SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1421

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
NUR IZATI ABDUL RAHIM LWN. THE CENTER OF APPLIED DATA SCIENCE SDN BHD
Award No: 466 Tahun 2025 [Kes No: 7/4-1280/23]



Important Points

In dismissal cases, the employer bears the burden of proof to demonstrate just cause for termination, and failure to provide adequate notice or justification renders the dismissal unjust.

Subject

Employment Law - Unfair Dismissal

Act Referred

Akta Perhubungan Perusahaan 1967: S.20(3)

Headnote

(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Penamatan kerja - Pihak Yang Menuntut mendakwa penamatan kerja adalah tidak adil dan tanpa alasan munasabah - Mahkamah memutuskan bahawa penamatan kerja adalah tidak adil kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan kelewatan lapor diri - Pihak Syarikat tidak memberikan surat amaran sebelum penamatan. (Paras 1, 3, 28, 29)

(B) Beban Pembuktian - Dalam kes penamatan kerja, beban pembuktian terletak pada majikan untuk menunjukkan bahawa penamatan adalah dengan sebab yang munasabah - Mahkamah menegaskan bahawa tindakan majikan yang terburu-buru adalah tidak adil. (Paras 15, 27)

Facts of the case:
Pihak Yang Menuntut dilantik sebagai Pembantu Peribadi dan ditamatkan perkhidmatan pada hari kedua atas alasan lewat lapor diri. Pihak Syarikat tidak membuktikan kelewatan tersebut dan tidak memberikan surat amaran.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa penamatan kerja adalah tidak adil dan tanpa alasan munasabah, dan Pihak Yang Menuntut berhak mendapat gaji kebelakangan selama 6 bulan.

Issues: Adakah penamatan kerja Pihak Yang Menuntut dibuat secara adil dan munasabah?

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa majikan perlu membuktikan alasan penamatan dan tindakan terburu-buru tanpa amaran adalah tidak adil.

Result: Tuntutan Pihak Yang Menuntut dibenarkan dan pampasan sebanyak RM26,064.00 perlu dibayar.

AWARD

Vanithamany Sivalingam:

Rujukan

[1] Ini adalah rujukan Menteri Sumber Manusia Malaysia ke Mahkamah Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk satu keputusan mengenai pembuangan kerja Nur Izati Binti Abdul Rahim ("Pihak Yang Menuntut") oleh The Center Of Applied Data Science Sdn Bhd ("Pihak Syarikat").

[2] Mahkamah ini mengambil maklum dokumen dokumen dan kertas kausa yang difailkan oleh pihak berkenaan.

Dokumen Yang Difailkan

I. Pernyataan kes bertarikh 16 Oktober 2023;

II. Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (CLB1);

III. Hujahan Bertulis Syarikat bertarikh 15 Ogos 2024;

IV. Hujahan Bertulis Pihak Yang Mununtut bertarikh 21 Oktober 2024; dan

V. Hujahan Balas Bertulis Syarikat bertarikh 30 September 2024.

[3] Pihak Yang Menuntut ("PYM") mendakwa bahawa pekerjaannya telah ditamatkan pada 22 Disember 2022 oleh Pihak Syarikat secara tidak adil dan tanpa alasan yang munasabah.

Latar Belakang Kes

Penyataan Kes Pihak Yang Menuntut

[4] Pihak Yang Menuntut ("PYM") telah dilantik bermula dari 20 Disember 2022 sebagai Pembantu Peribadi kepada Pegawai Eksekutif bergred S1 dengan gaji sebanyak RM5,430.00. Salah satu terma pekerjaan adalah PYM di letakkan atas tempoh percubaan selama 6 bulan yang pertama.

[5] PYM ditamatkan perkidmatan oleh majikan pada hari kedua atas alasan lewat lapor diri pada 20 Disember 2022. Pada 9 November 2022, PYM telah menerima panggilan dari Ms Ven Sze ("Chief Human Resource Officer") dan beliau juga menghantar satu WhatsApp message meminta PYM menghantar resume terkini ke email beliau Vensze@thecads.com. PYM telah berbuat seperti yang diminta oleh Ms Ven Sze.

[6] Pada 10 November 2022, suatu sesi temuduga telah diaturkan oleh Ms Ven Sze dan PYM telah bersetuju untuk menghadir ke sesi temuduga pada 14 Disember 2022. Pada 14 November 2022, sesi temuduga ini disertai oleh Madam Sharala dan Ms Ven Sze. Selepas sesi temuduga selesai, Ms Ven Sze telah menghantar suatu pesanan WhatsApp kepada PYM meminta tarikh yang dijangka bagi PYM untuk menyertai Syarikat. PYM memberitahu Ms Ven Sze bahawa PYM hanya boleh sertai ataupun memulakan perkhidmatan di Syarikat selepas memberi notis letak jawatan di Syarikat PYM masih berkhidmat. Akan tetapi Ms Ven Sze memberitahu PYM bahawa 'Letter of Offer' akan disediakan bermula dari tarikh 1 Disember 2022.

[7] Pada 17 November 2022, Ms Ven Sze telah menghantar pesanan WhatsApp kepada PYM menanyakan mengenai kepastian PYM untuk sertai Syarikat mereka. Ms Ven Sze hanya memastikan tarikh tepat PYM memasuki Syarikat untuk menyediakan Letter of Offer. Pada 21 November 2022, PYM telah memaklumkan kepada Ms Ven Sze bahawa Syarikat lama beliau tiada halangan untuk beliau menyertai Syarikat ini, sejurus itu, PYM telah memberikan surat letak jawatan.

[8] Pada 22 November 2022, PYM telah memberikan dokumen yang diminta oleh Ms Ven Sze untuk menyediakan Letter of Offer. Pada 25 November 2022, Ms Ven Sze menghantar pesanan WhatsApp kepada PYM menanyakan tentang dokumen yang masih belum cukup disediakan tetapi PYM meminta masa untuk menghantar dokumen tersebut kerana PYM masih terikat dengan terma Syarikat lama. (notice period). Pada 16 Disember 2022, agak lewat malam, PYM menerima pesanan WhatsApp dari Ms Ven Sze meminta PYM terus berurusan dengan Ms Zurina kerana Ms Ven Sze tidak lagi bekerja dengan pihak Syarikat.

[9] Pada 19 Disember 2022, PYM memaklumkan kepada Ms Zurina bahawa PYM telah dijangkiti Covid dan meminta supaya tarikh melapor diri ditangguhkan keesokkan harinya. Pesanan ini dihantar melalui WhatsApp. Pada 20 Disember 2022, PYM terus ke Syarikat ini untuk melapor diri. Pada pukul 8.30 pagi, PYM berada di bawah bangunan tersebut, memandangkan PYM tidak pernah ke bangunan tersebut sebelum ini, beliau tidak pasti mengenai bangunan tersebut kerana terdapat dua buah bangunan di situ. Oleh itu, PYM mengalihkan motosikal beliau dan menanyakan kepada pengawal keselamatan di situ dimanakah terletaknya Syarikat ini. PYM telah memanggil Ms Zurina untuk menanyakan mengenai



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top