SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 4778

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
TENG KOK KEONG - Appellant
Versus
FERROL TECHNOLOGY SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 1037 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-1220/07)
Decided On : 06/13/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut - Teng Kok Keong
Bagi Pihak Responden - KH Lim; T/n Lee & Lim

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Teng Kok Keong (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Ferrol Technology Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 3 Mac 2006.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Teng Kok Keong, Pihak Menuntut, pada 3 Mac 2006.

Kes ini dibangkitkan untuk pengurusan kes pada 13 Jun 2008 dengan kehadiran Encik K.H. Lim dari Tetuan Lee & Lim, peguamcara yang mewakili Pihak Responden dan Pihak Menuntut yang mewakili sendiri. Pihak Menuntut memaklumkan Mahkamah bahawa beliau pohon kes ini ditarik balik dengan rela hati sendiri dan beliau faham bahawa beliau tidak akan dibenarkan memohon kes ini dihidupkan semula atau difailkan semula akibat daripada itu. Encik K.H. Lim seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia difailkan semula.

Memandangkan kes ini ditarik balik dengan kerelaan Pihak Menuntut, maka Mahkamah membenarkan permohonan Pihak Menuntut dan mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top