SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 3835

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
KUGANESWARY KUALASAGRAM - Appellant
Versus
KESAVAN & ASSOCIATES - Respondents

AWARD NO: 826 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-1586/07)
Decided On : 05/12/2008

Advocates:
Mewakili Pihak Menuntut - Leela Chelvarajah; T/n Leela Chelvarajah
Pihak Menuntut - Kuganeswary Kualasagram
Mewakili Pihak Responden - Ong Kay Jin (Pelatih Dalam Kamar); T/n Shearn Delamore & Co

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Puan Kuganeswary a/p Kualasagram (selepas ini disebut sebagai "Pemohon/Pihak Menuntut") oleh Kesavan & Associates (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 2 Jun 2005.

INTERIM AWARD

Notis Permohonan ini bertarikh 26 Februari 2008 adalah difailkan oleh Pemohon/Pihak Menuntut untuk menghidupkan kes ini semula setelah ia dibatalkan oleh Mahkamah ini menurut Award No. 2500 Tahun 2007 yang diperturunkan pada 11 Disember 2007.

Notis Permohonan ini dibangkitkan untuk didengar pada 9 Mei 2008 dengan kehadiran Puan Leela Chelvarajah dari Tetuan Leela Chelvarajah, peguamcara yang mewakili Pemohon/Pihak Menuntut dan Encik Ong Kay Jin (Pelatih Dalam Kamar) dari Tetuan Shearn Delamore & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden.

Setelah membaca Notis Permohonan tersebut dan affidavit sokongan Pemohon/Pihak Menuntut yang diikrarkan pada 11 Januari 2008 dan setelah mendengar Puan Leela Chelvarajah dan Encik Ong Kay Jin yang memaklumkan bahawa Pihak Responden tidak ada bantahan terhadap Notis Permohonan ini, maka Mahkamah dengan ini menurunkan Award membenarkan Permohonan tersebut dan menghidupkan semula kes ini.

Seterusnya Mahkamah memberi arahan untuk kedua-dua pihak memfailkan Kenyataan Kes dan Kenyataan Jawapan masing-masing dan menetapkan tarikh sebutan pada 6 Jun 2008.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top