SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 1676

CHEW SOO HO
MAHKHAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
GOH QUEE PENG DAN SEORANG PERAYU YANG LAIN - Appellant
Versus
THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR - Respondents

AWARD NO: 832 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 2021/07)
Decided On : 05/12/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut Pertama - Puspawati Rosman; T/n Onn & Partners
Bagi Pihak Responden - Mohd Akhir Hj Hamzah; MEF

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Puan Goh Quee Peng Dan Seorang Perayu Yang Lain (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua") oleh The Plaza Hotel Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 2 September 2006 dan 15 September 2006 masing-masing.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Goh Quee Peng, Pihak Menuntut Pertama pada 2 September 2006 dan Puan Lee Suit Leng, Pihak Menuntut Kedua pada 15 September 2006.

Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 12 Mei 2008 dengan kehadiran Cik Puspawati Rosman dari Tetuan Onn & Partners, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut Pertama dan Lt. Kol (B) Hj. Mohd Akhir bin Hj. Hamzah dari M.E.F., yang mewakili Pihak Responden. Lt. Kol (B) Mohd Akhir bin Hj. Hamzah memaklumkan Mahkamah bahawa Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Responden telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon agar Award dikeluarkan menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:

(1) Tanpa sebarang pengakuan liability Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut Pertama jumlah sebanyak RM8,400.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu Empat Ratus sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut Pertama di dalam kes ini;

(2) Bayaran jumlah penyelesaian tersebut hendaklah dibuat kepada peguamcara dalam rekod bagi pihak Pihak Menuntut Pertama iaitu Tetuan Onn & Partners pada atau sebelum 12 Jun 2008; dan

(3) Akibat penyelesaian ini, Pihak Menuntut Pertama bersetuju bahawa tidak ada apa jua tuntutan lanjut akan diadakan terhadap Pihak Responden darihal bekas pekerjaannya dengan Pihak Responden.

Cik Puspawati Rosman mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Responden.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top