MAHKAMAH PERUSAHAAN, JOHOR
M-RESORT HOTEL SDN BHD LWN. MOHD ANUAR ABDULLAH
[Award No. 719 - 2011 Kes No: 16/4-2369/04]
Fakta Kes
1. Pihak Menuntut telah mula bekerja di syarikat Pihak Responden mulai 21.10.2002 sebagai Eksekutif Chef. Pihak Menuntut diletakkan dalam tempoh percubaan selama 6 bulan mulai 21.10.2002. Gaji akhir Pihak Menuntut sebelum ditamatkan perkhidmatan ialah RM5,000.00 sebulan. Di dalam surat perlantikan bertarikh 11.10.2002 Pihak Menuntut, terdapat terma berkaitan percubaan seperti berikut:-
"3. Probation
You are required to serve a probationary period of six (6) months with a further extension of three (3) months or more if found necessary at the total discretion of the Management from the date you report for duty. During the period of probation either initial or extended as the case may be your employment with the hotel may be terminated by either party without assigning any reason thereof by either party giving to the other seven (7) days written notice or paying seven (7) days salary in lieu thereof."
2. Pada 29.05.2003, Pihak Responden telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja seperti berikut:-
"29 May 2003
Mohd Anuar Abdullah
Emp. No. A008
Executive Chef
The M-Suites
NOTICE OF TERMINATION
With reference to the above, we hereby give notice of your termination of employment. According to the terms of your contract we are required to give you one (1) week's salary in lieu upon immediate termination.
You are hereby required to hand over all relevant documents and hotel property upon notice of your termination.
Yours faithfully,
sgd
Ron Gazny Yaacob
Human Resources Dept
The M-Suites
Cc Desmond Rozario
Resident Manager"
3. Sebelum Pihak Menuntut bekerja di syarikat Pihak Responden, beliau telah bekerja di Syarikat Delaney's Kuala Lumpur Sdn. Bhd. Pihak Responden telah membuat pembayaran sebanyak RM5,155.23 kepada Delaney's Kuala Lumpur Sdn. Bhd. sebagai bayaran ganti notis perletakan jawatan Pihak Menuntut di Delaney's Kuala Lumpur Sdn. Bhd. sebelum Pihak Menuntut diambil bekerja di syarikat Pihak Responden sebagai Eksekutif Chef mulai 21.10.2002. Ekoran daripada bayaran tersebut Pihak Menuntut telah dikehendaki menandatangani satu "letter of undertaking" yang ditandatangani oleh Pihak Menuntut pada 16.10.2002. Letter of undertaking tersebut terdapat di halaman 6 CLB seperti berikut:-
Keterangan Pihak Responden
4. Pihak Responden telah memanggil tiga orang saksi di dalam kes ini bagi menyokong kes Pihak Responden. Namun demikian, COW1 yang merupakan Pengurus Eksekutif Pihak Responden tidak dapat menamatkan keterangannya pada peringkat Pemeriksaan Balas kerana beliau tidak dapat dikesan. Semasa beliau memberikan keterangan, beliau terhenti pada peringkat Pemeriksaan Balas. Pada 14.07.2008, peguambela Pihak Responden telah memaklumkan kepada Mahkamah seperti berikut:-
Sehingga Pihak Responden menutup kes, COW1 tidak muncul untuk menyambung keterangan beliau di Mahkamah. Begitu juga dengan COW3 yang merupakan Food And Beverage Captain di syarikat Pihak Responden pada masa itu. Beliau terhenti keterangannya semasa Pemeriksaan Balas baru bermula. Pada 09.09.2009, peguambela Pihak Responden telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau tidak boleh menghubungi saksi-saksi iaitu COW1 dan COW3 untuk meneruskan Pemeriksaan Balas di peringkat di mana mereka terhenti memberi keterangan. Oleh itu, Pihak Responden mengambil keputusan untuk menutup kes mereka. Ini bermakna keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Responden ialah keterangan COW2, COW1 setakat Pemeriksaan Balas yang belum berakhir dan COW3 juga terhenti semasa Pemeriksaan Balas.
5. COW1 di dalam keterangannya semasa Pemeriksaan Utama menyatakan bahawa Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatan kerana Pihak Responden menerima banyak aduan daripada pelanggan terhadap Pihak Menuntut mengenai mutu masakan Pihak Menuntut yang tidak memuaskan. COW1 menyatakan bahawa di antara tugas Pihak Menuntut ialah memastikan makanan yang disediakan adalah memuaskan pelanggan dan ia tidak akan menyebabkan peningkatan kos kepada syarikat. Pihak Menuntut juga bertanggungjawab untuk menjaga semua mutu makanan di h
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.