2009 MarsdenLR 2666
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
ZAHARI MAJID
Versus
KUB GAS SDN BHD
AWARD NO: 586 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-878/05)
Decided On : 15 MEI 2009
Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Zahari Bin Majid (Yang Menuntut) oleh KUB Gas Sdn. Bhd. (Responden) pada 6.1.2003. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 21.7.2005. Kes ini telah dicantumkan dengan Syarikat KUB Malaysia Berhad sebagai Responden Kedua melalui Award 1521 tahun 2008 pada 29hb. Ogos 2008.
2. Mahkamah telah dimaklumkan oleh peguambela Pihak Yang Menuntut bahawa Pihak Yang Menuntut telah kembali ke Rahmatullah.
3. Peguambela Responden mohon agar kes ini dibatalkan atas alasan Pihak Menuntut telah meninggal dunia. Peguambela Pihak Yang Menuntut tiada bantahan.
4. Oleh sebab Pihak Yang Menuntut telah meninggal dunia, Mahkamah membatalkan kes ini.