perniagaan dijalankan di Kuala Lumpur dan saksi-saksi defendan adalah dari Kuala Lumpur dan perkara ini tidak dapat dinafikan.

(3) Menurut alasan kedua diatas , defendan telah berjaya dan menunjukkan bahawa defendan mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk bicara dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, iaitu, defendan tinggal di Kuala Lumpur, perniagaan defendan adalah di Kuala Lumpur, saksi-saksi defendan adalah daripada Kuala Lumpur dan demi keadilan, adalah wajar perbicaraan diadakan di Kuala Lumpur. (Rujuk kes Khor Seow Kee v. Boon Hock Sawmill Sdn. Bhd., [1993] 4 CLJ 365 , Tung Lian Enterprise v. Poly Trading Co.; [1993] 4 CLJ 189; [1993] 5 AMR 910 , Yap Thiam Choy v. Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd.; [2000] 6 MLJ 755; [2000] 4 CLJ 296; [2000] 4 AMR 4437 , Raja Thangiah v. Baldev Singh Bhar; [2001] 7 CLJ 130 , Sova Sdn Bhd v. Kasih Sayang Realty Sdn Bhd ; [1988] 2 MLJ 268, Malacca Securities Sdn. Bhd. v. Loke Yu; [1998] 3 CLJ 22; [1998] 3 AMR 2501 ; [1998] 3 AMR 2501).

(4) Menurut alasan ketiga di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa adalah lebih sesuai dan lebih adil bicara dijalankan di Kuala Lumpur, di mana defendan hanya perlu menunjukkan satu alasan sahaja daripada empat alasan yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah 1948, iaitu, di mana tindakan harus difailkan, tetapi defendan telah menunjukkan lebih daripada satu alasan supaya kes patut difailkan dan seterusnya dibicarakan di Kuala Lumpur. Jadual Ketiga (s. 99A) , s. 2 dan s. 3 Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah 1948 menyatakan:-

2. Stay of proceedings.

(1) Power to stay proceedings unless they have been instituted in the District in which:-

(a) the cause of action arose;

(b) the defendant resides or ha

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top