SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 4011

MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI
LIT KAI KHAN LWN. PHUAH KEAT BOON & SATU LAGI; ORANG EZAZI & SATU LAGI
[Saman No: 53-844-2006]



Petitioner Advocates:Neoh Siew Leng ,Respondent Advocate: Zamri Ali Hassan

The court ruled that the third party's negligent U-turn was the sole cause of the accident, absolving the defendants of liability and emphasizing the plaintiff's burden to produce key evidence.

Headnote:(A) Civil Law - Negligence - Accidents - The plaintiff claimed for general and special damages following injuries sustained in a motorcycle accident on 23 October 2003 involving multiple parties - Evidence established that the third party's driver made an unsafe U-turn leading to the accident. (Paras 2, 10, 19)

(B) Burden of Proof - The court discussed the standard of proof and the implications of failing to call essential witnesses, leading to an inference against the plaintiff - The failure of the plaintiff to produce a key witness raised doubts about their claims. (Paras 15, 16)

(C) Quantum of Damages - The court assessed various damages, awarding for loss of earnings but rejecting unsupported claims for medical expenses due to lack of justification. (Paras 20, 30)

Facts of the case:
The plaintiff, as a passenger, was involved in a collision when the third party's driver executed a U-turn, leading to an accident with the defendant's motorcycle. The third party received a default judgment prior to the trial.

Findings of Court:
The court concluded that the third party was wholly liable for the accident, and the defendants were not negligent.

Issues: The main legal questions were the liability of the parties involved, the failure to call a significant witness, and the assessment of damages.

Ratio Decidendi: The court held that the third party's actions constituted a breach of duty in making an unsafe maneuver, exonerating the defendants from liability.

Result: Plaintiff's claims against the defendants dismissed, with costs awarded against the plaintiff.

Table of Content
1. facts of the accident and parties involved (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7)
2. witness testimonies regarding the accident (Para 8 , 9)
3. court's analysis of evidence and liability determination (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
4. application of precedent in determining liability (Para 18 , 19)
5. assessment of damages and injuries (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
6. evaluation of claims and justifications for damages (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32)
Ibrahim Osman, HS:

[1] Dalam kes ini plaintif merayu terhadap keseluruhan keputusan atas isu liabiliti dan kuantum.

[2] Tuntutan plaintif adalah untuk gantirugi am dan khas termasuk faedah dan kos akibat kecederaan yang dialami beliau dalam kemalangan jalanraya pada 23 Oktober 2003 lebih kurang jam 12.30 tengahari di Jalan Batu 8, Jalan Gurun-Jeniang melibatkan motorkar No PFF 6801 yang dipandu oleh pihak ketiga pertama ("Orang Ezazi") dan dimiliki oleh pihak ketiga kedua dengan motorkar No KBH 6663 yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh defendan kedua. Pada 16 Ogos 2010, penghakiman ingkar telah dimasukkan terhadap pihak ketiga pertama dan pihak ketiga kedua.

[3] Versi plaintif, pada masa kemalangan beliau adalah penumpang dalam motorkar No PFF 6801 yang dipandu oleh pihak ketiga pertama dan sebaik sebelum berlaku kemalangan, pihak ketiga pertama telah membelok motorkar tersebut ke kanan dan akibatnya motorkar yang dipandu oleh defendan pertama yang datang dari arah belakang telah melanggar motorkar yang dinaikinya.

[4] Versi defendan pula pada masa kemalangan beliau sedang memandu motorkar No KBH 6663 dan apabila sampai di tempat kejadian, motorkar No PFF 6801 yang berada di hadapan beliau secara tiba-tiba membuat pusingan balik atau pusingan "U" untuk berpatah balik ke arah Gurun.

[5] Pegawai penyiasat ("SP5") dalam keterangannya mengesahkan bahawa motorkar No PFF 6801 dipandu oleh pihak ketiga pertama dan motorkar No KBH 6663 dipandu oleh defendan pertama pada masa kemalangan. SP5 seterusnya memaklumkan bahawa beliau ke tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar dan kunci (P5 dan P5K) dan mengambil 17 keping gambar (ID7A-ID7Q). SP5 juga memaklumkan bahawa terdapat selekoh di tempat kejadian dan terdapat dua lorong iaitu lorong "A-B" dan "B-C".

[6] Had laju di tempat kejadian ialah 90km/j. Terdapat pecahan kaca pada kunci "G" yang berada di laluan "B-C" dan semasa disoal balas, SP5 bersetuju bahawa kunci "G" berada di atas tanda garisan putus-putus bertentangan dengan mulut simpang. Manakala kunci "I" ialah kesan calar di atas jalan dan SP5 tidak pasti ia berpunca daripada kenderaan mana. SP5 juga memaklumkan bahawa terdapat double line pada kunci "G" dan seterusnya mengesahkan bahawa kenderaan-kenderaan tidak boleh memotong dan membuat pusingan "U", namun begitu pada garisan putus-putus, kenderaan-kenderaan boleh berbuat demikian.

[7] SP5 juga ada memeriksa kedua-dua kenderaan dan memaklumkan bahawa kerosakan motorkar No PFF 6801 tertumpu pada bahagian pintu belakang sebelah kanan motorkar, manakala motorkar No KBH 6663 kerosakan tertumpu pada bahagian hadapan motorkar.

[8] SP4, plaintif mengesahkan bahawa pada masa kejadian beliau adalah penumpang bersama dengan seorang lagi yang bernama Lim Eng Chuan dalam motorkar No PFF 6801 yang dipandu oleh pihak ketiga pertama dan mengikut rajah kasar beliau dari bawah ke atas iaitu dari arah Sungai Petani hendak ke Alor Setar. Beliau memaklumkan bahawa apabila sampai di simpang untuk membelok ke kanan, motorkar defendan telah melanggar motorkar yang dinaiki beliau dari arah belakang seperti dalam gambar "ID7E" dan "ID7F" dan seterusnya mendakwa beliau ada melihat pihak ketiga pertama ada memberi isyarat ke kanan dan melihat cermin pandang belakang sebelum membelok. SP4 juga memaklumkan sebelum membelok motorkar yang dinaikinya berada di laluan "B-C". Beliau juga memaklumkan bahawa selepas kemalangan beliau telah pengsan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Petani dan selepas itu dimasukkan pula ke Hospital L

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top