SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 692

MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU
MOHAMAD SHAHNNY RAHAMAN @ ZAINAL LWN. ORATHAI @ FATIMAN ABDULLAH
[Rayuan Sivil No: MT (4) 12-29-2007]



PENGHAKIMAN

Pendahuluan

1. Kes ini melibatkan satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 20/5/2000 jam lebih kurang 8.25 pagi di antara motorsikal JBD 7216 yang ditunggang oleh plaintif dan motorkar JFL 1500 yang dipandu oleh defendan. Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Persiaran Tanjung. Sebelum kemalangan tersebut, kedua-dua kenderaan bergerak dalam arah yang sama dan perlanggaran berlaku dari arah belakang motorsikal yang ditunggang oleh plaintif. Akibat daripada kemalangan tersebut plaintif telah mengalami kerugian dan kecederaan dan menuntut gantirugi atas kerugian, kehilangan dan kecederaan yang dialami oleh plaintif selaras dengan seksyen 28 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS)

2. Dihadapan HMS, telah diputuskan bahawa liabiliti adalah 80% terhadap defendan dan plaintif sumbang cuai setakat 20%. HMS telah mengakses kuantum seperti berikut:-

(a) Open fracture right tibia and fibula dimana plaintif mengalami residual dan hilangupaya berikut iaitu bone loss 1cm, bone grafting, 4cm shortening, ankle and subtler shift are fixed at 10 degrees dan valgus angulations (20 degrees). Plantif terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. HMS telah membenarkan RM60,000 berdasarkan kepada keputusan kes Mustapha lwn. Md Akhir [2003] MMD para 1737 di mana award sebanyak RM50,000 telah diberikan;

(b) Muscle wasting iaitu 4cm thigh muscle dan 4.5 cm calf muscle diberikan oleh HMS sebanyak RM8,000 berpandukan kepada kes Ai Onn lwn. Imran [2003] MMD para 1743 dimana RM5,000 telah diberikan;

(c) Abrasions dilutut kanan, jari kaki dan siku kiri dibenarkan RM5,000 berpandukan kes Razak lwn. Herman [2003] MMD para 1726 dimana RM5,000 telah dibenarkan;

(d) Osteoarthritis dibenakan oleh HMS sebanyak RM5,000 berpandukan kepada kes Yunadi Hasan [2005] CLJ Supp 161 dimana RM4,000 dibenarkan untuk osteoarthritis diankle kaki kanan;

(e) Parut-parut iaitu 12 cm di kaki kanan, 7cm di lutut kanan, 11 cm di iliac crest kanan dan 10 cm di tepi kaki kanan dibenarkan RM8,000 berdasarkan kepada kes Rubiah lwn. Lim Sang; [1998] 3 CLJ Supp 314; dan

(f) Kos pembedahan akan datang dibenarkan 1/3 daripada RM25,000 yang dicadangkan oleh doktor pakar iaitu RM8,500.

Rayuan Defendan dan Keputusan Mahkmah ini

3. Dihadapan saya, rayuan defendan terhadap isu liabiliti ditolak. Rayuan terhadap isu kuantum dibenarkan dengan kos rayuan diberikan kepada defendan. Pihak plaintif tidak berpuashati terhadap keputusan saya yang membenarkan rayuan defendan atas isu kuantum dimana secara keseluruhannya kuantum gantirugi am (GRA) kecuali kos pembedahan akan datang, telah dikurangkan. Plaintif sekarang merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan saya membenarkan rayuan defendan atas isu kuantum GRA tersebut.

4. Saya mengekalkan keputusan HMS atas isu liabiliti, GRA bagi kos pembedahan akan datang (RM8,500) dan gantirugi kHSA (GRK) yang telah dipersetujui berjumlah RM560 dan kos perubatan RM10,593. Plaintif layak mendapat faedah biasa bagi GRA dan GRK yang telah dibenarkan dihadapan HMS dan juga dihadapan saya serta kos di Mahkamah bawahan. Kos rayuan sahaja telah dibenarkan kepada defendan.

5. Penghakiman ini hanya akan tertumpu kepada isu kuantum GRA yang diubah oleh saya dan kos rayuan yang menjadi perkara yang dirayu oleh plaintif ke Mahkamah Rayuan.

Isu Kuantum GRA

1

6. Akibat daripada kemalangan jalanraya tersebut plaintif telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA) pada hari yang sama dan diwadkan selama 4 hari iaitu sehingga 24 Mei 2000. Pada 21 Mei 2000, plaintif telah menjalani satu pembedahan terhadap kaki kanan beliau. Plaintif mengalami kecederaan teruk di kaki kanan beliau. Menurut doktor pakar ortopedik Dr. Thurairajan dari HSA, kecederaan plaintif adalah seperti berikut:-

1. Open fracture right tibia and fibula; and

2. Abrasion wounds over right knee, right toes and left elbow.

7. Seterusnya, Dr Thurairajan dalam laporannya (muka surat 65 AR) mengatakan seperti berikut:-

"The next day she underwent wound debridement and external fixa


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top