SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2004 MarsdenLR 2380

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
ALPS ELECTRIC (M) SDN BHD LWN. SARAVANA KUMAR SUBRAMANIAM
[Award No. 1769 - 2004 No. Kes: 4/4-1489/04]



AWARD

Pertikaian mengenai penamatan kerja Encik Saravana Kumar a/l Subramaniam ("yang menuntut") oleh Alps Electric (Malaysia) Sdn. Bhd. ("syarikat") pada 20 Mei 2003 telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan dan telah diterima oleh mahkamah ini pada 30 Julai 2004.

Kes ini telah disebut kali pertama pada 22 September 2004 dengan kehadiran Puan Amardeep Kumar Gill dari Persekutuan Majikan Majikan Malaysia (MEF) yang mewakili syarikat dan yang menuntut yang hadir sendiri. Pada sebutan tersebut mahkamah telah mengesyorkan agar kedua-dua pihak berunding demi untuk mencari penyelesaian damai.

Pada 8 Disember 2004 mahkamah telah terima sepucuk surat daripada yang menuntut yang menyatakan hasratnya untuk menarik balik kesnya. Perenggan yang relevan dalam surat ini berbunyi seperti berikut:

"I, Saravana Kumar a/1 Subramaniam Kes Fail No. MP. 1: 4/4-1489/04(2) here by would like to inform that Alps Electric (Malaysia) and I have agreed to settle outside of Court, so I would like to withdraw the kes from the Mahkamah Perusahaan.".

Memandangkan bahawa yang menuntut telah menyelesaikan kes ini dengan syarikat, maka mahkamah telah membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk memohon menghidupkan semula.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top