SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 2041

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD RAZIN RAZALI & SATU LAGI DAN LAIN-LAIN RAYUAN
[Rayuan Jenayah Nos: K-06A-12-08-2024 K-06A-13-08-2024 K-06A-14-10-2024 & K-06A-15-10-2024]



Petitioner Advocates:Yusaini Amer Abdul Karim,Iznina Hanim Hashim,Najwa Bistamam ,Respondent Advocate: Ravishankar S N Gandhi,Muhammad Nizam Adzha Zaidi

In cases involving protected witnesses, their identity must be safeguarded, and testimony may require special procedures to prevent exposure, ensuring justice and witness safety.

Headnote:(A) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 - Seksyen 26A dan 26B(d) - Seksyen 34 Kanun Keseksaan - Pertuduhan terhadap penyeludupan migran - Responden didakwa melibatkan aktiviti penyeludupan 119 migran warganegara Myanmar pada 24 Mei 2022 - Kes dibicarakan secara bersama - Dalam prosiding, mahkamah mempertimbangkan berkaitan privasi saksi terlindung dan cara pengemukaan keterangan saksi. (Paras 1-11)

(B) Prosedur perbicaraan - Kebolehan untuk saksikan keterangan secara tertutup dan identiti saksi terlindung - Mahkamah memutuskan untuk membenarkan bantahan bahawa identiti saksi telah didedahkan dan keterangan perlu diberikan secara terbuka. (Paras 40-54)

Facts of the case:
Lima responden didakwa atas pertuduhan penyeludupan migran, yang melibatkan 119 orang warganegara Myanmar. Mahkamah memutuskan untuk membicarakan kes pertama dan kedua secara bersama, dengan perhatian khusus terhadap perlindungan saksi dalam kes yang sensitif ini.

Findings of Court:
Rayuan pendakwaan dibenarkan untuk membenarkan saksi memberikan keterangan secara khas; perintah untuk memberikan keterangan di mahkamah terbuka diketepikan.

Issues: Sama ada identiti saksi terlindung boleh didedahkan dalam kes ini, dan apakah prosedur yang betul untuk melindungi saksi.

Ratio Decidendi: Mahkamah menganggap bahawa pendedahan identiti saksi terlindung adalah melanggar tujuan perlindungan saksi dan memutuskan untuk mengekalkan perintah yang membenarkan pengemukaan keterangan secara tertutup.

Result: Rayuan pendakwaan diterima; perintah mahkamah rendah untuk keterangan terbuka dibatalkan.

Table of Content
1. details of the charges and factual background. (Para 1 , 2 , 18 , 19 , 20 , 21)
2. procedural history of the case. (Para 4 , 5 , 6 , 8)
3. arguments against the prosecution's appeal. (Para 11 , 22 , 23 , 24)
4. interpretation of legal standards and precedents. (Para 25 , 29 , 30 , 32 , 36 , 40)
5. final orders and conclusions of the court. (Para 53)
Azmi Ariffin HMR:

Mukadimah

[1] Pendakwaan terhadap kelima-lima responden bermula di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman, terhadap pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut:

(A)Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022

1. Mohd Razin bin Razali (R1)

2. Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki (R2)

Pertuduhan

"Bahawa kamu bersama-sama pada 24 Mei 2022 jam lebih kurang 9.30 malam di koordinat latitud 6 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama, sebagai pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awam kamu, telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 ( Akta 670 ) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat."

(B)Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-4-12/2022

1. Anas Hafizin Bin Ahmad (R3)

2. Muhamad Aslam Bin Osman (R4)

3. Ibrahim Bin Dahamid (R5)

Pertuduhan

"Bahawa kamu bersama-sama pada 24 Mei 2022 jam lebih kurang 9.30malam di koordinat latitud 6 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di s 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 ( Akta 670 ) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya."

[2] Pada 17 Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memerintahkan kedua-dua pertuduhan (A+B) dibicarakan secara bersama di dalam satu perbicaraan selaras dengan peruntukan s 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]:

(C) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022 &

(D) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-4-12/2022

1. Mohd Razin bin Razali (R1)

2. Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki (R2)

3. Anas Hafizin Bin Ahmad (R3)

4. Muhamad Aslam Bin Osman (R4)

5. Ibrahim Bin Dahamid (R5)

"Bahawa kamu bersama-sama pada 24 Mei 2022 jam lebih kurang 9.30 malam di koordinat latitud 6 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama, sebagai pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awam kamu, telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 ( Akta 670 ) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat."

[3] Pada 17 Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memerintahkan kedua-dua pertuduhan (C&D) dibicarakan secara bersama di dalam satu perbicaraan selaras dengan peruntukan s 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

[4] Prosiding perbicaraan bagi kedua-kedua kes jenayah tersebut telah mula berjalan pada 30 Oktober 2023.

Kronologi Kes

[5] Perbicaraan kes ini telah dimulakan pada 30 Oktober 2023 dan perbicaraan kes ini masih lagi di peringk

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top