SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1990 MarsdenLR 891

MAHKAMAH KADI BESAR KOTA BHARU
HAJJAH SAUDAH CHE MAMAT LWN. HANAFI HJ DAUD & YANG LAIN
[Kes Mal No: 4-1984]



PENGHAKIMAN

Daud Muhammad:

[1] Penyata tuntutan harta sepencarian:

1. Pihak yang menuntut ialah isteri kepada Gemulah Haji Daud bin Abd Rahman.

2. Pihak yang kena tuntut No 1 hingga No 6 ialah anak kepada Gemulah Haji Daud dan anak tiri Yang Menuntut.

3. Yang menuntut dan Gemulah Haji Daud bin Haji Abd Rahman telah berkahwin dalam tahun 1957 di Naratiwat, Thailand. Selepas berkahwin yang menuntut dan Gemulah Haji Daud bin Hj Abd Rahman tinggal di Pasir Mas, Kelantan.

4. Hasil dari perkahwinan tersebut, yang menuntut dan Gemulah Haji Daud telah dikurniakan 6 orang anak iaitu:

i) Che Maimunah bt Haji Daud;

ii) Abd Rahman bin Haji Daud;

iii) Abdul Zawawi bin Haji Daud;

iv) Abdul Rahim bin Haji Daud;

v) Alamatun Sadiah bt Haji Daud;

vi) Khadijah bt Haji Daud.

5. Semasa mereka bersuami isteri, yang menuntut dan Gemulah Haji Daud sama-sama bekerja. Yang menuntut mengambil upah menjahit baju, menjual kain dan Gemulah Haji Daud adalah bekas Penggawa dan menerima pencen bulanan sebanyak $39.00 sebulan. Selain daripada mengambil upah menjahit baju dan menjual kain, yang menuntut dan Gemulah Haji Daud sama-sama menebas semak-semak di dalam kebun getah kepunyaan Gemulah Haji Daud. Setelah pokok-pokok getah itu dapat ditoreh, Gemulah Haji Daud mengupah orang menoreh getahnya itu.

6. Hasil daripada pendapatan bersama, mereka dapat membeli 4 lot tanah seperti berikut:

a) Tanah Lot No 1196, Mukim Tanah Merah, Daerah Kusial, Tanah Merah, Kelantan $126,000.00;

b) Tanah Lot No 1197, Mukim Tanah Merah, Daerah Kusial, Tanah Merah, Kelantan;

c) Tanah Lot No 2483, Mukim Kuala Paku, Daerah Ulu Kusial, Tanah Merah, Kelantan $148,500.00;

c) Tanah Lot No 2484, Mukim Kuala Paku, Daerah Ulu Kusial, Tanah Merah, Kelantan;

Jumlah Semua: $274,500.00.

(Buku Nilaian Harta Akan Dibawa Pada Hari Perbicaraan)

7. Pada 5 Februari 1974, Haji Daud bin Haji Abd Rahman telah meninggal dunia.

8. Oleh yang demikian, yang menuntut mohon Mahkamah mengeluarkan perintah supaya:

i) Mengesahkan 4 lot tanah yang tersebut di atas adalah harta sepencarian di antara yang menuntut dan Gemulah Haji Daud;

ii) Dibahagi dua harta sepencarian yang tersebut dengan waris-waris yang berhak menerima pesakanya supaya yang menuntut dapat menikmati bahagian yang berhak kepadanya;

iii) Mengeluarkan sebarang perintah lain yang difikirkan patut serta menasabah oleh Mahkamah.

[2] Pindaan penyata jawapan:

1. Yang kena tuntut mengaku betul perenggan 1, 2, 3 & 4 dalam penyata tuntutan.

2. Mengenai perenggan 5, yang kena tuntut menafikan bahawa yang menuntut telah sama-sama bekerja dengan si mati. Yang kena tuntut juga menafikan bahawa yang menuntut telah mengambil upah menjahit baju dan menjual kain, kecuali dalam tempoh 1980 selepas meninggalnya si mati.

3. Yang kena tuntut menafikan juga bahawa yang menuntut telah sama-sama menebas semak bersama si mati.

4. Yang kena tuntut menafikan bahawa tanah-tanah yang disebutkan dalam perenggan 6 telah dibeli dari hasil bersama di antara yang menuntut dan si mati.

5. Perenggan 7 diakui.

6. Yang demikian yang kena tuntut memohon supaya ditolak tuntutan yang menuntut dengan kes perbicaraan diberi kepada yang kena tuntut.

Tuntutan Balas

7. Yang kena tuntut mengulangi perenggan 1, 2, 3, 4 & 5.

8. Yang demikian dipohonkannya supaya:

(a) Mahkamah mengistiharkan bahawa tanah-tanah:

i) Lot 1196 & 1197 Mukim Tanah Merah;

ii) Lot 2483 & 2484, Mukim Kuala Paku;

iii) Lot 1177, 1178, 1179, 1180, 1153 dan 1154, Mukim Bukit Durian sebagai harta pesaka.

(b) Sipenuntut mengemuka penyata pendapatan dan perbelanjaan disemua harta berkenaan dan dijadikan harta pesaka.

(c) Semua perbelanjaan Mahkamah di dalam kes ini ditanggung oleh sipenuntut.

[3] Yang menuntut hadir, dua yang kena tuntut juga hadir iaitu Hanafi bin Haji Daud dan Siti Minah bt Haji Daud manakala yang kena tuntut lain tak hadir.

[4] Mahkamah bersidang dan membuat keputusan bagaimana berikut:

[5] Setelah Mahkamah dengar perbicaraan kes ini segala kenyataan tuntutan yang menuntut dan keterangan dua orang saksi baginya dan jawapan daripada yang kenatuntut-yan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top