SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2020 MarsdenLR 11

MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
YONG CHOO KIONG LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: AA-44-74-11-2019]



Petitioner Advocates:Rajpal Singh Mukhtiar Singh,Salim Bashir Bhaskaran,Muhammad Farhan Sapian,Raja Nur Hanani Raja Abd Rahman ,Respondent Advocate: Azhar Mokhtar,Ainul Wardah Shahidan,Naidatul Athirah Azman

Permohonan pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi ditolak kerana tiada isu undang-undang yang kompleks seperti yang dinyatakan dalam Kanun Tatacara Jenayah.

Headnote:(A) Kanun Tatacara Jenayah – Seksyen 376 dan 417 – Permohonan pemindahan kes jenayah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi – Pemohon, seorang ahli kerajaan, menghadapi tuduhan rogol – Permohonan ditolak kerana tiada isu undang-undang yang kompleks, tetapi lebih kepada fakta dan prosedur yang biasa – Mahkamah menilai hujah tentang Apakah keperluan keadilan dan hak individu terpelihara. (Paras 4, 15, 17, 36)
(B) Peruntukan undang-undang – Hakim berkuasa untuk memindahkan kes berdasarkan kehendak yang dinyatakan dalam Seksyen 417 – Pembatalan permohonan berpunca daripada ketiadaan alasan yang relevan di bawah undang-undang yang ditetapkan. (Paras 18, 36)

Facts of the case: Permohonan pemindahan kes rogol oleh pemohon kepada Mahkamah Tinggi berdasarkan isu undang-undang dan kepentingan keadilan tanpa prejudis. Pendakwaan tidak membantah. (Paras 3, 4)

Findings of Court: Mahkamah mendapati tiada keperluan untuk pemindahan ke Mahkamah Tinggi; kedudukan pemohon sebagai ahli kerajaan tidak menjadi alasan untuk pertimbangan menyokong permohonan.

Issues: Apakah isu undang-undang yang benar-benar kompleks yang memerlukan pemindahan kes kepada Mahkamah Tinggi? (Paras 22-24)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa tiada isu undang-undang yang luar biasa yang timbul dalam kes ini yang akan membenarkan pemindahan kepada Mahkamah Tinggi untuk pertimbangan lanjut. (Paras 29-30)

Result: Permohonan pemindahan ditolak dan kes diarahkan untuk didengar semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. (Paras 47)

PENGHAKIMAN

Mohd Radzi Harun PK:

Latar Belakang

[1] Permohonan di Kandungan 1 bertarikh 13 November 2019 dibuat oleh pemohon, Yong Choo Kiong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, untuk Mahkamah ini memindah Perbicaraan Jenayah No: AA- 61JS-1-08-2019 dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, menurut peruntukan subseksyen 417(2) dan 417(1)(cc) Kanun Tatacara Jenayah ("KTJ").

[2] Pemohon sedang menghadapi tuduhan di bawah s 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Ipoh dengan pertuduhan yang berbunyi:

"Bahawa kamu pada 7 Julai 2019 di antara jam lebih kurang 8:15 malam hingga 9:15 malam, di dalam sebuah bilik di tingkat atas dalam rumah bernombor 52, Jalan Desa Meru 2, Meru Desa Park, Bandar Meru raya, 30020 Ipoh, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak telah melakukan rogol terhadap Awang, No Pasport AU359249 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(1) Kanun Keseksaan."

[3] Permohonan ini dibuat atas alasan:

(i) terdapat isu undang-undang yang kompleks, berasaskan s 417(1)(b) KTJ;

(ii) kepentingan keadilan, berasaskan s 417(1)(e) KTJ; dan

(iii) tidak menimbulkan sebarang prejudis kepada Responden, berasaskan tiada mana-mana perenggan di bawah s 417 KTJ.

[4] Timbalan Pendakwa Raya ("TPR"), walaupun dalam afidavitnya membantah permohonan ini, namun semasa perbicaraan permohonan ini telah memaklumkan Mahkamah bahawa Pihak Pendakwaan tidak membantah permohonan pemohon.

[5] Setelah meneliti permohonan ini dan setelah mendengar hujahan peguam pemohon serta TPR, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak permohonan ini.

[6] Pemohon sekarang merayu terhadap keputusan Mahkamah ini dan berikut saya nyatakan alasan bagaimana saya memutuskan sedemikian.

Alasan Permohonan

[7] Afidavit pemohon yang diikrarkan pada 13 November 2019 menyatakan sebab-sebab utama berikut bagi menyokong permohonannya:

(i) Pada 11 November 2019, tarikh bicara pertama kes pemohon di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana ("HMS"), Pihak Pendakwa Raya telah menyatakan hasratnya buat kali pertama untuk menggunakan Akta Perlindungan Saksi 2009 ("APS 2009") bagi seorang saksi awam, iaitu Haniff bin Mohamad Wahab, selain menggunakan peruntukan APS 2009 itu untuk pengadu/mangsa yang dirujuk dalam pertuduhan sebagai "Awang";

(ii) Penggunaan APS 2009 tersebut mempunyai implikasi yang sangat memprejudiskan pemohon sebagai tertuduh dan mana-mana tertuduh di masa hadapan bagi kes sebegini. Pemohon membantah penggunaan APS 2009 setelah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa ini merupakan kali pertama peruntukan APS 2009 digunakan bagi kes jenayah yang bukan berbentuk jenayah keselamatan;

(iii) Salah seorang dari barisan peguam yang mewakili pemohon, YB Leong Cheok Keng, telah dinasihatkan oleh Pihak Pendakwa Raya untuk menarik diri dari mewakili pemohon kerana YB Leong Cheok Keng merupakan seorang saksi. Susulan itu, YB Leong Cheok Keng bercadang untuk merujuk perkara ini kepada Mahkamah Tinggi bagi menentukan sama ada beliau layak bertindak sebagai peguam cara pemohon;

(iv) Dengan mengambil kira isu-isu perundangan yang disebutkan di atas serta isu-isu perundangan lain yang akan timbul pada masa hadapan, adalah wajar jika Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan/perbicaraan mengenai isu-isu tersebut untuk memastikan keadilan perbicaraan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan;

(v) Disebabkan wujud isu-isu perundangan yang terlalu rumit (unusual difficulties) yang kemungkinan timbul iaitu khususnya berkisar tiga perkara berikut yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan bukannya Mahkamah Sesyen:

(i) penggunaan APS 2009 bagi saksi-saksi tertentu;

(ii) perjumpaan ibu dengan "Awang";

(iii) penentuan YB Leong Cheok Keng sebagai peguam cara pemohon,

maka pelupusan pertuduhan pemohon hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

[8] Pihak Pendakwa Raya dalam afidavit jawapannya yang diikrarkan oleh TPR Azhar Mokhtar pada 20 November 2019, mendeposkan yang berikut:

(i) Pada tarikh 11 November 2019 yang disebutkan dalam afidavit pemohon, s

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top