SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 1953

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. GOPELA KRISHNAN ARUMUGAM
[Rayuan Semakan Jenayah No: A-05-19-01/2023]



Petitioner Advocates:Zaki Asyraf Zubir,Parvin Hameedah Natchiar ,Respondent Advocate: Raam Kumar,V Selvaratnam

The court established that a coroner's inquest cannot determine criminal liability, and an open verdict is inappropriate when evidence suggests misconduct by law enforcement.

Headnote:(A) Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 323 dan 325 - Keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner yang mengenepikan dapatan mengenai liabiliti jenayah dalam kematian si mati - Mahkamah Tinggi membenarkan semakan dan mengetepikan keputusan terbuka dengan mendapati terdapat unsur salah guna kuasa oleh pihak polis. (Paras 16, 25, 26, 30)

(B) Inkues - Fungsi Mahkamah Koroner adalah untuk menyiasat punca kematian dan tidak untuk menentukan liabiliti jenayah. (Paras 19, 23, 24)

(C) Beban Pembuktian - Beban pembuktian dalam prosiding inkues adalah di atas imbangan kebarangkalian. (Paras 18)

Facts of the case:
Keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner mengenai kematian Mohan a/l Gopela Krishnan yang meninggal dunia akibat tembakan oleh anggota polis. Mahkamah Tinggi membenarkan semakan atas permohonan pihak keluarga si mati yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Findings of Court:
Mahkamah Tinggi mendapati bahawa terdapat bukti salah guna kuasa oleh pihak polis dalam kematian si mati dan mengarahkan pendakwaan jika wajar.

Issues: Isu utama adalah sama ada Mahkamah Koroner boleh menentukan liabiliti jenayah dan sama ada keputusan terbuka itu wajar.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa inkues tidak boleh menentukan liabiliti jenayah dan keputusan terbuka tidak boleh diterima kerana melampaui kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Koroner.

Result: Rayuan dibenarkan dan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk keputusan yang betul.

Table of Content
1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12)
2. arguments for judicial review of open verdict (Para 13 , 14 , 15)
3. court's decision and reasoning (Para 16 , 17)
4. legal principles regarding inquest findings (Para 18 , 19 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28)
5. final decision and order of the court (Para 29)

Azmi Ariffin HMR:

Pengenalan

[1] Kandungan 13 bertarikh 18 Januari 2023 adalah Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu/Pendakwa Raya Penghakiman ("JC") terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh yang telah mengenepikan keputusan terbuka (open verdict) yang dibuat oleh Mahkamah Koroner pada 29 Ogos 2022.

Saksi-Saksi Inkues

[2] Lapan (8) orang saksi-saksi inkues yang dipanggil untuk memberikan keterangan. Senarai mereka adalah seperti berikut:

(a) SI-1: Zalina Binti Yaacob (Penerima maklumat pertama);

(b) SI-2: Gopela Krishanan a/l Arumugam (bapa si mati/Pemohon);

(c) SI-3: ASP Sukjit Singh Jagara Singh (pegawai polis yang menembak si mati);

(d) Sl-4: D/Sjn Zulhadi Bin Ramli (Anggota Polis yang menembak si mati);

(e) SI-5: ASP Ahmad Hisyam Bin Mohamed Sani (Pegawai Penyiasat);

(f) Sl-6: Dr Siti Zanariah Binti Md Naziri (Pakar Perubatan Forensik);

(g) SI-7: Insp Nur Zahirah Binti Mustapha; dan

(h) SI-8: Insp Zaiton Binti Yaacob (Juru analisa Senjata).

Fakta Kes Secara Ringkas

[3] Pada 8 Oktober 2016, jam sekitar 3.15 pagi, ASP Sukjit Singh Jagara Singh (SI-3) yang mengetuai Ops Cantas rondaan kawasan Sitiawan dan juga Air Tawar bersama-sama dengan tiga (3) orang lagi anggota polisnya iaitu Sarjan Raini, Koperal Zulhadi dan Koperal Hazrol Azrai dengan menaiki kereta pasukan, Proton Preve tanpa lambang polis, telah tersempak dengan sebuah kereta Proton Waja No Pendaftaran JHF 1921 di Pekan Air Tawar dalam keadaan mencurigakan iaitu kereta dipandu perlahan, memerhatikan jalan dan deretan kedai yang tidak beroperasi pada waktu awal pagi.

[4] Kenderaan pasukan polis yang dipandu oleh Koperal Hazrol Azrai telah menghampiri kereta Waja tersebut dan meminta pemandu Waja tersebut berhenti dengan menekan hon. SI-3 yang duduk di kerusi hadapan bahagian penumpang, telah menurunkan cermin tingkap dan memperkenalkan dirinya. SI-3 telah mengeluarkan tangannya dari tingkap kereta dan menjerit, "berhenti-berhenti, polis, polis, polis". Namun pemandu Waja tersebut tidak memberhentikan kenderaannya tetapi sebaliknya kereta tersebut terus memecut laju ke arah Setiawan. SI-3 tidak dapat melihat pemandu di dalam kenderaan Waja tersebut kerana cermin kereta tersebut gelap.

[5] Kereta pasukan telah mengejar kereta Waja tersebut. Kereta Waja tersebut dengan kelajuan melebihi 100 km/j telah memecut tanpa berhenti di dua (2) atau (3). Kenderaan pasukan telah bertindak mengejar kereta Waja tersebut dalam 7 hingga 10 kilometer. SI-3 dan pasukannya yang berada di belakang kereta Waja tersebut telah cuba untuk memberhentikan kenderaan Waja tersebut dengan cara memasang lampu dan menekankan hon kenderaan. Namun kereta Waja yang dipandu dengan laju masih tidak berhenti juga. Kereta Waja tersebut terus masuk ke arah Simpang 5 dan akhirnya terbabas di tepi jalan. Kereta pasukan tiba dan berhenti sekitar jarak 5-10 meter di belakang kereta Waja tersebut.

[6] Seorang lelaki kelihatan turun dari tempat pemandu. S1-3 dan Koperal Zulhadi telah turun dari kereta pasukan sambil menjerit "Polis!". Kemudian S1-3 terdengar satu das tembakan dan nampak lelaki tersebut sedang memegang sepucuk pistol. Mengikut SI-4 pula semasa pemandu tersebut keluar dari kenderaannya, lelaki tersebut terus melepaskan satu das tembakan ke arah pasukan polis.

[7] Bagi mempertahankan diri, SI-3 telah melepaskan dua (2) das tembakan menghala ke arah ke lelaki tersebut. Manakala Koperal Zulhadi turut juga melepaskan 1 das tembakan. SI-3 nampak lelaki tersebut jatuh. Satelah merasakan tiada ancaman lagi, SI-3 menghampiri lelaki yang telah rebah tersebut dan melihat terdapat dua (2) kesan tembakan di bahagian dadanya. SI-3 juga melihat a

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top