SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 4225

MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM
HAIROL AZMAN ABDULLAH LWN. OOI KEE LOON & SATU LAGI
[Saman No: S2-53-498-2010]



Petitioner Advocates:Muhamed Faris ,Respondent Advocate: Farhan Hamid & Kuna

Parking in an emergency lane without a valid cause constitutes negligence, warranting liability apportionment in vehicle accidents.

Headnote:(A) Road Traffic Rules 1959 - Rule 53(1) - Negligence in motor vehicle accident - Defendant parked illegally in emergency lane, contributing 80% to the accident; plaintiff 20% - Court emphasized that parking in an emergency lane without emergency is unlawful. (Paras 6, 7, 10, 11, 12)

(B) Evidence - The court found the defendant's explanation for stopping was not justifiable under law, and ruled based on prior case law and evidence presented. (Paras 10, 11)

Facts of the case:
Plaintiff and first defendant were involved in a motorcycle and car collision on 3 July 2009. Defendant claimed to have been lost and stopped in the emergency lane.

Findings of Court:
The court determined the liability of the defendants, assigning 80% to the first defendant and 20% to the plaintiff, with the second defendant liable for the first's actions.

Issues: The main issues included the legality of the defendant's vehicle being parked in an emergency lane and the apportionment of liability for the accident.

Ratio Decidendi: The court ruled the first defendant's actions were negligent under Rule 53 and constituted a substantial cause of the accident while confirming contributory negligence by the plaintiff for riding in the emergency lane.

Result: Plaintiff awarded RM 56,700.00 in damages plus prescribed costs.

Table of Content
1. accident details and involved parties (Para 1 , 3)
2. plaintiff's version of the accident (Para 4 , 5)
3. laws concerning stopping on emergency lanes (Para 6 , 7 , 8 , 9)
4. determination of liability based on negligence (Para 10 , 11)
5. compensation awarded for injuries (Para 12 , 13 , 14)

[1] Kes ini melibatkan tuntutan oleh plaintif terhadap defendan pertama sebagai pemandu kereta No WPE 5515 yang terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal plaintif No BHQ 4774 pada 3 Julai 2009, di Lebuhraya NKVE berdekatan dengan Tol Damansara. Manakala defendan kedua pula adalah pemilik kereta tersebut.

[2] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak, meneliti pliding, dokumen-dokumen yang dikemukakan ke mahkamah dan hujahan kedua-dua pihak, saya membuat keputusan berikut: Plaintif berjaya membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan cuai di dalam kes ini dan bertanggungjawab menyebabkan kemalangan yang dialami oleh plaintif. Defendan cuai sebanyak 80% dan plaintif menyumbang cuai 20% di dalam kemalangan ini.

[3] Di dalam kes ini, terdapat percanggahan fakta berkaitan bagaimana kemalangan itu berlaku dan tempat di mana berlaku kemalangan.

Versi Plaintif

[4] Versi plaintif adalah seperti berikut:

Q: Rujuk ms 5 bundle D, rajah kasar, jelaskan bagaimana kemalangan berlaku?

A: Pada 3 Julai 2009 saya bekerja dan balik pukul 8.30 malam dari tempat kerja melalui tol Subang Jaya dan keluar di tol Damansara melalui lorong motor di belakang pejabat tol Damansara. Selepas melalui lorong motorsikal lebih kurang 50 meter, sebuah kenderaan membelok di hadapan saya dan saya tak sempat mengelak lalu melanggar belakang dia.

Q: Kamu langgar bahagian mana kereta?

A: Bahagian bucu paling tepi belah kanan kereta itu.

Versi Defendan

Q: Rujuk ms 5 iaitu rajah kasar, boleh terangkan sebelum kemalangan di mana kamu berada?

A: Saya ada di B. Di lorong A dan B.

Q: Apakah kamu buat di situ?

A: Saya tengah sesat, tengah tunggu kawan saya untuk datang untuk membawa saya ke destinasi.

Q: Berapa lampiran kamu berhenti di sana sebelum kemalangan berlaku?

A: Lebih kurang 10 minit.

Q: Kamu telah memberi isyarat kiri mengikut laporan?

A: Ya.

Q: Apakah yang berlaku semasa kamu menunggu?

A: Kereta saya dilanggar oleh motorsikal. Penunggang motorsikal terpelanting dari belakang.

Dapatan Mahkamah

[5] Saya mendapati versi yang dikemukakan oleh defendan adalah lebih munasabah iaitu beliau telah berhenti di lorong kecemasan itu kerana menunggu kawannya memandangkan beliau telah tersesat jalan. Dengan alasan yang kukuh sebegini sudah tentulah defendan tidak perlu memotong motorsikal plaintif seperti yang dikatakan oleh plaintif. Oleh yang demikian, saya menerima versi defendan bagaimana kemalangan itu berlaku.

[6] Namun begitu, tindakan defendan berhenti di lorong kecemasan tanpa ada kecemasan adalah suatu perbuatan yang menyalahi undang undang. Rule 53(1) of the Road Traffic Rules 1959 which provides: Emergency lane Subject to subrule (2) no vehicle of any specified classes or description shall be driven, towed, pushed, parked or left unattented on any emergency lane except in case of emergency.

[7] Di dalam kes Abdul Khafar Hj Termizi v. Fang Yang Hue , , Yang Arif Hakim telah menyatakan seperti berikut: Rule 53 of the Road Transport Rules 1957 clearly stipulates that it is an offence to leave a vehicle in the emergency lane when there is no emergency and that such an offence is punishable under s 48 of the Road Transport Act 1987 .

[8] Di dalam kes ini adalah jelas di atas pengakuan sendiri bahawa beliau telah berhenti di laluan kecemasan yang tidak dibenarkan untuk memberhentikan kenderaan.

[9] Alasan beliau sesat jalan bukan satu kecemasan untuk berhenti di tempat yang tidak boleh berhenti. Perkara ini juga telah disahkan oleh pegawai penyiasat yang telah menyatakan tempat tersebut tidak boleh berhenti.

[10] Dalam menentukan liabiliti, saya membuat sandaran kepada peruntukan undang-undang dan juga kes-kes duluan yang telah diputuskan oleh mahkamah yan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top