SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 4064

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA TERENGGANU
KHAIRUAZURA ABD RAHMAN LWN. CHE ROSLI CHE NIK
[Summons No 11200-038-00229 Of 2011 Fasakh Claim 11005-014-0742 Of 2011]



Mahkamah Tinggi Syariah berhak memberikan perintah interim untuk melindungi kepentingan dan menghalang kerosakan, dengan bidang kuasa yang jelas dalam Enakmen yang berkaitan.

Headnote:(A) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 - Sections 200, 196, 197, 198, 201, 202, and 72 - Tuntutan untuk mendapatkan perintah interim dalam kes fasakh - Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut dan mengeluarkan perintah sementara bagi menjauhi kerosakan yang mungkin berlaku. (Paras 10, 18, 19, 26)

(B) Injunksi - Mahkamah dapat mengeluarkan injunksi sementara untuk menghalang tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan, selaras dengan hukum syarak. (Paras 12, 13, 26)

(C) Hadhanah - Perintah jagaan sementara ke atas anak-anak yang diberikan kepada pihak pemohon seiring dengan keputusan keadilan. (Paras 47)

(D) Nafkah - Perintah interim untuk nafkah ke atas anak-anak diperintahkan bagi kepentingan mereka, mengikut undang-undang yang sesuai. (Paras 40, 32)

Facts of the case:
Pemohon, seorang wanita yang membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan berhadapan dengan isu mental dan fizikal. Mahkamah telah mengeluarkan perintah pertama pada 19 September 2011.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan untuk membenarkan pemohon tinggal berasingan, hak jagaan sementara ke atas anak-anak diberikan kepada pemohon, dan membenarkan responden melawat anak-anak tersebut dengan syarat tertentu.

Issues: Adakah Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan interim secara sebelah pihak?

Ratio Decidendi: Mahkamah menyatakan bahawa bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk memberikan injunksi dan perintah interim adalah berdasarkan seksyen dalam Enakmen Tamav Mal, dan ianya perlu bagi menjauhi kemudaratan yang lebih lanjut kepada pihak-pihak terlibat.

Result: Perintah interim diluluskan.

Table of Content
1. transfer of case jurisdiction. (Para 1)
2. background of the case and parties involved. (Para 2 , 5 , 6)
3. process and interim orders issued. (Para 3 , 4 , 7)
4. legal basis for interim injunctions. (Para 10 , 12 , 13 , 19)
5. jurisdiction of syariah court in granting interim injunctions. (Para 11)
6. procedural requirements for interim orders. (Para 14)
7. importance of interim orders to prevent harm. (Para 18 , 21 , 40)
8. avoiding harm through injunctions. (Para 20)
9. definition and significance of matrimonial property. (Para 25 , 27)
10. protection of shared marital assets during proceedings. (Para 26)
11. custodial rights and interim orders regarding children. (Para 28 , 29 , 30 , 31)
12. provision of child maintenance and its requirement. (Para 32 , 34)
13. child support and maintenance obligations. (Para 33 , 35)
14. costs and responsibilities for interim applications. (Para 39 , 41)

[1] Setelah meneliti: tuntutan fasakh, permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak, serta permohonan mendapatkan perintah interim secara inter parte, daripada pemohon/ plaintif, dan permohonan mengenepikan perintah sementara ex parte daripada responden/defendan, maka pada hari ini yang arif hakim telah membuat penghakiman seperti berikut:

[2] Kes yang berada di hadapan saya ini pada asalnya sebahagian dari kes ini dikendalikan oleh Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Pada 1 November 2011 yang lalu, Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad telah memindahkan persoalan-persoalan yang menjadi isu dalam kes ini yang telah dikendalikannya, kepada saya atas alasan ada dari kalangan pihak-pihak yang bertikai tidak mahu meneruskan kes di hadapan Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad.

[3] Pada awalnya saya bercadang menyampaikan penghakiman saya mengenai permohonan mengenepikan perintah sementara ex parte daripada responden/ defendan dan permohonan mendapatkan perintah interim secara inter parte, daripada pemohon/plaintif sebagai akibat dari permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak yang telah diperolehi oleh pemohon/plaintif daripada mahkamah ini pada 19 September 2011 ini, pada 3 November 2011 yang lalu. Walau bagaimanapun hajat saya ini tidak dapat dilaksanai oleh kerana saya dipanggil untuk menunaikan fardhu haji secara tergesa-gesa. Oleh kerana itulah ianya terpaksa ditetapkan pada hari ini.

[4] Saya mengambil kesempatan kepada pihak-pihak pada hari ini supaya bersetuju atas perpindahan kes ini. Seruan saya ini dibuat oleh kerana mulai 29 November 2011 yang lalu Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, telah pun bersara wajib.

[5] Menurut turutan kes, permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak yang telah diperolehi oleh pemohon/plaintif pada 19 September 2011 itu adalah merupakan prosiding yang berbangkit sebagai akibat dari tuntutan fasakh yang telah dibuat oleh pemohon/plaintif dan didaftarkan dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, juga pada hari yang sama; 19 September 2011.

[6] Pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman, KP 690103-11-6622, menuntut supaya akadnikah perkahwinannya dengan responden/defendan, Che Rosli bin Che Nik, KP 610505-11-5005, yang telah diadakan pada 8 Muharram 1410 bersamaan 10 Ogos 1989 dibubarkan atas alasan bahawa responden/defendan telah diisytiharkan bankrap yang menyebabkan responden/defendan gagal menjalankan tugas sebagai ketua keluarga. Dalam suasana sedemikian, responden/defendan mempunyai seorang lagi isteri yang menyebabkan pemohon/plaintif sering didera secara mental dan fizikal oleh responden/defendan.

[7] Setelah mendengar permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak daripada pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman, pada 19 September 2011, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dibawah kendalian Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, pada masa itu, telah me

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top