2013 MarsdenLR 605
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA TERENGGANU
KETUA PENDAKWA JABATAN UNDANG-UNDANG & YANG LAIN LWN. FAUZI MAMAT & SATU LAGI
[Jenayah No: 11005-114-0119 Of 2013 & 11005-114-0120 Of 2013]
Pengakuan bersalah dalam kesalahan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah bukti kuat untuk sabitan, dan hukuman harus mencerminkan kepentingan awam dan pencegahan.
Headnote:(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 - Seksyen 29 - Tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah - Pelanggaran hukuman maksimum yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya - Pendakwaan membuktikan kesalahan tanpa keraguan melalui pengakuan OKT - OKT mengaku bersalah dengan jelas dan memahami implikasi tuduhan (Paras 87 dan 88).
(B) Kesalahan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dianggap serius dalam perundangan Syariah - Hukuman yang dikenakan perlu menjamin pencegahan dan pengajaran kepada masyarakat (Paras 45 dan 46).
(C) Pengakuan bersalah dan insaf kedua-dua OKT boleh dipertimbangkan sebagai faktor meringankan hukuman (Paras 75 dan 77).
Facts of the case:
Orang kena tuduh pertama dan kedua disabitkan atas kesalahan melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan telah mengaku bersalah di hadapan Hakim. Mereka ditangkap dalam kenderaan pada 18 April 2013 oleh penguatkuasa Syariah (Paras 17 dan 18).
Findings of Court:
Mahkamah mendapati terdapat pengakuan jelas oleh kedua-dua OKT mengenai kesalahan yang dilakukan dan faktor-faktor lain yang relevan oleh pendakwa untuk menjatuhkan hukuman yang sesuai (Paras 86 dan 87).
Issues: Adakah pengakuan yang dibuat oleh OKT boleh diterima sebagai bukti dan sejauh mana hukuman yang dijatuhkan mencerminkan keseriusan kesalahan tersebut? (Paras 41 dan 72).
Ratio Decidendi: Pengakuan adalah bukti yang kuat dalam hukum Syariah, dan kesalahan tersebut mesti dilihat dalam konteks pemeliharaan moral masyarakat (Paras 31 dan 42).
Result: OKT1 dan OKT2 masing-masing dihukum denda RM2,100 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of the case details and jurisdiction (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. jurisdiction of the court (Para 8 , 11) |
| 3. elements of the offense outlined in the case (Para 16 , 17 , 18) |
| 4. definitions and interpretations of key terms in islamic law (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23) |
| 5. elements of the offense (Para 24) |
| 6. discussion on mens rea and actus reus in the offense (Para 26 , 27 , 28 , 29) |
| 7. proof through confession (iqrar) (Para 30 , 37) |
| 8. factors impacting sentencing in accordance with sharia law (Para 41 , 42 , 43 , 44 , 45) |
| 9. consideration of mitigating factors for sentencing (Para 74 , 75 , 76 , 77) |
[1] Tuduhan ke atas Fauzi bin Mamat, KP 740214-11-5211 orang kena tuduh pertama dan Siti Rohzita bt Shaik Siliman, KP 771005-11-5196 orang kena tuduh kedua, telah didengar di dalam mahkamah terbuka, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dalam kehadiran pendakwa syarie dari Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan MAIDAM Terengganu, Mohd Khasmizan bin Abdullah dengan kehadiran yang kena tuduh pertama dan kedua yang hadir secara bersendirian, dan pada hari ini tuan hakim membuat alasan penghakiman seperti berikut:
[2] Kes yang disebut dan didengar di hadapan saya ini ialah tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut di bawah seksyen dan Enakmen yang sama iaitu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Orang kena tuduh pertama (OKT1) bernama Fauzi bin Mamat, KP 740214-11-5211, manakala orang kena tuduh kedua (OKT2) bernama Siti Rohzita bt Shaik Siliman, KP 771005-11-5196.
Bidang Kuasa Mahkamah
[3] Kes yang dibawa di hadapan saya ini mengikut undang-undang adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah sebagai bidang kuasa asal dan juga Mahkamah Rendah Syariah dan di kategorikan sebagai kes 'kesalahan boleh tangkap'. Perkara ini telah diperuntukkan di dalam s 11 Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 dan hendaklah dibaca bersama dengan s 12 Enakmen yang sama.
[4] Subseksyen 11(3)Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
[5] Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
[6] Sub-s 12(2)Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
[7] Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang iIslam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
[8] Bidang kuasa mahkamah adalah amat penting untuk diambil perhatian kerana isu bidang kuasa satu-satu mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau hukum syarak dan sebenarnya telah menjadi sebahagian dari hukum syarak itu sendiri. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul al-Qada' fi Islam, terbitan Matba'ah al-'Alamiyyah, Kaherah, 1994, yang mana pada ms 54 beliau menyebut:
Yang bererti:
Bidang kuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidang kuasa ke atas seseorang hakim semasa perlantikan hakim itu atau selepas perlantikan di buat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai bidang kuasa tertentu sahaja seperti diber