SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2010 MarsdenLR 2132

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA TERENGGANU
MOHD KAMIL HASSAN LWN. SALMIAH HUSSAIN
[Kes Mal Bil: 11300-054-0007-2010]



Akad nikah yang fasid tidak membenarkan perceraian disahkan; status anak adalah berdasarkan hubungan syubhah yang diakui.

Headnote:(A) Hukum Syarak - Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 - Permohonan untuk mengesahkan perceraian - Pemohon mendakwa telah melafazkan cerai pada 17 Januari 2010, tetapi mahkamah mendapati akad nikah yang dikemukakan adalah fasid dan tidak sah. (Paras 60)

(B) Akad nikah fasid - Mahkamah tidak dapat mensabitkan perceraian berkenaan, yang mengakibatkan lafaz cerai Pemohon tidak boleh disahkan. (Paras 58, 64)

(C) Status anak hasil persetubuhan syubhah - Anak dilahirkan harus dinasabkan kepada ayah yang sah secara hukum. (Paras 62)

Facts of the case:
Permohonan untuk mengesahkan perceraian antara Pemohon dan Responden mendapati akad nikah yang dilangsungkan adalah tidak sah, dengan impak kepada layak tidaknya perceraian disabitkan dan status anak yang dilahirkan. (Paras 60-62)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati akad nikah adalah fasid dan memutuskan perceraian tidak sah, anak dinasabkan kepada Pemohon, dan Responden perlu menjalani 'iddah. (Paras 60-64)

Issues: Isu utama adalah sah tidaknya akad nikah dan status perceraian yang diajukan oleh Pemohon. (Paras 58, 60)

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa semua syarat perlu dipenuhi untuk sahnya pernikahan mengikut Hukum Syarak, dan perceraian tidak boleh disabitkan jika akad nikah adalah fasid. (Paras 58, 60)

Result: Permohonan ditolak dan perceraian tidak disahkan.

Table of Content
1. application for divorce confirmation. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. definition of 'divorce' and its implications. (Para 5 , 6)
3. court jurisdiction under islamic law. (Para 7 , 8 , 14)
4. reference to relevant quranic verses on divorce. (Para 9 , 10)
5. hadiths relating to the seriousness of divorce. (Para 11 , 12)
6. validity of marriage under islamic law. (Para 27 , 30 , 36)
7. final rulings on divorce and marriage validity. (Para 39)
8. status of offspring from a void marriage. (Para 40 , 57 , 58)
Haji Ismail Yahya KHS:

Fakta Kes

[1] Kes yang didengar ini adalah permohonan Pemohon untuk mengesahkan perceraian antara Pemohon dengan Responden. Pemohon mendakwa telah melafazkan cerai dengan lafaz,'Saya, Mohd Kamil Hassan dengan ini menceraikan isteri saya, Salmiah Hussain dengan talaq satu, pada 17 Januari 2010. Lain-lain permohonan tidak dibuat oleh Pemohon.

[2] Permohonan ini telah disebut pada hari Rabu, 6 Jamadilawwal 1431, bersamaan 21 April 2010 mulai jam 9.24 pagi dalam kehadiran Pemohon bersama Peguam Syarienya. Setelah kes disebut, Pemohon melalui Peguam Syarienya memohon supaya kes ini terus didengar. Setelah membuat beberapa pertimbangan, Mahkamah bersetuju Permohonan ini terus didengar di dalam Kamar Bicara.

[3] Kes yang didengar ini adalah permohonan Pemohon untuk mengesahkan perceraian antara Pemohon dengan Responden. Pemohon mendakwa telah melafazkan cerai dengan lafaz,'Saya, Mohd Kamil Hassan dengan ini menceraikan isteri saya, Salmiah Hussain dengan talaq satu, pada 17 Januari 2010. Lain-lain permohonan tidak dibuat oleh Pemohon.

[4] Permohonan ini telah disebut pada hari Rabu, 6 Jamadilawwal 1431, bersamaan 21 April 2010 mulai jam 9.24 pagi dalam kehadiran Pemohon bersama Peguam Syarienya. Setelah kes disebut, Pemohon melalui Peguam Syarienya memohon supaya kes ini terus didengar. Setelah membuat beberapa pertimbangan, Mahkamah bersetuju Permohonan ini terus didengar di dalam Kamar Bicara.

[5] Perceraian merujuk kepada perkataan 'cerai.' Antara makna cerai ada dijelaskan dalam Kamus Dewan, Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan kedua edisi ketiga, tahun 1996, pada muka surat 231. Antara lain perkataan 'cerai' diertikan sebagai; tidak sebagai suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sebagai suami isteri, talak. Manakala 'perceraian' diertikan antaranya sebagai; perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri). Perkataan 'penceraian' diertikan pula sebagai perihal (perbuatan) menceraikan.

[6] Mengikut Hukum Syarak, sebagai mana yang disebut di dalam kitab Mughnil Muhtaj , oleh Shamsuddin Muhammad Muhammad al-Khatib al-Sharbiny, meninggal dunia dalam dalam tahun 977 hijriyyah, jilid keempat, cetakan Darul Hadis, Kaherah, tahun 1427 Hijrah bersamaan 2006 Masihi, pada muka surat 454, talak dari segi istilahnya diertikan sebagai:

Bermaksud:

"Mengikut istilah syarak talaq diertikan sebagai melepaskan ikatan nikah atau perkahwinan dengan lafaz talaq atau dengan lafaz yang tertentu yang seumpama dengannya."

[7] Sebelum pergi lebih jauh, saya berpendapat adalah munasabah saya menyentuh serba sedikit mengenai bidangkuasa Mahkamah. Bidangkuasa satu-satu Mahkamah sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syarak. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul al-Qada' fil Islam, terbitan Matbaah Al 'Aalamiyah, Kaherah, 1964, yang mana pada muka 54 beliau menyebut;

Bermaksud:

"Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang- undang perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak diberi kepadanya.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top