SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2016 MarsdenLR 158

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
ZAW MIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: B-05(S)-4-01/2014]



The court determined that the absence of evidence of common intention does not preclude a conviction under amended charges for culpable homicide.

Headnote:The accused was indicted under Section 302 of the Penal Code for committing murder. The court found insufficient evidence for murder and amended the charge to Section 304(a) for culpable homicide not amounting to murder. The prosecution failed to establish a reasonable doubt on the accused's involvement in the crime. The resulting conviction led to an appeal with the appellate court affirming the conviction but reducing the sentence from 15 years to 10 years.

Table of Content
1. factual basis for the murder indictment. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 8)
2. court's findings regarding evidence and conviction. (Para 11 , 12 , 17 , 18)
3. legal issues raised regarding culpable homicide. (Para 19 , 20)
4. application of common intention in evidence. (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 30)

[1] Perayu telah dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pertuduhan berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama satu orang lagi yang masih bebas pada 12 September 2011 antara jam lebih kurang 4.15 pagi hingga jam lebih kurang 4.30 pagi, bertempat di tepi Restoran Kei Wei, Jalan Bandar Baru 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan sengaja telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki Myanmar, bernama Saw Tun Naing, dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ."

Kes Pendakwaan

[2] Pada 12 September 2011 jam lebih kurang 1.00 pagi, selepas Ling Ching Hang (SP3) menutup perniagaannya, iaitu Restoran Kei Wei, terdapat tiga orang Myanmar yang masih duduk di bahagian luar kedainya sedang minum. SP3 mengenali ketiga-tiga mereka iaitu Pendek (simati), perayu dan Hla Moe.

[3] Menurut SP3, pada jam lebih kurang 4.00 pagi beliau mendengar bunyi bising di bahagian bawah kedainya. Apabila SP3 melihat ke bawah, dia melihat ketiga-tiga lelaki Myanmar tersebut sedang bergaduh.

[4] SP3 turun ke tingkat bawah kedainya dan dia melihat simati, yang dipanggil Pendek, terbaring di atas jalan dan tidak bergerak. Beliau melihat perayu dan Hla Moe telah menarik simati dan membuangkannya ke dalam longkang yang terletak 30 meter daripada tempat kejadian.

[5] SP3 kemudiannya telah menelefon polis melaporkan kejadian tersebut. Pihak polis telah datang.

[6] Hasil siasatan pihak polis telah menahan perayu di Kuala Selangor pada 16 September 2011 setelah melarikan diri ke sana. Manakala Hla Moe telah gagal dikesan.

[7] Identiti simati telah dicamkan oleh adiknya Saw Mya Thein.

[8] Mayat simati telah dibedah siasat oleh Dr. Abd. Karim bin Tajudin (SP10) yang mengesahkan bahawa kematian simati adalah akibat kecederaan teruk di kepala akibat hentakan benda tumpul atau 'severe head injury due to blunt trauma'.

[9] SP10 telah dirujuk dengan sekeping batu marmar (P19(A)) dan SP10 tidak menolak kemungkinan batu tersebut juga boleh menyebabkan kecederaan yang membawa kepada kematian simati tersebut.

[10] SP3 dalam keterangannya mengatakan bahawa di dalam pergaduhan itu, ketiga-tiga mereka ada menggunakan kayu dan mozek lantai atau batu marmar memukul simati. SP3 juga mengatakan perayu dan Hla Moe telah memukul simati dengan menggunakan kayu.

Dapatan Di Akhir Kes Pendakwaan

[11] Menurut hakim bicara, keterangan SP3 perlu diambil kira dengan berhati-hati memandangkan tiada sokongan oleh keterangan-keterangan bebas yang lain. Beliau berpendapat adalah tidak selamat untuk menerima keterangan SP3 ini secara total. Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwa telah gagal untuk membuktikan elemen-elemen penting di dalam s 300 Kanun Keseksaan (KK). Bagaimanapun beliau berpendapat, terdapat keterangan yang cukup menunjukkan perayu telah terlibat di dalam pergaduhan tersebut yang mana mengakibatkan kematian simati. Hakim bicara telah meminda pertuduhan kepada s 304(a) KK seperti berikut:

'Bahawa kamu bersama-sama satu orang lagi yang masih bebas pada 12 September 2011 di antara jam lebih kurang 4.15 pagi hingga jam lebih kurang 4.30 pagi, bertempat di tepi Restoran Kei Wei, Jalan Bandar Baru 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki Myanmar, bersama Saw Tun Naig tanpa niat untuk membunuhnya, oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 304 (a) Kanun Keseksaan .'

Pembelaan Perayu

[12] Setelah dibacakan dan diterangkan pertuduhan di atas, perayu meminta dibicarakan dan beliau memilih untuk memberikan keterangan bersumpa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top