SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 571

MAHKAMAH SESYEN TAIPING
SELVAM MUTHOO LWN. JUNIZA JUBRI
[Saman No: 53-397-2007]



The court reinforced the principle that the burden of proof lies with the claimant in civil liability cases, requiring credible evidence to substantiate claims for damages.

Headnote:(A) General Damages - Assessment of general and special damages in personal injury cases - Court’s decision to deny plaintiff's claim based on lack of credible evidence while awarding RM182,600 for general damages and RM11,498 for special damages, with specified interest rates. (Paras 1, 20, 21)

(B) Liability - Court found no compelling evidence to support the plaintiff's claim; the defendant's account deemed consistent with physical evidence from the accident scene. (Paras 18, 19)

Facts of the case:
Plaintiff, a motorcyclist, claimed damages from the defendant, a driver involved in a collision on June 30, 2007. The plaintiff suffered severe injuries yet did not testify due to brain injury. (Paras 4, 15)

Findings of Court:
The court found the plaintiff failed to provide substantiation for the claims and ruled against the plaintiff based on an imbalance of probabilities, awarding damages as per the injuries suffered. (Paras 18-21)

Issues: Questions of liability based on conflicting narratives and the adequacy of evidence supporting damage claims were central to the court's assessment.

Ratio Decidendi: The court emphasized the importance of credible evidence in civil liability and affirmed that the burden of proof lies with the claimant, resulting in the dismissal of the plaintiff's claim due to lack of sufficient evidence. (Paras 18, 19)

Result: Plaintiff's claim dismissed with costs.

Table of Content
1. plaintiff claims for damages post-accident. (Para 1 , 2)
2. facts establishing identities and accident details. (Para 3 , 4 , 5)
3. witness evidence detailing accident scene. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
4. defendant's account of the accident incident. (Para 15 , 16)

[1] Dalam kes ini plaintif menuntut gantirugi am dan khas dari defendan atas kecederaan yang beliau alami akibat kemalangan jalanraya melibatkan kenderaan kedua-dua pihak. Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah ini membuat keputusan menolak tuntutan plaintif dengan kos. Tertakluk kepada keputusan liabiliti, mahkamah membenarkan gantirugi am sebanyak RM182,600.00 dan gantirugi khas RM11,498.00 dengan kos dan faedah 8% setahun atas gantirugi am dari tarikh pemfailan saman ke tarikh penghakiman dan 4% setahun atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman, dan selepas itu 8% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh.

[2] Pihak plaintif tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah di atas kini merayu terhadap keputusan mahkamah atas liabiliti dan kuantum.

Fakta yang tidak dipertikaikan

[3] Plaintif adalah penunggang motorsikal No AER 8670. Defendan adalah pemandu motorkar No AFK 3002.

[4] Kemalangan berlaku pada Jun 30, 2007 jam lebih kurang 8.15 malam di KM 70.2 Jalan Ipoh - Butterworth.

[5] Akibat kemalangan ini plaintif dirawati di Hospital Taiping dan diperiksa lanjut oleh pakar neurologi Dr Baskaran, laporan Hospital Taiping di ikatan dokumen "A" ms 1-4 dan laporan pakar Dr Baskaran di ms 11-24 ikatan yang sama dirujuk.

Keterangan pegawai penyiasat Sarjan Major 85209 Gunasekaran Marimuthu

[6] Saksi ini mengemukakan rajah kasar tempat kejadian sebagai exh P1 dan gambar tempat kejadian sebagai exh P2A-G.

[7] Merujuk kepada rajah kasar, motorsikal plaintif adalah dari bawah ke atas manakala motorkar defendan adalah dari atas ke bawah.

[8] Kerosakan motorkar defendan semua di tepi sebelah kanan iaitu cermin sisi kanan pecah dan body sebelah kanan calar.

[9] Kerosakan motorsikal adalah di hadapan iaitu:

- Kerosakan di mudguard, penghadang angin dan cover lampu hadapan, lampu motorsikal longgar dan retak.

- Kerosakan di cermin sisi kanan dan lampu signal kanan, ekzos longgar, brek kaki bengkok, pemijak kaki depan bengkok.

[10] Semasa saksi ini sampai di tempat kejadian, motorkar defendan tiada di tempat kejadian manakala motorsikal plaintif telah diubah tempat.

[11] Kesan calar "C" di laluan plaintif adalah kesan baru di atas jalan dipercayai kesan calar dari motorsikal plaintif.

[12] Tiada kesan serpihan kenderaan atau kaca di atas jalan.

[13] Kesan brake di dalam gambar "P2B" tiada kena mengena dengan kemalangan ini.

[14] Tempat kejadian gelap dan tiada lampu jalan.

Keterangan Plaintif

[15] Dalam kes ini plaintif tidak beri keterangan kerana beliau mengalami kecederaan otak yang serius.

Keterangan Defendan

[16] Pada tarikh kejadian, defendan berkata beliau memandu di atas laluan sendiri dan di hadapannya ada kenderaan lain dalam jarak dua buah motorkar. Beliau berkata beliau nampak motorsikal plaintif dari arah bertentangan dalam keadaan terhoyong-hayang. Defendan tidak ambil peduli dan meneruskan perjalanan. Tiba-tiba defendan terdengar bunyi dan beliau melihat melalui cermin sisi motorkar mendapati motorsikal plaintif telah melanggar cermin sisi motorkar beliau dan jatuh. Defendan kemudian berhenti dan mendapati cermin sisi kanan motorkarnya telah masuk ke dalam. Defendan mendapati ada orang datang membantu plaintif. Defendan pun terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis, laporan NO 3258/07 exh D4 dirujuk.

[17] Dalam pemeriksaan balas, defendan mengaku beliau hanya sedar tentang kemalangan setelah motorsikal plaintif melanggar motorkar beliau. Defendan menafikan motorkar beliau memasuki laluan plaintif dan melanggar plaintif.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top