SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2019 MarsdenLR 2461

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK BARAT
PENDAKWA SYARIE LWN. MFHA & YANG LAIN-LAIN
[Kes Jenayah Bil: 10008-143-0004-2019 10008-143-0005-2019 10008-143-0007-2019 10008-143-0008-2019 10008-143-0009-2019]



The court can impose alternative sentences, including rehabilitation, rather than standard penalties for first-time offenders under specific circumstances.

Headnote:In this case, five accused were charged under section 29(1)(a) and (b) of the Selangor Syariah Criminal Enactment 1995, with guilty pleas acknowledged in court. The court, satisfied with the jurisdictional compliance per section 62 of the Selangor Islamic Administration Enactment 2003, ruled against convictions under section 97(2) of the Syariah Criminal Procedure Enactment 2003. It was determined that the accused displayed ignorance regarding legal prohibitions regarding khalwat, leading to six months' house detention under section 97(2)(b) of the same enactment.

Table of Content
1. admission of guilt under statutory provisions. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. jurisdiction validity and accused's understanding during proceedings. (Para 6 , 8 , 9)
3. validity of admission without coercion. (Para 10 , 11 , 12 , 13)
4. arguments for leniency due to youth. (Para 14 , 15 , 16)
5. deterrent principles in enforcement. (Para 17 , 18 , 19 , 20)
6. considerations for sentencing first-time offenders. (Para 21 , 22 , 23)
7. final sentencing decision by the court. (Para 30 , 31 , 32)
Fakta Kes

[1] Lima orang Tertuduh telah dipertuduhkan di bawah s 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (selepas ini disebut EJSS 1995) dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan masing-masing setelah Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami pertuduhan, faham kesan pengakuan salah dan pengakuan dibuat tanpa wujud paksaan daripada mana-mana pihak.

[2] Mahkamah tidak mensabitkan Tertuduh-Tertuduh tersebut atas kesalahan yang telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan s 97(2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah diperintahkan sebagai ganti hukuman ditahan di rumah kebajikan yang diluluskan [Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman (bagi Tertuduh Lelaki) dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (bagi Tertuduh Perempuan)] selama enam bulan.

[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat berdasarkan s 29(1)(a) dan(b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Tertuduh-Tertuduh tersebut dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 25 Mei 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di Bilik No 225 Sky Hotel Selayang beralamat di Lot T3-2 Tingkat 3, Selayang Capitol Complex, Selayang Kepong Expressway. Tertuduh dalam kes ini ialah MFHA (No K/P: XXXXXX), MASMS (No K/P: XXXXXX), NWNAW (No K/P: XXXXXX), NIB (No K/P: XXXXXX) dan NAAMZ (No K/P: XXXXXX).

[4] Pertama sekali, bidangkuasa adalah menjadi sandaran penting dalam apa jua tindakan di Mahkamah. Merujuk keseluruhan kes ini, Mahkamah berpuashati berkenaan dengan kedudukan bidangkuasa adalah selaras dengan peruntukan s 62(1) dan(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan s 29(1)(a) dan(b) EJSS 1995 sebagaimana berikut:

Seksyen 62(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi riga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Seksyen 29(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 mana-mana:

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya

Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[5] Selanjutnya setelah Pendakwa dan Tertuduh bersedia, pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibacakan pada 21 Mac 2019 sebagaimana berikut:

A. Bagi (kes Jenayah No: 10008-143-0004-2019), Tertuduh

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top