SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1998 MarsdenLR 2442

HIGH COURT (ALOR SETAR)

ALAUDDIN, J


EMICO DEVELOPMENT SDN BHD
versus
PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN SATU LAGI

USUL PEMULA NO 25-25 TAHUN 1997

Decided On : 04-30-98

Advocates:
V Arivanandhan (Cheong Wai Meng & Van Buerle) bagi pihak pemohon.
Roslan bin Abu Bakar (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman) bagi pihak responden.

ALASAN PENGHAKIMAN

Pemohon adalah anak syarikat milik sepenuhnya oleh Emico Holdings Bhd. sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur.

Pada 8hb. Mei 1995, Pemohon telah memasuki satu perjanjian untuk membeli tanah yang dikenali sebagai Lot 284, Mukim Sungai Petani Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman terkandung dibawah Geran Pendaftaran No. 20487 dari bekas pemilik berdaftarnya dengan harga RM 18,915,000.00 (iaitu RM 1.35 kp). Keluasan tanah tersebut [2] asalnya ialah 335 ekar 3 rood 36 pole. Sebanyak 15 ekar 1 rood 25.84 pole telahpun diambil balik oleh Kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta). Jadi bakinya ialah 320 ekar 2 rood 10.16 pole (lihat LLC 1 di L.2). Pada 18hb. Ogos 1995 satu lagi Perjanjian Tambahan dimasuki antara kedua pihak (Lihat LLC 2 L.2). Pada ketika ini Pemohon tidak menyedari bahawa seluas 138 ekar 1 rood 20.80 pole (Tanah Berjadual tersebut) juga telah diambil balik oleh Kerajaan. Mereka tidak membuat sebarang carian hakmilik tanah dan tidak diberitahu oleh pemilik asal tentang pengambilan Tanah Berjadual tersebut.

Pemohon telah menyempurnakan pembelian tanah tersebut dengan membayar kesemua harga belian kepada pemilik asal. Pindah milik atas nama Pemohon telah didaftarkan di Pejabat Tanah Alor Setar pada 24hb. Oktober 1996. Sejak tarikh tersebut Pemohon telah menjadi pemilik berdaftar tanah tersebut (Lihat LLC 3 L.2).

Adalah menjadi hasrat Emico Holdings Berhad untuk menceburi bidang pembangunan dan itulah sebabnya Pemohon membeli tanah tersebut. Pemohon berniat untuk memajukan tanah tersebut kepada satu skim pembangunan kepelbagaian terdiri dari rumah kediaman, rumah kedai dan bangunan industri ringan. [3]

Hasrat pemohon tidak tercapai apabila Tanah Berjadual tersebut diisytihar akan diambil balik oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Jilid 38 No. Keluaran 16, Gazette No. 411 yang disiarkan pada 3.8.95 (Lihat LLC 6 L.2).

Berikutan pengisytiharan tersebut dan tanpa pengetahuan Pemohon Responden (Pentadbir Tanah) telah mengadakan perbicaraan berhubung pengambilan Tanah Berjadual tersebut dan suatu award dalam Borang G telah dibuat dan Borang H telah dikeluarkan pada 18hb. Oktober 1995 (Lihat LLC 7 L.2). Pampasan untuk Tanah Berjadual tersebut yang diberi oleh Responden berjumlah RM 3,459,500.00 yakni lebih kurang RM 0.57 s.k.p.

Terkilan dengan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Responden, Pemohon telah memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Usul Pemula No. 25-4-96 untuk membatalkan award seperti yang tersebut dalam Borang H. Pada 14hb. April 1996 Pemohon telah mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan satu Perintah Certiorari terhadap Responden untuk membatalkan award tersebut (Lihat LLC 10 L.2). Perintah Mahkamah bertarikh 14hb. April 1996 telah diserahkan kepada Responden pada 8hb. Mei 1996 (Lihat LLC 11 L.2). [4]

Tanpa menghiraukan perintah tersebut Responden terus mengeluarkan Borang K bertarikh 28hb. Mei 1991 dan menyerahkannya kepada pemohon.

Pada 3hb. Ogos, 1996 Pemohon telah memperolehi satu perintah dari Mahkamah Tinggi Alor Setar membatalkan award tersebut berserta dengan perintah-perintah berbangkit (consequential orders) (Lihat LLC 13 L.2). Perintah tersebut diserahkan kepada Responden (Lihat LLC 14 L.2).

Tidak berapa lama kemudian Pemohon menerima satu surat bertarikh 19hb. Julai 1997 (Lihat Eksibit LLC 18) daripada Responden menyatakan perbicaraan mengenai Tanah Berjadual tersebut akan dijalankan pada 3hb. Ogos 1997. Sebelum ini Pemohon tidak pernah menerima Borang E dari Responden. Perkara ini telah dinyatakan oleh Pemohon pada 3hb. Ogos, 1997 sebelum perbicaraan bermula. Pemohon juga pada masa yang sama menyatakan kepada Responden bahawa mereka membantah kepada pengambilan Tanah Berjadual dibawah seksyen 3(b) Akta tersebut atas alasan mereka sendiri boleh memajukan tanah tersebut. Mereka juga menyatakan Responden perlu mematuhi prosedur yang terkandung dalam Akta sebelum memulakan perbic

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top