2011 MarsdenLR 3283
MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR
MOHD JM ELHALABI & SATU LAGI LWN. LENG KOK HOONG
[Saman No: 53-967-2010]
The court established that in cases of conflicting narratives, the inherent probabilities of the accounts must guide the determination of liability, reinforcing the importance of evidential integrity against the provided testimonies.
Headnote:(A) Road Traffic Accident - Liability - The plaintiff sought general and special damages due to an accident involving a motorcycle and a motor vehicle on January 11, 2008. The court found the defendant fully liable, emphasizing that the burden of proof lies with the plaintiff on the balance of probabilities. (Paras 33-36)
(B) Duties of Care - The court considered conflicting testimonies and determined that the version presented by the plaintiff was more probable, supported by the absence of evidence contradicting the plaintiff's account. (Paras 37-39)
(C) Quantum of Damages - The court awarded damages for various injuries sustained by the plaintiffs, totaling RM192,927.96, based on thorough consideration of the medical evidence and principles from previous cases. (Paras 33 and 41-43)
(D) Evidence - The court noted the defendant's failure to sufficiently challenge the plaintiff's evidence or raise relevant doubts about its validity. The physical evidence corroborated the chain of events as described by the plaintiff. (Paras 39-42) (E)
Result: The defendant was found negligent and ordered to pay damages to the plaintiffs.
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiffs seek damages from defendants. (Para 1 , 1 , 2) |
| 2. plaintiff's version of the accident incident. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 12 , 14) |
| 3. defendant's version contradicts witness testimony. (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 26 , 27 , 28) |
| 4. court determined liability based on evidence. (Para 33 , 34 , 35 , 36 , 39) |
[1] Tuntutan plaintif-plaintif adalah bagi ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos terhadap defendan. Tuntutan ini adalah akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 11 Januari 2008 di antara motorsikal plaintif No PDB 3483 dan motorkar defendan No PFB 4388.
B. Liabiliti
[2] Terdapat dua versi tentang bagaimana kemalangan ini mungkin berlaku.
C. Versi Plaintif
[3] Menurut plaintif, pada tarikh kejadian beliau dan pembonceng motorsikal dari Pulau Pinang menuju ke Sintok, Universiti Utara Malaysia.
[4] Plaintif pertama menjelaskan beliau menunggang motorsikal di tengah-tengah laluan kiri sebab bukanlah luar biasa untuk mendapati kenderaan berat terletak di laluan kecemasan pada waktu malam akibat "breakdown" dan memandangkan lebuhraya tidak berlampu adalah wajar untuk menunggang di tengah laluan kiri dan bukan terlalu rapat dengan tepi jalan laluan kiri.
[5] Plaintif pertama menjelaskan motorkar defendan telah menggesel (grazed) sebelah kanan bahagian belakang motorsikal yang mengakibatkan beliau hilang kawalan motorsikal dan terlanggar pada pengadang besi. Plaintif pertama juga memberi keterangan beliau terjatuh dan motorsikal beliau jatuh di hadapan.
[6] Motorkar defendan dikatakan melanggar beliau dan naik atas motorsikal beliau sambil mengheretnya sebelum berhenti.
[7] Pembonceng motorsikal dikatakan terpelanting jauh ke depan dan cedera teruk.
[8] Plaintif pertama juga mengesahkan fakta beliau hanya fasih Bahasa Inggeris dan telah menceritakan perihal kejadian yang berlaku dalam Bahasa Inggeris yang mana kemudian dicatit dalam Bahasa Melayu oleh pegawai polis yang merekod laporan polis beliau.
[9] Plaintif pertama adalah seorang Palestin.
[10] Laporan polis plaintif pertama ditandakan P3.
[11] Di peringkat periksa balas, plaintif pertama mengesahkan perihal kejadian seperti mana yang dinyatakan dalam pemeriksaan utama. Tidak ada keterangan beliau yang disangkal atau tercabar pada bila-bila masa oleh pihak defendan.
[12] Saksi plaintif yang seterusnya adalah pembonceng motorsikal yang mengesahkan perihal kejadian seperti yang telah diceritakan oleh plaintif pertama.
[13] Pegawai penyiasat tidak dapat dikesan dan kertas siasatan dibawa ke mahkamah oleh Inspektor Ghani.
[14] Saksi mengesahkan perihal kejadian kemalangan yang berlaku dalam kes ini.
[15] Rajah kasar ditandakan P1 dan P1k.
[16] Gambar-gambar ditandakan P2(a)-(l).
[17] Maklumat pertama ditandakan P5.
[18] Menurut saksi polis ini dalam kertas siasatan tidak ada keputusan kes.
[19] Kerosakan pada kenderaan-kenderaan adalah seperti berikut: (1) Motorsikal plaintif
(a) remuk teruk bahagian depan
(b) kerosakan keseluruhan bahagian hadapan
(2) Motorkar Defendan
(a) bumper hadapan kemek dan lekung
(b) lampu depan kiri dan kanan pecah
D. Versi Defendan
[20] Menurut defendan, pada hari kejadian beliau telah memotong dua buah motorlori dan kembali memandu di lorong perlahan. Beliau teruskan perjalanan beberapa ketika apabila nampak motorsikal plaintif terbaring di atas jalan di laluan beliau.
[21] Defendan berkata beliau membrek tapi tidak berhenti sebab ada motorlori di belakang beliau. Beliau juga tidak ke kanan sebab ada motorkar di laluan kanan. Beliau juga tidak dapat ke kiri sebab ada seorang lelaki berdiri di laluan kecemasan. Oleh itu beliau melanggar bahagian depan motorsikal. Motorsikal itu dikatakan tersangkut pada bawah motorkar beliau. Beliau ke kiri untuk berhenti dan motorkar beliau terlanggar pengadang besi.
[22] Menurut beliau, lelaki pertama ada berdiri di A1 dan lelaki kedua duduk dan bersandar pada pengadang besi di E dalam rajah kasar.
[23] Beliau memberi keterangan telah bertanyakan lelaki yang berdiri apa terjadi dan mengikut defendan, lel