2011 MarsdenLR 1329
ROSLAN MAT NOR
NORLIAH HJ MAHMOOD – Appellant
Versus
PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR – Respondent
The employer must prove just cause for dismissal; lacking adequate investigation documentation invalidates claims of misconduct.
Headnote:(A) Employment Law - Industrial Relations Act, 1967 - Dismissal - The claimants were employed by the respondents; dismissal was based on allegations of misconduct regarding commission payments. The absence of internal investigation notes and insufficient evidence led to the conclusion that the dismissal was unjust. (Paras 21-26)
(B) Burden of Proof - It is the employer's responsibility to demonstrate that dismissal was justified; failure to produce investigation documents weakens the employer's case. Court emphasized due diligence in maintaining evidence during internal inquiries. (Paras 11-20)
(C) Fairness and Reasonableness of Dismissal - The court determined dismissal was without just cause and decided on reinstatement and back wages to restore the claimant's employment rights. (Paras 26-28)
Facts of the case:
Claimants were employed since 1981, earning RM250 monthly, later RM1,100 before dismissal in 2005 for allegedly receiving unauthorized commissions totalling RM12,905.52 from an insurance company. The lack of clear company policies and investigation documentation contributed to the court's decision.
Findings of Court:
The court found no evidence supporting the misconduct allegations due to incomplete investigation records and reinstated the claimant.
Issues: The court needed to assess whether the dismissal was warranted and based on valid evidence.
Ratio Decidendi: The court ruled that the employer failed to demonstrate ample evidence for dismissal, stressing the importance of procedural fairness in termination cases.
Result: Claimant reinstated and awarded RM64,642.00 as back wages.
| Table of Content |
|---|
| 1. employment history and conditions of employment. (Para 1 , 2) |
| 2. internal investigation procedure lack of proper documentation. (Para 3 , 4) |
| 3. understanding of nominee responsibilities and commission acceptance. (Para 5 , 6 , 7 , 8) |
| 4. employee's duty to act in the company's interest. (Para 11 , 12 , 14 , 15) |
| 5. determination of whether dismissal was with just cause. (Para 21 , 22) |
| 6. remedy for wrongful dismissal - reinstatement and backwages. (Para 23 , 24 , 25 , 26) |
Fakta Kes
1. Pihak Menuntut telah mula bekerja di Pertubuhan Peladang Negeri Johor sebagai seorang Kerani dengan gaji RM250.00 sebulan pada 15.12.1981. Pada 01.05.1995, Pihak Menuntut telah dipinjamkan bekerja di Syarikat Tuah Niaga Sdn. Bhd. dan kemudiannya ditukar nama kepada Syarikat Peladang Agrochemical Trading Sdn. Bhd. sebagai Kerani untuk tempoh 2 tahun daripada 01.05.1995 hingga 30.04.1997 dengan gaji RM1,100.00 sebulan. Tempoh pinjaman itu dilanjutkan dari tahun ke tahun.
2. Pada 30.08.2005, Pihak Menuntut telah diberikan surat daripada Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) mengenai hasrat mereka untuk menamatkan tempoh pinjaman tersebut dan meminta Pihak Menuntut bertugas semula di syarikat PPNJ mulai 01.09.2005. Pada 01.09.2005, Pihak Menuntut telah dimaklumkan bahawa Pihak Responden telah menggantung kerja beliau selama 14 hari dengan setengah bulan gaji mulai 01.09.2005 hingga 14.09.2005 bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas Pihak Menuntut. Pihak Menuntut terus bekerja dengan Pihak Responden mulai 15.09.2005 sehinga 17.11.2005 iaitu tarikh Pihak Menuntut dibuang kerja. Pihak Responden melalui surat bertarikh 13.09.2005 telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa satu siasatan dalaman akan dijalankan pada 20.09.2005 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat PPNJ. Hasil daripada siasatan dalaman tersebut, Pihak Responden telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut.
Siasatan Dalaman
3. Siasatan dalaman telah dijalankan pada 20.09.2005. Namun demikian, tiada sebarang nota siasatan dalaman dikemukakan kepada Mahkamah. Apa yang ada hanyalah laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang terdapat di halaman 191 COB9. Namun demikian, Mahkamah mendapati ada pertuduhan yang dinyatakan di halaman 202 COB9 ke atas Pihak Menuntut seperti berikut:
"Bahawa kamu Norliah binti Haji Mahmood, di antara 15.07.2004 hingga 11.04.2005 iaitu semasa kamu bertugas secara pinjaman di Peladang Agrochemical Trading Sdb. Bhd. (PATSB) iaitu anak syarikat kumpulan PPNJ telah menyalahgunakan komisen hasil dari urusniaga insuran yang dijalankan oleh PATSB dengan syarikat Takaful Nasional Sdn. Bhd.
Bahawa komisen yang diterima itu dibuat di atas nama kamu selaku penama korporat (corporate nominee) bagipihak PATSB sebagaimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PATSB bertarikh 14.03.2003. Bagaimanapun kamu telah didapati tidak mengembalikan bayaran yang diterima kepada PATSB sebagaimana yang sepatutnya dan seterusnya telah menyalahgunakan komisen tersebut bagi kepentingan diri kamu sendiri.
Jumlah komisen yang terlibat adalah sebagaimana butiran berikut :
Bil. Nama Syarikat Insuran No. Cek Nilai (RM) Tarikh Cek/Tarikh Terima Nama Cek
1. Takaful Nasional Sdn. Bhd. SCBMB 224479 159.40 15.07.2004 Norliah bt Mahmood
2. Takaful Nasional Sdn. Bhd. BMMB 8056007 8,995.42 04.02.2005 Norliah bt Mahmood
3. Takaful Nasional Sdn. Bhd. BMMB 353845 3,219.28 28.03.2005 Norliah bt Mahmood
4. Takaful Nasional Sdn. Bhd. 355634 531.42 11.04.2005 Norliah bt Mahmood
JUMLAH - 12,905.52 - -
Sebagai anggota PPNJ, kamu adalah pada setiap masa tertakluk kepada peraturan-peraturan serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari semasa kesemasa oleh PPNJ. Berikutan itu, kamu telah di dapati melanggar peruntukan di bawah Klausa 46, Skim Perkhidmatan Personal PPNJ mengenai Tatakelakuan/Tatatertib."
4. Saksi Pihak Responden COW2 dalam keterangannya mengesahkan bahawa terdapat perbezaan di antara laporan panel siasatan dalaman dan nota prosiding. COW2 meny