2011 MarsdenLR 4255
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
HO SIONG SAN LWN. WESTCOURT CORPORATION SDN BHD; TEOH KOK SOO DAN SATU LAGI (PEMOHON-PEMOHON)
[Penggulungan Syarikat No: D5-28-334-2006]
The court validated a property transaction between creditors and the company in winding up, emphasizing the importance of bona fide dealings and fairness to all creditors while upholding prior agreements made in good faith.
Headnote:(A) Companies Act 1965 - Sections 223 and 226(3) - Winding up - Application for validation order regarding property transfer - Court's discretion considered in light of creditor's status and bona fide dealings - Appellant's intention to settle judgment debts through property transaction highlighted - Relevant case law referenced for determination of bona fide purchasers - Petition for winding up does not negate legitimacy of prior agreements made in good faith. (Paras [1], [6], [9], [11])
(B) Validation of transactions - Transactions made in good faith by parties, represented by counsel and pursuant to legal advice, should be recognized to ensure fairness - The court's consideration of fairness towards bona fide purchasers as a significant factor in its decision. (Paras [8], [10])
Facts of the case:
Appellants sought court’s permission to intervene in winding-up proceedings against the respondent to validate a prior sale agreement. They were creditors with an existing judgment against the respondent dated 16 August 2005 and had previously attempted a winding-up petition resolved by agreement not involving cash payment due to a counteroffer involving property.
Findings of Court:
Court validated the transactions between the appellants and the respondent, stressing fairness and the absence of intention to harm the interests of other creditors.
Issues: Whether the appellants were bona fide purchasers and the effect of the winding-up order on their agreement with the respondent.
Ratio Decidendi: The court ascertained that the appellants acted honestly in their dealings and that the winding-up order should not undo the agreements validly made; fairness to all creditors is paramount without prejudicing bona fide transactions.
Result: Application granted for prayers (a), (b), (c) & (d) as requested without cost order.
| Table of Content |
|---|
| 1. application for various court orders (Para 1 , 1) |
| 2. supporting reasons for the application (Para 2) |
| 3. respondent's objections outlined (Para 3 , 4) |
[1] Lampiran 25 ialah Notis Usul oleh pemohon, Teoh Kok Soo dan Khoo Ee Ming untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:
a) Bahawa pemohon-pemohon diberi kebenaran untuk mencelah dan dijadikan satu pihak dalam presiding ini;
b) Bahawa pemohon diberi kebenaran untuk memulakan presiding disini berhubung dengan pemilikan hartanah yang dikenali sebagai Parcel No. 101-2, Building No 101 Storey No. 2nd Floor di atas tanah H.S. (D) 104327 PT 33596 Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Negeri Selangor dan beralamat No.3-2, Jalan Dinar D.U3/D Seksyen U3, 40150 Shah Alam daripada Westcourt Corporation Sdn Bhd 140585-X yang telah digulungkan pada 21 Ogos 2007 selaras dengan s 226(3) Akta Syarikat 1965 ;
c) Bahawa pemohon diberi perintah pengesahan (validation order) untuk memasuki dan/atau meneruskan dengan perjanjian jualbeli bertarikh 12 September 2006 di antara Westcourt Corporation Sdn Bhd 140585-X dan pemohon bagi hartanah tersebut selaras dengan s 223 Akta Syarikat 1965 ;
d) Bahawa pemohon diberi kebenaran untuk mengambil semua langkah perlu bagi mengekalkan hak-hak pemohon di bawah penghakiman bertarikh 16 Ogos 2005 dan perjanjian jualbeli bertarikh 12 September 2006 selaras dengan s 274 Akta Syarikat 1965 ;
e) Lain-lain perintah dan/atau relif yang dianggap patut dan adil oleh mahkamah.
[2] Alasan-alasan bagi menyokong permohonan itu ialah:
a) Pemohon adalah pemiutang (creditor) kepada responden berdasarkan penghakiman bertarikh 16 Ogos 2005 yang telah dimasukkan terhadap responden.
b) Pemohon telah memulakan petisyen penggulungan terhadap responden pada 29 Mac 2006.
c) Responden telah menawarkan penyelesaian sebahagian penghakiman melalui kontra harga nilaian sebanyak RM150.000.00 untuk hartanah yang dikenali sebagai Parcel No. 101-2, Building No. 101 Storey No. 2nd Floor dan beralamat No 3-2, Jalan dinar D, U3/D Seksyen U3 Shah Alam.
d) Pemohon dan responden telah memasuki suatu perjanjian jualbeli bertarikh 12 September 2006.
e) Petisyen penggulungan bertarikh 29 Mac 2006 terhadap responden telah ditarikbalik pada 15 Mei 2007.
f) Kedua-dua pemohon dan responden diwakili peguam dan niat pihak-pihak untuk penyelesaian di luar mahkamah adalah dalam pengetahuan Pegawai Penerima dan Mahkamah Penggulungan.
g) Pemohon hanya mengetahui mengenai Perintah Penggulungan bertarikh 21 Ogos 2007 dan Perintah perlantikan Pelikuidasi luar menggantikan Pegawai Insolvensi bertarikh 15 Julai 2010 pada Disember 2010 apabila pemohon ingin menguruskan penyewaan hartanah tersebut.
h) Hanya setelah dipersoalkan oleh Pelikuidasi responden pada Julai 2011, pemohon mendapati perlu untuk ke mahkamah bagi mendapatkan relif-relif yang dipohon.
[3] Bila permohonan ini didengar oleh saya pada 19 Disember 11, peguam bijaksana untuk pemohon memaklumkan kepada mahkamah bahawa responden tiada bantahan kepada prayer (a) dan (b). Maka yang tinggal untuk diputuskan oleh mahkamah hanyalah prayer (c) dan (d) sahaja.
[4] Dalam affidavit jawapan yang diikrarkan Pelikuidasi bertarikh 9 Disember 11 (lampiran 28),permohonan pemohon dibantah atas alasan-alasan berikut:
1. Pindah milik hartanah tersebut ke atas nama pemohon adalah bertentangan dengan s 293 Akta Syarikat 1965 .
2. Perintah pengesahan yang dipohon akan menjejaskan kepentingan pemiutang tidak bercagar yang lain dan menyekat pemiutang tidak bercagar dalam penggulungan untuk pengagihan aset-aset yang sedia ada mengikut kadar. Kesemuanya terdapat 42 pemiutang tidak bercagar, seperti yang disenaraikan dalam eksibit AJ-5 dalam lampiran 28.