MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
ABDUL KADIR SULAIMAN H
DR SATWANT SINGH GILL
versus
HOSPITAL ASSUNTA
SUL PEMULA NO: R1-25-81-97
Decided On : 07-30-98
Abdul Kadir Sulaiman H:
Melalui satu notis usul pemula ex parte, pemohon telah memohon kebenaran mahkamah untuk memohon satu perintah certiorari dan mandamus bertujuan untuk membatalkan keseluruhan keputusan Mahkamah Perusahaan di dalam awad No. 191 Tahun 1997 bertarikh 28 April 1997 yang menolak representasinya untuk ditempatkan semula di dalam pekerjaannya dengan responden dan mengarahkan Mahkamah Perusahaan membicarakan semula representasinya itu menurut undang-undang. Kebenaran telah diberikan oleh mahkamah ini pada 4 November 1997 dan berikutan dengan itu pemohon telah memfailkan satu notis usul pada 12 November 1997 untuk memohon perintahperintah seperti di atas.
Pada akhir pendengaran permohonan ini pada 16 Jun 1998 saya telah membuat keputusan membatalkan awad No. 191 Tahun 1997 tersebut serta memerintahkan pemohon ditempatkan semula di dalam pekerjaan asalnya dan dibayar tunggakan gaji dan faedah yang terakru kepadanya. Sekarang saya bentangkan alasan-alasan keputusan saya itu.
Pemohon mula diambil berkhidmat dengan responden melalui satu kontrak selama tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 1963 di mana kontrak tersebut tidak memperuntukkan mengenai had umur persaraan. Sebenarnya di tempat pekerjaan responden pada masa itu had umur persaraan pekerja-pekerjanya tidak diperuntukkan. Apabila kontrak pertama telah tamat, pemohon telah dilanjutkan perkhidmatannya melalui satu kontrak bertarikh 16 Jun 1967 untuk tempoh selama tiga (3) tahun lagi. Masih tiada sebarang peruntukan dibuat mengenai had umur persaraan pemohon di dalam kontrak yang kedua tersebut. Kemudian pada 16 September 1970, satu kontrak tetap telah diikat di antara pemohon dan responden di mana kontrak ini juga tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai had umur persaraan pemohon.
Responden kemudiannya telah memperkenalkan sistem umur persaraan kepada semua pekerjanya pada tahun 1971 kecuali bagi pekerja-pekerja perubatan. Pemohon adalah di bawah kategori pekerja perubatan. Di dalam tahun 1978 responden telah memperkenalkan umur persaraan kepada semua konsultan termasuk pemohon. Berikutan dari itu responden telah meminta pemohon menandatangani kontrak yang baru di mana di dalam draf kontrak tersebut ada memperuntukkan had umur persaraan iaitu lima puluh lima (55) tahun tetapi pemohon telah enggan untuk menandatangani kontrak yang baru itu.
Pada 20 Januari 1988, responden telah memberitahu pemohon bahawa responden telah bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan pemohon sehingga umurnya mencapai enam puluh (60) tahun. Pemohon telah memberitahu kepada responden melalui surat bertarikh 11 Mei 1988 bahawa kontrak beliau dengan responden tidak memperuntukkan sebarang had umur persaraan. Kemudian melalui surat bertarikh 20 September 1988, responden telah melanjutkan umur persaraan pemohon kepada enam puluh (60) tahun. Sekali lagi pemohon telah menyatakan, melalui surat bertarikh 11 Januari 1989 bahawa kontrak beliau dengan responden tidak mengandungi sebarang had umur persaraan.
Melalui surat bertarikh 22 Februari 1993, responden telah memberitahu pemohon bahawa pada 13 Mac 1993, pemohon akan mencapai had umur enam puluh (60) tahun dan selepas tarikh tersebut pemohon akan ditamatkan perkhidmatannya. Sekali lagi pemohon telah menulis surat kepada responden bertarikh 23 Februari 1993 membantah dan menyatakan bahawa pemohon tidak tertakluk kepada had umur persaraan. Walaubagaimanapun, responden telah mengesahkan, melalui surat bertarikh 9 Mac 1993, bahawa pemohon akan ditamatkan perkhidmatan pada 14 Mac 1993.
Berikutan dengan perkara tersebut pemohon telah menganggap dirinya dipecat tanpa sebab yang sah dan membuat representasi di bawah s. 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di mana akhirnya YB Menteri telah merujuk representasi tersebut kepada Mahkamah Perusahaan. Melalui awad No. 191 Tahun 1997 Mahkamah Perusahaan telah memutuskan bahawa pemohon dipecat dengan sebab dan alasan yang sah memandangkan pemohon telah dibersarakan apabila beliau m
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.