2008 MarsdenLR 107
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
NORDIANA JALALUDIN - Appellant
Versus
PRUDENTIAL AMPRI CLEANROOM SERVICES SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 939 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 618/07)
Decided On : 05/28/2008
Bagi Pihak Menuntut - T Stanley; MTUC
Bagi Pihak Responden - SL Wee; T/n Yusuf Khan & Fong
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Cik Nordiana binti Jalaludin (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Prudential Ampri Cleanroom Services Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 27 Mac 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Cik Nordiana binti Jalaludin, Pihak Menuntut, pada 27 Mac 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 28 Mei 2008 dengan kehadiran Encik T. Stanley dari M.T.U.C. yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik S.L Wee dari Tetuan Yusuf Khan & Fong, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik T. Stanley memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai dalam kes ini dan Cik S.L. Wee seterusnya memohon Award dikeluarkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:-
(1) Tanpa sebarang pengakuan liability Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM12,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini;
(2) Jumlah penyelesaian tersebut sebanyak RM12,000.00 hendaklah dibayar kepada M.T.U.C. sebagai wakil dalam rekod bagi pihak Pihak Menuntut pada atau sebelum 11 Jun 2008; dan
(3) Akibat penyelesaian ini, kedua-dua pihak tidak akan ada apa jua tuntutan terhadap satu sama lain darihal pekerjaan dahulu Pihak Menuntut dengan Pihak Responden.
Encik T. Stanley dan Pihak Menuntut mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Tarikh bicara pada 29 Mei 2008 dengan itu adalah dilapangkan.