2009 MarsdenLR 1811
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
ZAMRI ABDUL RAHIM
Versus
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH KULIM BERHAD
AWARD NO: 131 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-664/08)
Decided on : 4 FEBRUARI 2009
Wakil Pihak Pengadu - Mohamad Khozali Junus, Setiausaha Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad
Pihak Responden - tidak hadir
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad, Pihak Pengadu, pada 23.12.2008 terhadap Encik Zamri bin Abdul Rahim, Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 1554 Tahun 2005 dalam Kes No. 18/4-159/05 di antara pihak-pihak yang sama.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 4.2.2009 dengan kehadiran Encik Mohamad Khozali bin Junus, Setiausaha kepada Pihak Pengadu, sebagai wakil Pihak Pengadu. Pihak Responden tidak hadir. Encik Mohamad Khozali bin Junus memaklumkan Mahkamah bahawa pengaduan ini difailkan adalah kerana Pihak Responden ada bersetuju membayar balik hutangnya kepada Pihak Pengadu tetapi gagal membuat demikian. Akan tetapi, memandangkan perkara tersebut tidak dinyatakan di dalam Award No. 1554 Tahun 2005 tersebut, maka beliau memohon agar Pengaduan kes ini dibatalkan.
Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan Notis Pengaduan kes ini.