2008 MarsdenLR 1692
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ABDUL NASIR ADNAN - Appellant
Versus
SALCON ENGINEERING BERHAD - Respondents
AWARD NO: 209 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 1328/07)
Decided On : 02/05/2008
Bagi Pihak Menuntut - P Vickneswaren; T/n Vickneswaren & Associates
Bagi Pihak Syarikat - T/n Shearn Delamore & Co
INI ADALAH satu rujukan yang Dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK ABDUL NASIR BIN ADNAN ( selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh SALCON ENGINEERING BERHAD (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 25.7.2005.
AWARD
RUJUKAN INI dipanggil untuk sebutan pada hari ini 5 Februari 2008. Encik P. Vickneswaren dari Tetuan Vickneswaren & Associates bagi pihak Yang Menuntut dan juga menyebut bagi pihak peguam Syarikat memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kes rujukan ini telah dapat diselesaikan dengan muktamadnya di luar Mahkamah. Pihak Yang Menuntut ingin menarik balik rujukan ini.
DENGAN pengesahan pihak-pihak kepada rujukan ini mengenai penyelesaikan ini, saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan dengan muktamadnya.