SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2018 MarsdenLR 1666

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
AAAA BBBB LWN. CCCCC DDDD
[Rayuan Mal No: 55555-555-55555-2017]



Petitioner Advocates:Ummu Abihah Mohd Roslan ,Respondent Advocate: Wan Mohd Azziadi

A declaration of talaq is valid if made in a sound state of mind, and claims of external influences must be substantiated with evidence.

Headnote:This judgment concerns a marital dissolution that commenced with the respondent's declaration of talaq on 3 November 2015, confirmed by the court as a valid dissolution. The court upheld the ruling, stating the respondent was in a sound state of mind during the declaration (paragraphs 5, 30). The central issue was whether the appellant could prove that the respondent was under external influences at the time of talaq. The court found no sufficient evidence to support claims of witchcraft or external influence affecting the respondent's declaration (paragraphs 10, 29). Conclusion: The appellant's appeal is dismissed, and the previous decision reaffirmed.

Table of Content
1. court's consideration of spiritual influence in divorce. (Para 10 , 11 , 17)
2. court's analysis of evidence surrounding the talaq declaration. (Para 12)
3. legal standards for divorce declaration and iqrar. (Para 13 , 14 , 15 , 16)
4. court's conclusion on the validity of the talaq and absence of evidence for witchcraft. (Para 20 , 21 , 29)
Ulasan/Dapatan Mahkamah Rayuan

[10] Kami dapati alasan rayuan kes ini adalah sama seperti alasan rayuan sebelum ini. Justeru itu, isu utama di dalam kes rayuan ini adalah:

Sama ada YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Terengganu telah terkhilaf dalam mensabitkan perceraian di antara Perayu dan Responden dengan mengekalkan keputusan Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah Marang.

[11] Dalam meneliti isu ini, antara persoalan yang perlu diberi perhatian adalah sama ada Perayu berjaya membuktikan atau meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat elemen sihir ke atas Responden sehingga menyebabkan berlakunya perceraian.

[12] Bagi menjawab isu dan persoalan ini, kami melihat kepada keseluruhan fakta dan prosiding kes yang bermula di Mahkamah Rendah sehinggalah keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah dibuat.Di dalam kes ini, iqrar Responden berkenaan lafaz talaq pada peringkat awal prosiding dikekalkan dan dipegang oleh Mahkamah melainkan dibuktikan sebaliknya oleh Perayu berkenaan elemen sihir.

[13] Ini adalah merujuk kepada pensabitan talaq atau perceraian berdasarkan iqrar suami, di dalam kitab Iaanat al-Talibin, juzuk keempat, pada hlm 27 ada menyebut:

Maksudnya: "Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana ianya disabitkan dengan iqrar adanya talaq oleh suami."

[14] Di dalam kitab Iaanat al-Talibin, juzuk ketiga, pada halaman 187 pula ada menyebut:

Maksudnya: "Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala mengikut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas diri pemberitahu itu.Iqrar disebut juga sebagai iktiraf."

[15] Kami juga merujuk kepada peruntukan Hukum Syarak sebagaimana ditaqninkan di dalam undang-undang. Di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, s 17 ada memperuntukkan:

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau lisan atau isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan sesuatu hak.

(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat:

(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) Di luar Mahkamah di hadapan dua orang saksi lelaki yang 'aqil, baligh dan 'adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.

[16] Mahkamah seterusnya telah merujuk kepada perkara 3(2)(d) dalam Arahan Amalan No 10 Tahun 2007 yang berkuatkuasa pemakaiannya mulai 15 Jun 2007. Arahan Amalan tersebut adalah sebagaimana berikut:

"Sekiranya suami mengaku dan mahkamah berpuas hati hendaklah mensabitkan talak itu."

[17] Kemudian, di peringkat rayuan Perayu membangkitkan adanya unsur sihir ke atas Responden dan lafaz talaq tersebut adalah di bawah pengaruh sihir. Kami mendapati bahawa Perayu telah menjadikan faktor sihir sebagai pembelaan dalam kes perceraian ini dan merupakan afterthought Perayu dan Responden. Kami juga dapati bahawa pada peringkat awal prosiding perbicaraan, pihak Perayu selaku Responden pada masa itu tidak hadir ke perbicaraan dan tidak memfailkan apa-apa Afidavit Jawapan sebagai menjawab ke atas kes permohonan pengesahan perceraian tersebut dan membiarkan masa berlalu begitu sehingga selepas tiga belas hari dari tarikh keputusan.

[18] Menurut Dr Mahyuddin Ismail, di dalam artikelnya bertajuk 'Kena Sihir' Sebagai Satu Pembelaan Dalam Kes Perceraian: Analisa Dari Sudut Hukum Syara' Dan Pengaplikasiannya Di Mahkamah Syariah Di Malaysia menyatakan bahawa:

"Untuk merealisasikan bentuk pembelaan ini, beban pembuktian oleh pihak yang mendakwa akan diperincikan. Bagi kes cerai talaq, sekiranya:

a) seorang suami mendakwa talaq dilafazkan dalam keadaan dirinya dipengaruhi sihir; a

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top